Flashback:
Andy menyanyi-nyanyi kecil.. sejak berkenalan dengan Adreena, hatinya semakin bahagia.. entah ya entah tidak, namun Adreena yang ceria itu betul-betul menerangi hari-harinya.. dia selesa berkawan dengan gadis itu.. terkadang, dia aneh.. kegembiraan Adreena itu datang dari mana sebenarnya? adakah dari keluarga bahagia yang sering meniti di bibir gadis itu? jujur, dia cemburu
"Where are you going?" soalan dari Papa sedikit pun tidak mengganggu waktu bersiapnya
Andy mencapai topinyaa dan dipakai dengan style yang seperti biasa.. dia memang selalu cover muka sendiri jika mahu ke kedai burger milik ayah Adreena.. dia lebih suka begitu.. kerana dia sebolehnya mahu elak dari gosip atau fitnah tersebar di sekolah nanti.. bukan dia saja yang susah.. nanti Adreena juga akan susah
"Pergi jumpa Adreena Pa" Andy memasukkan barang keperluannya di dalam beg sandang.. sebenarnya dia sudah lambat untuk bertemu gadis itu
Lambat sangat nanti ada yang membebel sampai berdarah telinga
"Hm.. papa tengok, Andy dah semakin suka bertutur guna bahasa melayu" dia melabuhkan punggungnya di atas katil Andy.. memerhati anak lelakinya yang gigih bersiap dan langsung tidak terganggu dengan kehadirannya
"Papa.. kan bahasa melayu tu bahasa ibunda kita.. salah ke Andy nak praktikkan selalu?" Andy tersenyum pada bapanya yang seakan memerlinya tadi
"Tak.. bagus.. papa sokong" papa berpeluk tubuh
"I'll go first.. and.. I'll be back before 6" Andy memusingkan badannya untuk keluar dari biliknya
"Andy.. come.. ada benda Papa nak cakap sikit" panggil Papa
Andy mengeluh.. dia lihat jam di tangannya tapi kaki masih melangkah mendekati Papa.. usai itu, dia duduk di sebelah lelaki itu
"Papa suka Andy berkawan dengan Adreena.. she's a kind hearted girl.. such a sweet and polite girl.. I can see that" ucapnya tenang sambil merenung ke dalam mata Andy
"Papa.. what is it? apa yang papa nak cakap sebenarnya?" Andy sendiri dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena tentang ayahnya itu
"If you want to be friends, I am more than okay.. but if it is not.. I want you to stop before it went to far" pesan Papa.. dia menggosok peha Andy
Mata bapanya dapat melihat anak lelakinya itu sudah mula punya perasaan pada gadis itu biarpun Andy mungkin belum menyedarinya.. dan itulah yang dia mahu cegah sebelum semuanya terlambat
"Papa ni mengarutlah.. we were definitely not going to be more than friends.. I will never like a girl like her" ucap Andy tenang biarpun ada sedikit getaran di tangkai hatinya.. sebabnya apa, dia sendiri tak tahu
"Even if there's a guy approaching Adreena?" tanya Papa.. sengaja menguji Andy
Andy terdiam.. dia cuba bayangkan senario itu sekiranya itu terjadi.. tapi, akan adakah lelaki yang akan datang pada Adreena?
Andy menggeleng.. dia yakin, dia tak akan kisah pun
Gelengan itu buat Papa ketawa kecil.. telapak tangannya mendarat di peha Andy
"Two different culture, two different life style, and the most important thing is two different religion.. Andy fikir lah baik-baik" peha itu ditepuk beberapa kali sebelum dia bangun dan keluar dari bilik anak lelakinya
Dia tahu, Andy sudah besar dan bijak untuk buat keputusan sendiri
Andy tak fikir panjang.. dia terus berlari keluar dari rumah.. buat apa nak sesakkan kepala dengan benda tak penting macam tu? biarlah.. mereka pun cuma kawan sahaja
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomansaAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
