𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 29 (TAMAT)

259 13 3
                                    


"Ya Allah Syira, rindunya ibu" kata ibu dan terus memeluk anak perempuannya yang jauh menghilang selama ini.

"maaf ibu, Syira tipu ibu selama ni" Syira membalas pelukan ibunya dengan penuh erat kemudian dia memeluk ayahnya.

"syukurlah Syira selamat. Itu dah cukup baik buat ayah dan ibu"

"oit, nampaknya cinta kau dah kembali" tegur Lukas disebelah Aariz. Senyuman di bibir terukir. Mereka duduk di bawah pohon yang sedikit jauh dari keluarga itu.

"kenapa kau tak pernah bagitahu aku"

"sebab aku taknak pisang berbuah dua kali. Aku taknak tengok dia terus disakiti dan terseksa. Kalau betul kau cintakan dia, aku akan pulangkan dia pada kau walaupun aku tahu aku tak ada hak tapi sekurang-kurangnya dengan cara ni aku dapat buat kau sedar tentang perasaan sebenar kau" jawab Lukas tenang. Ya dia sudah tekad. Selama Syira menghilangkan diri, dia nampak Aariz sangat terkesan dan berusaha untuk mencari wanita itu. Dirinya tidaklah sekejam mana untuk memisahkan dua insan yang ditakdirkan bersama.

"thanks bro walaupun aku rasa macam nak marah tapi takpa aku tahan. Aku tahu kau buat ni sebab kau sayang aku"

"euwww perasannya. Pleaselah, kalau bukan sebab author yang suruh aku sayang kau, memang  aku campak kau dalam laut tu biar ikan buntal makan"

"ouh campak aku dalam laut ehh, sini kau" kata Aariz dan terus menarik Lukas menghampiri air jernih yang tidak jauh dari mereka

"arghhhh taknak. Bonda tolong along!!!!" Jerit Lukas kuat

Semua mata memandang ke arah mereka. Haih macam-macamlah budak atas umur ni. Kalah kanak-kanak ribena.

Rose yang sedang duduk di atas buaian itu hanya memandang kosong wajah-wajah yang dikenali di hadapannya sebelum dia mengeluh panjang.

"hye cutie. Jauhnya awak termenung" satu suara yang asing menyapa halwa perdengarannya

Rose menoleh ke arah suara itu. Seorang jejaka yang memakai baju putih menampakkan sedikit tubuh tegap milik jejaka itu dan berseluar hitam dilengkapi dengan kaca mata hitam menghiasi  wajah sedang berdiri disebelahnya. Haruman maskulin kian menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya apabila Rose hanya merenung dirinya tanpa berkata apa-apa

"ehem saya tahu saya hensem tapi janganlah tenung saya macam tak ada hari esok" katanya lagi sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit yang sangat manis

"perasan je. Sejak bila i tenung you. I don't even know you" jawab Rose menutup malunya. Tulah tengok lagi anak teruna orang macam nak tembus. Eh yeke masih teruna

"well you will know me now. I'm Harraz. Your future bee"

"bee ?" tanya Rose tidak mengerti

"be mine" jawabnya sambil tersengih nakal

"euw zaman bila punya pickup line. I'm not interested" kata Rose sebelum dia bangun untuk beredar

"hey where are you going cutie"

"can you stop calling me cutie"

"then what should i call you? sayang or sweetheart?"

Rose mengetap giginya kuat.

" apa kata kau panggil aku sayang dulu. Kalau aku cair aku approve kau jadi adik ipar aku" Lukas memeluk bahu lelaki itu dari tepi sebelum mengangkat sebelah keningnya

"eysh along apa ni" Rose menaikkan sedikit oktaf suaranya. Geram betul dengan perangai alongnya.

"apa kau. Diam budak, ni urusan orang-orang lelaki"

"I'm Harraz" kata Harraz memperkenalkan diri

"aku taknak tahu nama kau lah. Aku suruh kau panggil aku sayang"

"errrr" balas Harraz sambil membuat muka geli

"kau buat muka macam tu?! Kau ingat kau hensem sangat ke haa?!! Aku lagi hensemlah sial!" Lukas menarik-narik rambut Harraz. Lalu mereka pon bergusti di situ.

Rose memutarkan bebola matanya. Malas betul nak layan beruk-beruk dunia ni. Ingatkan Harraz ni matang sikit rupa-rupanya dua kali lima sahaja dengan abangnya.

"abang, em Rose nak cakap sikit" ucap Rose apabila melihat Aariz diam dan hanya bersandar pada sebuah pohon di belakangnya

"cakaplah"

"em Rose nak minta maaf sebab sikap keterlaluan Rose. Rose dah rosakkan hubungan abang dengan Kak Syira. Rose tahu Rose tak patut rampas abang daripada dia"

"Rose tak salah. Abang yang ego selama ni. Abang tahu Rose simpan perasaan dekat abang tapi abang minta maaf sebab tak mampu nak balas perasaan Rose. Abang dah anggap Rose macam adik abang sendiri" kata Aariz tenang. Ye dia bersalah kerana memberi harapan terhadap gadis kecil itu. Mungkin dengan layanan baik yang diberikan telah menjadi punca salah faham. Dia tidak pernah mempunyai perasaan lebih daripada sayang seorang abang terhadap adiknya.

"Rose tahu semua tu. Rose doakan abang dan kak Syira akan bahagia selamanya" ucap Rose dengan senyuman manisnya.

Aariz turut membalas senyuman.

—————————

"sayang, tak sejuk ke duduk luar ni hmm" tanya Aariz lembut. Isterinya itu hanya berdiri di balkoni biliknya. Puas dia memujuk wanita itu untuk pindah ke biliknya.

"tak" jawabnya sepatah

"sayang masih marahkan biy?" Aariz memusingkan tubuh itu supaya menghadapnya

"tak"

"then kenapa taknak pandang biy?" tanyanya apabila Syira hanya menundukkan wajah memandang lantai

"saya tak marahkan awak dan saya dah mula untuk maafkan awak tapi untuk melupakan segala saya... saya tak mampu" ucap Syira. Matanya memandang tepat ke dalam mata milik suaminya. Terasa hangat di tubir mata.

"maafkan biy sayang. Biy salah. Biy bodoh dan berdosa pada sayang. Ampunkan biy, sayang" ujar Aariz berselang sendu

Dia menunduk hingga dahinya mendarat tepat di atas bahu Syira. Membiarkan air mata terus membasahi tanpa sekat. Tubuh itu dipeluk erat.

"biy janji akan kembalikan cahaya dalam hidup sayang. Bunuh semua derita dan melakar bahagia. Beri biy peluang itu?" pintanya. Suaranya serak dalam menahan sebak.

"peluang itu akan sentiasa hadir dan terus hadir. Saya tak mampu untuk tipu diri saya lagi. Saya akan terus mencintai awak. Saya akan percayakan awak jika itu yang awak nak"

"terima kasih sayang. Biy tak akan sia-siakan harapan sayang lagi. I love you. I love you so much" ucap Aariz

"I love you more" lambat-lambat 4 patah perkataan itu dibalas oleh sang isteri.

TAMAT





I really thanks dekat awak-awak semua yang sudi baca dari chapter pertama i sampai habis. Since this is my first story, so i tahu mesti banyak kekurangan. Inshallah next time i cuba improve my writing. Jangan lupa vote kay and share this story to your friends. Love uolss 💕

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now