𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 27

134 14 2
                                    


"Aaarghhhhhhh" jerit Syira agak kuat apabila melihat seekor kucing parsi yang sangat gebu sedang berbaring. Dia baru selesai membeli jajan di kedai serbeneka pulau itu dan tanpa sengaja dia terlihat kucing yang sangat comel itu. Memang habis digomol lah.

"kenapa awak comey sangat ni hmm omo eee geram kita" kata Syira. Terus dipeluk kucing itu dan diletakkan di atas ribanya

"saya tak pernah nampak awak pon sebelum ni"

"meow meow" balas kucing parsi itu

"ouh faham faham" apa yang faham pon tak tahulah

Sedang dia bermain cak cak dengan kucing itu tiba-tiba dia terasa ada sesesorang di belakangnya. Bayang-bayang itu semakin jelas kelihatan. Syira mula tidak sedap hati. Sudahlah sekarang sudah malam, sunyi pulak tu. Mustahil itu Kyra kerana gadis itu telah diarahkan untuk mengikuti bossnya yang pergi entah kemana.

dengan perlahan-lahan dia meletakkan kucing itu kebawah dan mengenggam beg plastiknya.

1,2,3

pakkkkkk

"auchhhh" suara lelaki itu mengadu sakit sambil tangannya memegang perut.

'opss terkena perut pulak. Aku target muka' sedar dirinya yang pendek

lelaki itu masih lagi tidak mengangkat wajahnya

"encik ni siapa. Kenapa berdiri belakang saya macam tu" tanya Syira takut-takut. Matanya mencari-cari wajah lelaki itu. Haruman ini. Tiba-tiba jantungnya kembali berdegup laju.

sesaat, dua saat

Mata mereka bertembung. Bagaikan mimpi apabila melihat wajah di hadapannya sekarang

'tak, mustahil' bisik Syira dalam hati. Dia rasa macam nak pengsan dah sekarang ni

"Syira" Mulut Aariz sekarang tidak mampu untuk mengungkap apa-apa selain nama itu

Ya ini bukan mimpi.

Aariz terus menarik tangan Syira apabila wanita itu mahu pergi darinya.

"sayang, awak tak rindu saya ke" tanya Aariz lembut

"lepaslah. Awak silap orang ni. Saya bukan sayang awak" balas Syira sedikit kasar.

"hey please dengar dulu apa saya nak cakap ni. Saya minta maaf atas penderitaan awak selama ini. Saya tahu semua berpunca dari saya. Tolong kembali pada saya" rayu Aariz. Air mata jantan yang ditahan turun jua. Dia bersyukur kerana tuhan telah pertemukan dia dengan wanita ini sekarang.

"haha senang kan. Dah buat salah, minta maaf" kata Syira sinis

"saya akan buat apa saja yang awak nak untuk saya dapatkan kemaafan awak sayang"

"ceraikan saya"

"Saya tak akan ceraikan awak. Walaupun itu yang awak nak, saya tetap tak akan buat" Aariz tekad. Tidak mungkin dia akan melepaskan wanita yang telah menewaskan egonya. Dia kalah dengan dirinya sendiri. Dia tidak mampu untuk menyorokkan perasaannya lagi

"kalau macam tu, let me go" jawab Syira sambil menarik tangannya yang digenggam kemas oleh Aariz

Setelah berjaya melepaskan diri, terus dia meninggalkan suaminya seorang diri

Aariz tidak bertindak. Dia hanya melihat Syira yang semakin jauh itu. Dia tidak memaksa wanita itu kerana dia tahu wanita itu masih perlukan waktu.

Sampai sahaja bilik, Syira terus menekup wajahnya di bantal. Bunyi tangisan semakin kuat. Dia tidak kuat apabila berdepan dengan wajah itu walaupun sebelum ini dia sudah berjaya melupakan segalanya.

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now