Selesai kerjanya tepat jam 11 malam, Adreena segera menutup laptop miliknya.. sempat dia menggeliat sekejap.. lega hatinya sebab dapat siap on time!
"Habis dah kerja kau, kak?" soal Puan Farhana apabila dia lalu di hadapan bilik anak gadisnya yang tidak tertutup pintunya
"Baru habis, mak.. huargh" sempat dia menguap.. mengantuk sebab semalam tidur agak lambat
"Kejap lagi hantar barang cik Midah ke kat bawah.. semalam mak pinjam blender dia.. mak punya rosak pulak.. pergi sekarang ya, dia nak keluar dah tu" pesan ibunya
"Lah.. adik mana, mak? suruh lah dia.. akak baru je habis kerja mak" dia mengeluh sikit.. dari pagi sampai ke malam dia tidak berehat tau
"Mak dah call dia dua tiga kali tadi tak angkat, itu pasal mak suruh kau" ujar ibunya
Telinga Adreena panas.. dia merengus.. Safia ni memang nak kena!
"Yang kau merungut ni kenapa? suruh buat kerja sikit pun dah merungut?" Puan Farhana sudah bercekak pinggang.. memang dia angin satu badan kalau anaknya cuba-cuba nak ingkar arahan.. lagipun arahannya mudah sahaja, bukan susah pun
"Akak bukan merungut.. mak.. adik tu seharian dia duduk je dalam bilik.. bukan buat apa pun.. apa salahnya mak suruh dia.. pagi tadi kan akak dah tolong masak, buat kerja rumah lagi.. jagakan adik-adik yang lain lagi" Adreena bangun dari duduknya.. dia sedaya upaya menahan amarahnya walaupun dia punya tahap geram pada Safia ni memang melangit
Aku tahu kau sengaja kan tak jawab call tu, Safia!!!!
"Safia tu dia cuti harini.. biar lah dia rehat.. dia kerja penat bukannya macam kau menghadap laptop je.. tu pun, kalau rasa penat, kau baring.. yang paling utama, kau tu kakak.. dah memang jadi tanggung jawab kau untuk bantu mak uruskan rumah ni" sekali lagi.. ucapan ibunya memang menusuk.. memang buat hatinya terluka sangat
Adreena dah penat nak menangis.. menangis atas alasan yang sama.. dia cuma menghela nafas panjang.. kenapa maknya langsung tak pernah hargai pengorbanan yang dia lakukan.. semua tu macam takde nilai dimata wanita itu
"Tapi dia tak buat apa-apa langsung mak.. adil ke macam tu? Akak pun kerja jugak.. hari cuti tetap akak tolong mak uruskan rumah" bebel Adreena.. kalau dulu dia pendamkan sahaja, hatinya semakin sakit.. baik dia luah.. dengan harapan ibunya faham walaupun keadaan masih sama dan tak berubah walau sedikitpun
"Berkira sangat kau ni dengan adik-beradik, kan.. kalau susah sangat.. biar mak buat la" Puan Farhana pergi dari bilik Adreena
Adreena segera mendapatkan ibunya.. dia menghalang ibunya dari mengambil blender itu.. kemudian dia berlari ke bilik Safia.. selepas bilik tak berkunci itu dibuka, kelihatan Safia sedang menonton Kdrama sambil memasang earpod.. memang berbulu lah Adreena melihatnya.. kalau tak ada iman didada, blender tu memang dah melayang tepat pada pipi perempuan itu
Boleh kau syok layan drama kat sini?!
"Kau ni nak apa? tak reti ketuk, ke?" rungut Safia.. dia duduk bersila.. kacau mood orang je perempuan ni!
"Kau bangun sekarang! hantar blender ni ke rumah Cik Midah, sekarang jugak!" blender itu dihulurkan kepada Safia
"Kau kenapa? datang takde ketuk takde salam, tiba-tiba hangin satu badan.. aku taknak.. mak suruh kau kan, pastu kau malas kau pas kat aku.. pergi la keluar.. aku nak tengok kdrama aku la" tubuh Adreena ditolak kuat sambil dia membebel
"Sebelum aku campak phone kau sampai pecah, baik kau hantar sekarang!" earpod Safia dicabut dari telinganya.. dadanya berombak menahan amarah yang akan meletus bila-bila masa sahaja
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomantikAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
