𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 18

146 16 2
                                    


"maksom ada nampak Syira tak?" tanya Lukas kepada maksom yang sedang membuat sarapan

"Syira? hm tak nampak pulak maksom. Mungkin dekat bilik dia lagi kot" kata maksom. Tangannya lincah memotong sayur.

"oh takpelah, saya pergi tengok dia kata atas" kata Lukas dan terus beredar dari situ. Laju kakinya melangkah naik ke atas. Selepas balik semalam dia tidak banyak berbual dengan wanita itu. Masing-masing penat

"Assalamualaikum Syira. Awak ada dekat dalam ke" laung Lukas dari luar.

'aik mandi ke' lama dia menunggu diluar kamar itu. Terbit rasa tidak sedap hati dalam dirinya.

Dengan segera dia memulas tombol pintu itu. Tak berkunci.

"awak kat mana Syira" Lukas memerhati di bilik itu. Kosong. Bilik air juga begitu

"eh mana dia pergi ni" bisik Lukas. Bilik itu kelihatan kemas seperti sediakala.

Tiba-tiba matanya menangkap satu kertas berwarna putih di atas katil. Terus Lukas mengambil kertas itu dan membaca tulisan yang tertera

To : Lukas
Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya dirumah awak buat seketika. Saya terhutang budi sangat dekat awak tapi mungkin saya tak mampu untuk balas jasa awak. Saya minta maaf sebab saya terpaksa pergi tanpa berjumpa awak dulu. Saya doakan semoga awak berjumpa dengan perempuan yang selayaknya untuk awak. Saya yakin awak akan jaga dia macam bidadari. Boleh awak janji dengan saya?. Tolong jaga Aariz dan tengok-tengokkan dia sepanjang saya takde. Saya taknak disebabkan saya, hubungan awak sekeluarga renggang. Berbaiklah dengan dia ye. Lagi satu boleh awak tolong bagikan sampul biru dekat atas meja solek tu pada Aariz. Terima kasih banyak-banyak atas layanan baik awak terhadap saya. :)

ikhlas from,
Syira

Lukas tersenyum sayu setelah selesai membaca. Kertas diletakkan disebelah sampul biru. Dia tahu mustahil untuk dia bersama dengan wanita itu. Tapi dia tetap akan melindungi wanita itu walau sejauh mana pon dia pergi. Tanpa wanita itu sedari. Dia tekad.

"just know that you don't have to do this alone"

"promise I'll never let you down"

"cause i know i can treat you better than he can"

"and any girl like you deserve a gentleman"

—————————

"Asal kau nak jumpa aku" soal Aariz yang baru sampai di sebuah cafe. Selepas sepupunya itu menghantar pesanan, terus dia kesini. Manatau mamat ni ubah fikiran suruh ambik balik isteri aku. Tapi hanya ada Lukas sahaja disitu.

"duduklah dulu" kata Lukas.

Aariz menarik malas kerusi sebelum dia terus duduk disitu

"nah" Lukas meletakkan sampul biru dihadapan Aariz

"apani" tanya Aariz mendatar

"tengoklah"

Aariz membuka sampul itu sebelum dikeluarkan sehelai kertas putih. Dikertas itu tertulis nama Aariz. Aariz menjongketkan sedikit keningnya tanda tidak faham.

"nanti kat rumah kau bacalah. Sekarang orderlah apa-apa, aku belanja" kata Lukas sebelum tangannya diangkat untuk memanggil waiter

"HA HA kau buat lawak apa. Tiba-tiba nak belanja aku. Kau ingat aku dah muflis ke" kata Aariz dengan nada sinisnya

"aku tak main-main Aariz. Aku malas nak bergaduh dengan kau lagi"

"kalau malas takya ah gaduh" jawab Aariz sambil melipat sampul biru itu untuk disimpan

"aku serius" kata Lukas lagi

"mana isteri aku" tanya Aariz dengan serius. ha sudah dua dua serius

"aku tak tahu" jawab Lukas mendatar

"kau tak payah tipu aku. Aku tahu dia ada dengan kau sekarang" desak Aariz

"Aku tak tahu lah gila" kata Lukas melawan suara Aariz yang naik seoktaf

"er encik, order?" celah waitress lelaki yang sedang berdiri di sebelah meja mereka. Kepala yang tidak gatal digaru. ha sudah masalah rumah tangga jangan bawak sampai cafe bro chill la.

