𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 𝟣

463 24 2
                                    


"arghhhhhh jangan kejar aku lah, aku orang baik-baik" jerit Syira sambil bermain kejar mengejar bersama angsa.

"eeee apa akak ni pagi-pagi lagi dah terpekik-terlolong macam kak ponti" ujar adiknya, uwais yang baru bangun dari tidur. Sudah selalu sangat dikejutkan dengan jeritan manusia-manusia.

Ibunya yang sedang mengupas bawang di atas pangkin hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya itu. "Syira mari tolong ibu kupas bawang ni, sudahlah main dengan haiwan-haiwan putih tu" pinta ibunya.

"ibu kenapa tiba-tiba ada angsa pulak kat rumah kita ni bu, banyak pulak tu kalau sekor takpelah jugak" kata Syira sejurus menghampiri ibunya. "itu bapak kamu lah punya idea, dia kata nak buka reban supaya ibu tak rasa lonely, nanti kamu tengoklah tiba-tiba ada ayam lah itik lah" balas ibunya. Terbeliak mata Syira selepas mendengar kata ibunya. 'biar betul bapak aku ni, habislah jadi zoo rumah ni' luah syira dalam hatinya.

Rumah mereka memang berada di kawasan perkampungan walaupun keluarganya boleh dikatakan keluarga yang berada. bapa Syira, iaitu Ahmad Mokhtar merupakan seorang askar pencen dan mempunyai ladang kelapa sawit yang terbesar. Ini telah membawa keluarga mereka kepada keluarga yang berpengaruh walaupun hanya tinggal di kampung. Encik Mokhtar juga sering sibuk dalam menguruskan ladangnya.

"ibu petang ni Syira nak pergi pekan sekejap tau, ibu nak ikut tak ? Syira nak pergi pasar malam sekali" ujar Syira sambil mengupas bawang

"Malaslah ibu, nanti Syira tolong beli ibu kuih akok ye"

"boleh ibu"balas Syira

—————————

Syira hanya mengenakan seluar slack hitam dan jersi untuk pergi ke pasar. Sangat simple.

Sedang leka mencari parking tiba-tiba dia terasa seperti telah melanggar seseorang, mujur dia tidak membawa laju.

"Encik, encik okay? saya minta maaf saya tak perasan encik nak melintas" ujar Syira selepas memarkir keretanya di tepi

"Woi kau buta ke apa ha? kau reti bawak kereta ke tak? kau tak ambil lesen ke sebelum memandu? ke kau bawah umur ha?" bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh lelaki itu.

Terpinga-pinga Syira dibuatnya. 'ish mamat ni, cakap elok-elok tak boleh ke? kena sikit je' kata-kata itu hanya mampu diluah dalam hatinya sahaja.

"Encik saya rasa encik yang tak reti lintas jalan, bukan cikgu-cikgu kita kat sekolah sebelum ni pernah kata ke kalau melintas tengok kiri kanan dulu, ke encik tak sekolah ni ?" kata Syira sambil berloya buruk. Memang betul pon lelaki di hadapannya ini tiba-tiba melintas tanpa melihat jika ada kereta.

"amboi kau, kau yang langgar aku then nak cakap aku yang salah. Sudahlah buang masa je cakap dengan orang macam kau. Pastikan aku tak jumpa kau lagi ingat kalau tak aku blender mulut kau tu !!' tegas lelaki dan terus berlalu.

"eleh macam lah aku nak sangat jumpa kau, harap muka je hensem tapi kerek werk" ejek syira sambil menjelirkan lidahnya. Dah serupa angsa dah.

—————————

Sampai dirumah terus sahaja dia mengadu kepada ibunya tentang kejadian tadi. Sudah masak sangat dengan perangai Syira yang manja ini. Semuanya mahu mengadu.

"Takpelah Syira, kamu tu bawak kereta lain kali hati-hati nasib baik takde apa-apa" nasihat ibunya kepada Syira.

nak taknak Syira terpaksa mengalah walaupun hatinya masih panas dengan kata-kata lelaki itu. berani dia kata aku budak bawah umur hish. excuse me aku dah 23 okay ergh.

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now