Bab 19

10 0 0
                                        

Aniq memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan Wisma Jaya itu.. dia menurunkan cermin matanya untuk melihat wajah Adreena yang gementar itu.. dia menarik tangan Adreena dan membawanya ke peha

 dia menarik tangan Adreena dan membawanya ke peha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak.. kenapa ni?" soal Aniq dengan nada yang lembut

Adreena pandang Aniq sekilas.. kemudian dia berdehem pula.. sebenarnya, dari semalam lagi dia rasa gemuruh.. sampai tak tidur dia dibuatnya.. hampir jam 3 pagi barulah lena

"Nervous" Adreena menjawab sepatah

Aniq senyum simpul.. tangan itu digenggam erat bagi menyalur sedikit semangat buat sang isteri

"Chill la.. you've passed the interview, right? It means that you are entitled to this job okay.. don't worry too much, okay?" Aniq memberi sedikit kata semangat buat Adreena

"Tapi saya yakin saya cuma jadi terpilih sebab syarikat sangat perlukan pekerja dengan kadar segera.. You know what? I'm always being the last choice" tangan kirinya sibuk bermain dengan kain baju kurung moden itu

Aniq mati kutu.. tak tahu nak pujuk Adreena dengan ayat apa lagi dah.. isterinya itu mempunyai keyakinan diri yang rendah.. baru dia sedar tentang insecurity Adreena setelah mereka bernikah

Memang Adreena tegas dalam berbicara memandangkan dia anak perempuan sulung dalam keluarga.. tapi selepas kahwin, Adreena sebenarnya fragile.. kuat dan utuh diluar tetapi lembut di dalam

fuh macam iklan ayam goreng.. rangup diluar, lembut didalam

"Dalam dunia ni.. rezeki tu datang pada kita dalam pelbagai bentuk.. apa kata awak anggap itu sebagai rezeki yang Allah nak bagi pada awak.. peluang yang datang tepat pada masanya" Aniq bermain dengan keningnya

Adreena mencebik.. pandai betul Aniq berkata-kata.. terpujuk jugalah hatinya itu.. sekarang dia lebih yakin untuk melangkah kaki ke tempat kerjanya yang baharu.. walaupun dia tiada kawan lagi sekarang ini, akan dia pastikan ada yang nak berkawan dengannya muahahaha! kita paksa, jangan tak paksa

"Fine.. cakap sikit pun nak ceramah panjang lebar macam ustaz.. bye, saya pergi dulu" Adreena mencabut tali pinggang keledar yang terpasang di tubuh badannya.. pakaiannya dibetulkan sedikit agar sentiasa nampak kemas sahaja

"Ehm ehm" Aniq berdehem.. dia memakai semula cermin matanya

Adreena menoleh seketika.. menunggu bicara Aniq yang seterusnya dengan kening yang berkerut

Aniq buat-buat batuk pula.. kemudian dia menggosok bahunya pula.. memberi signal pada Adreena yang masih tak faham itu

"Dah kenapa tiba-tiba sakit tekak?" soal Adreena yang masih berkerut kening

"Tu la.. yang tu.. takkan lupa kot" Aniq berdehem.. sengaja menguji kepintaran dan ketaatan Adreena

"Tu? tu apa?" Adreena mengecilkan matanya.. rasa nak marah pun ada juga.. bagi pelempang seliang baru tahu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now