Aariz dan Lukas terus memandang waiter tersebut. Wooo kacaknya abe abe ni. waitress itu menayangkan senyuman dengan gigi yang sedikit bertarabur tetapi putih bersih

"Bali suam"

"kopi taknak gula"

"siap boss" kata waitress itu seperti mamak lalu terus beredar

"aku datang sini sebab nak berbaik-baik dengan kau dan jalankan amanah orang" kata Lukas mendatar. Dia juga tidak mahu bergaduh dengan lelaki ini disebabkan perempuan. Mereka sudah rapat sejak dulu lagi jadi takkan dia mahu sia-siakan persahabatan mereka.

"pasal bini kau. Aku rasa kau perlu baca surat tu dulu" sambung Lukas lagi.

Aariz memandang surat biru itu lama. Apa yang tertulis dalam surat ni sebenarnya.

"ini airnya ye" kata waitress lelaki itu sebelum meletakkan air-air itu diatas meja dengan berhati-hati. Sopan gitew, depan abe kacak kan kenalah behave. Sempat dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Lukas. Lukas tidak berkata malah hanya membulatkan matanya. Bonda tolong!

Aariz yang melihat situasi itu menahan gelaknya.

"kau cilake apa sial, nak gelak tu gelak jelah. cover cover pulak"

"hm sesuai lah kau pon single" jawab Aariz

"eeee geli lah babi" kata Lukas sambil menggerakkan badannya geli.

——————————

Sampai dirumah, Aariz terus merebahkan badannya di sofa. Sedang dia mahu terlena tiba-tiba dia teringat tentang sampul biru yang diterimanya tadi.

Dibuka sampul biru itu dan dia keluarkan kertas yang tertulis  To : Aariz My husband

To : Aariz My husband
Saat awak baca surat ni, saya dah pergi jauh dari hidup awak. Saya tak mampu untuk buat pilihan antara awak dan Lukas. Saya tak pilih dia dan saya juga tak pilih untuk kembali pada awak. Maafkan saya kalau perbuatan dan kata-kata saya ni buat awak terasa hati dengan saya. Tolong halalkan segala makan minum saya sepanjang saya bersama dengan awak. Saya tahu saya bukan pilihan awak jadi disebabkan itu saya memilih untuk pergi. Saya reda kalau awak nak ceraikan saya. Carilah kebahagiaan awak Aariz. Satu je saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak. Sejak awak lafazkan akad, hati saya dah terikat pada awak. Saya ikhlas cintakan awak sepenuh hati saya tapi saya perlu buang perasaan tu sebab saya tahu saya tak layak untuk memiliki awak. Awak tak perlu risau, saya akan belajar untuk lupakan awak dan saya tak akan muncul di depan awak lagi.

your wife,
Syira

Aariz terduduk saat membaca surat itu. Dia tidak sangka wanita itu bakal meninggalkannya. Hatinya resah, sakit dan pilu ketika itu.

"kenapa kau perlu pergi saat hati aku ingin mula mencintai kau. " kata Aariz dengan air matanya mula bergenang. Dia mengaku dia salah kerana berlaku kejam terhadap isterinya. Dia menyesal namun semuanya sudah terlambat. Syira telah pergi jauh dari hidupnya. Masihkah ada peluang buatnya untuk membahagiakan wanita itu.





Ceh dah pergi baru nak menyesal si budak Aariz ni

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now