𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 22

139 15 1
                                    


Rose mengeluarkan iphone 11 miliknya untuk menangkap gambar air yang dipesan sebentar tadi.

Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

"okay dah, abang nak cakap apa dengan Rose?" tanya Rose selepas selesai.

"Rose ada sorok apa-apa dari abang ke?"

"sorok? sorok apa?" tanya Rose tidak mengerti

"anything"

"HaHa mana ada Rose sorok apa-apa" kata Rose sebelum menyedut minumannya

"My wife is missing Rose"

"then apa kena mengena dengan Rose"

Aariz tidak menjawab malah hanya memandang Rose dengan wajah yang sukar ditafsir.

"oh aha so now abang nak cakap Rose culik dia ke apa ni" bentak Rose sedikit kuat.

"I don't say that you kidnapped her. I just want certainty. So tell me the truth"

"Rose tak tahu lah abang. Bukan Rose yang buat dia hilang. She is not my problem" kata Rose kembali. Dia juga tidak tahu keberadaan wanita itu, tak pernah terlintas dihatinya untuk menculik orang.

"kalau macam tu jomlah balik. Abang nak tanya tu je" kata Aariz sebelum bangun dari duduknya

"eh abang awal lagi. Tunggulah sekejap air pon tak habis minum lagi ni.

"minum dalam kereta boleh kan"

"TAKNAK NAK MINUM SINI" kata Rose dengan nada suara yang dinaikkan seoktaf. Semua orang di cafe itu menoleh memandang mereka

Nak atau tidak Aariz terpaksa mengalah. Dia duduk kembali di hadapan Rose. Haish nasib baik kau bukan adik aku, kalau tidak aku dah heret kau masuk kereta tau.

——————————

"cik ni untuk cik" kata Kyra sebelum memberi iphone 13 kepada Syira yang sedang berehat sambil menikmati suasana di Pulau Livest.

"sapa punya telefon ni wak?" tanya Syira. Bukan ke telefonnya tertinggal tapi mustahil lah ni telefon dia, dia pakai iphone 6 je nok.

"ni telefon cik. Saya diarahkan untuk beri telefon ni kepada cik"

"sapa yang arahkan awak? dari haritu lagi saya tertanya-tanya siapa yang buat semua ni" tanya Syira sebelum mengambil huluran telefon itu.

"maaf cik saya tak boleh nak beritahu siapa dia. Tugas saya hanya untuk menjaga keperluan cik disini. Mungkin suatu hari nanti cik akan tahu juga" kata Kyra lembut. Untung wanita dihadapannya ini, sudahlah cantik, baik hati pulak tu.

"hm takpelah kalau macam tu. Oh ya saya lupa nak cakap yang saya dah kahwin hehe" balas Syira. Dia membelek-belek iphone itu. Pergh first time pegang fon mahal.

"er yeke maaf puan saya tak tahu puan dah kahwin" kata Kyra. Dia tidak tahu wanita itu sudah kahwin. Nampak sangat muda seperti anak dara.

"takpe tak perlu berpuan-puan dengan saya. Panggil je Syira" balas Syira

"em maaf puan saya tak boleh buat macam tu. Ini tanda saya hormat puan jadi saya tak boleh panggil puan macam tu" kata Kyra lembut.

"takpelah kalau awak dah cakap macamtu. Btw thanks tau"

"sama-sama puan" balas Kyra sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.

"emm nak download apa eh.... haaa instagram!!" kata Syira. Sudah lama dia tidak membuka aplikasi itu.

Dia pon scroll-scroll untuk mencari perkara yang menarik.

Satu post ini menarik perhatiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu post ini menarik perhatiannya. Roserosey? adakah ini account cousin suaminya. Gambar profilnya juga menunjukan gambar gadis itu.

Tapi siapa lelaki di dalam gambar itu.
adakah itu.... Aariz?
Kasut, jam malah pakaian itu semua dia pernah lihat. Sememangnya gaya itu kena dengan Aariz.

'tak tak mungkin tu Aariz HaHa' bisik Syira cuba untuk bersangka baik.

'tapi kenapa dia nampak sama macam awak Aariz. Kalau betul itu awak, kenapa awak macam tak terkesan pon dengan kepergian saya' ucap Syira. Sayu hatinya ketika itu.

Nampaknya dia perlu menerima kenyataan  bahawa dia sememangnya tidak layak untuk bersama Aariz. Dengan itu dia tekad untuk melupakan lelaki itu.

Cinta? Sayang? Semuanya akan terkubur buat lelaki bernama Aariz.

2 hari kemudian..

"Kyra, tu apa" tanya Syira selepas melihat beberapa orang sedang melakukan aktiviti di dalam air.

"ouh tu snorkelling. Puan nak try ke?"

"ha try? err boleh ke?" tanya Syira kembali. Dia sebenarnya agak suka dengan perkara-perkara sebegitu.

"mestilah boleh tapi sebelum tu puan kena tukar baju dulu. Sekejap saya sediakan"

"okay eh tapi boleh tak awak teman saya sekali. Saya taknak sorang-sorang"

"baiklah" balas Kyra dengan senyuman

"kena pakai ke? Saya tengok macam tak dalam je" tanya Syira apabila Kyra menyuruhnya memakai life jackets berwarna hitam itu.

"memanglah nampak tak dalam puan tapi kalau dah snorkelling kita tak tahu sampai mana kita pergi" jawab Kyra

"ouh okay hehe" Syira mengambil jacket itu dan terus disarung ke badannya. Muat-muat je.

"are you ready?"

"YES!!" jawab Syira dengan semangat sebelum mereka berdua berlari ke air jernih itu.

—————————

"haish mana pulak si budak Syira ni. Massage tak reply, call tak angkat" kata Armanda, tangannya lincah menghantar pesanan kepada bestienya itu.

Mereka memang sudah lama tidak berhubung kerana Armanda busy dengan assignmentnya. Di tahun akhir ini banyak perkara dia harus lakukan sampai tak sempat nak bertanya khabar dan sekarang semuanya sudah selesai.

Walaupun umur mereka sama namun Syira dahulu yang selesai belajar. Armanda? Baru je grad.

"Hello abang. Mana Syira? Armanda call dia tak angkat-angkat"

"Syira? ada ada dia tengah tidur" tipu Aariz. Dia tidak mahu adiknya itu tahu tentang kehilangan Syira. Kalau dia tahu pasti berita ini akan sampai ditelinga papa dan mama malah ibu dan ayah juga akan tahu.

"oh okay nanti armanda datang rumah abang"

"eh eh tak payah. aaa maksud abang kitaorang takde dekat sini"

"habistu abang pergi mana pulak" tanya Armanda kembali

"adalah, sibuk je" kata Aariz

"eleyh pergi honeymoon ler tu. Okaylah nanti dah balik bagitau bye" kata Armanda sebelum menamatkan panggilan

"eh budak ni dia end camtu je"

Aariz meletakkan fonnya di sebelah dan kembali memikirkan isterinya. Sungguh dia rindu wanita itu.

Lantai ditatap dengan hati yang pilu. Betapa taatnya seorang isteri, Syira sanggup tidur disitu hanya kerana arahan bodohnya.

Dia harus mencari wanita itu dan tebus kesalahannya.

Namun ada satu persoalan.
Adakah sempat buat Aariz untuk meraih kasih isterinya kembali?






Thanks kepada yang setia membaca.
Do vote and comment kay.
Barulah author semangat nak tulis banyak-banyak hehe 🤍 jangan lupa ajak kawan-kawan baca sekali.

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now