Bab 15

8 0 0
                                        

Perlahan-lahan mata dibuka.. dengan dahi berkerut, dia melihat ke arah kanan.. pandangannya sedikit kabur, tapi dia tahu dimana keberadaannya sekarang.. lama matanya merenung sejambak bunga mawar merah yang ada di atas mejanya

 lama matanya merenung sejambak bunga mawar merah yang ada di atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang dah bercakap dengan doktor.. dia inform yang akak akan sedar bila-bila masa je.. nanti kalau akak dah bangun, awak panggil doktor eh? kalau perlukan apa-apa, call je" suara asing itu membuatkan Adreena semakin berkerut

"Okay.. Mak dengan Kak Safia mana, abang?" soal Maisara

Yang Adreena nampak cumalah seorang lelaki dewasa yang sedang berbual dengan Maisara.. walaupun dia pelik sebenarnya, tapi ada banyak lagi persoalan yang menyesakkan otaknya sekarang ini.. kalau dia perah otak pun bukan boleh dapat jawapan

"Balik kejap, ambik barang.. abang pergi dulu ya.. Assalamualaikum" usai itu dia keluar dari situ

"Waalaikumussalam.. abang jaga diri" ucapnya

"Ya Maisarah" jawab lelaki itu pula.. lembut saja nadanya

Adreena cuba untuk menggerakkan tubuh badannya.. rasa sakit itu membuatkan dia berdecit sedikit.. Maisara berpaling.. wajahnya begitu gembira saat melihat kakaknya telahpun membuka mata.. rindu yang memberat buat air matanya mengalir sedikit

"Akak" panggil Maisara.. suaranya sedikit bergetar kerana menahan rasa sebak.. dia segera mendekati Adreena

"Alhamdulillah, akak dah sedar" ucap Maisara.. dia tersenyum lega

"Apa yang jadi kat akak?" kepalanya yang berbalut itu disentuh sambil dahinya berkerut menahan sakit

"Akak accident.. koma nak dekat sebulan.. akak jangan gerak, adik nak panggil doktor" Adiknya, Maisara berlari-lari anak keluar dari ruang itu

Adreena kembali pejamkan mata.. kepalanya terasa pusing sekarang ini.. apa yang dikatakan oleh adiknya tadi bermain diminda.. dia cuba mencerna walaupun dia sendiri hairan

Sejak bila dia kemalangan sedangkan dia cuma rasa dia hanya melalui mimpi yang panjang sahaja?

##

Baru sahaja Adreena hendak menarik selimutnya, tangan ibunya pantas memegang selimut yang tersarung hanya diparas kaki.. perlahan-lahan matanya terarah pada wajah ibunya yang seolah-olah tiada apa terjadi walaupun sejak kebelakangan ini perbuatannya agak aneh dimata Adreena

"Akak dah sihat lah, mak.. mak tak payah risaukan akak.. tidur lah mak, lewat dah ni" bebel Adreena.. seharian ibunya menjaga dia.. ulang-alik rumah ke gerai.. tu belum campur masa dia ditahan ward tempoh hari.. serba-salah dia dibuatnya

"Dah makan ubat?" soal Puan Farhana

Lambat-lambat Adreena mengangguk setelah soalan itu ditanya

"Tidurlah.. mak teman kau kat sini" Puan Farhana duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Adreena.. dia berpeluk tubuh

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now