Malam itu, seperti yang dijangka mereka berkarok dalam bilik. mujur bilik itu kalis bunyi kalau tidak rasanya pecah telinga orang dalam rumah tu.
"weh sedap sia suara kau, kau ni adik tokti ke?" tanya Armanda kepada Syira.
"banyaklah kau adik tokti, aku punya suara memang sejak lahir sedap. Keluar-keluar je perut ibu terus aku pandai nyanyi sampai doktor yang sambut aku tu pon terkesima" dengan bangganya Syira menjawab. Amboi Syira dia punya borak gajah pon boleh terbang.
"aku haus lah, aku nak tambah kat bawah kejap tau" ujar Syira
"ha okay tapi jaga-jaga tau kalau kau dengar apa-apa, selawatlah banyak-banyak"balas Armanda sambil menyimpan tersenyum.
"haaaa?! kau ni janganlah takut-takutkan aku, dahlah rumah kau ni besar macam istana "
"hehe takde pape lah, jangan risau rumah aku ni selamat"
setelah menuang air kedalam cawan, tiba-tiba dia ternampak kelibat sesorang sedang memandangnya namun dia tidak dapat mengenal pasti siapa kerana keadaan dapur itu terlalu gelap.
pupp dapur menjadi terang-menderang.
"kau buat apa? kenapa kau ada kat rumah aku malam-malam ni?" soal Aariz Zayn seperti polis pulak.
Dia pun tidak menyangka bahawa wanita itu masih berada di dalam rumahnya kerana petang tadi dia perlu berjumpa dengan rakannya.
"er sa..sa..saya nak ambik air"balas Syira.
Syira terkejut apabila Aariz ingin menuju kearahnya. Ini menyebabkan dia berundur setapak demi setapak apabila Aariz semakin hampir.
"awak stop !" jerit Syira tapi suaranya masih dikawal
"asal kau takut ke? soalan aku kau taknak jawab" sinis sahaja kata-kata Aariz sambil tangannya terus mengepung Syira.
"a..aw..awak, saya bermalam dekat rumah awak sebab mama awak ajak.... tepilah sa..saya nak naik ni" ujar Syira dengan nada yang bergetar. sudah semestinya dia takut. Bukannya dia kenal sangat lelaki ini haish.
"kalau aku taknak" Aariz masih lagi mahu bermain tarik tali dengan wanita itu. Suka dia melihat keadaan Syira yang seperti cacing kepanasan itu.
tiba-tiba mereka terdengar suara Armanda yang memanggil Syira dari atas. Peluang ini membolehkan Syira untuk melepaskan diri, terus sahaja dia berlari naik ke atas seperti lipas kudung.
Aariz hanya menatap kepergian Syira dengan ekor mata. Dia juga tidak tahu mengapa dengan dirinya setiap kali berdepan berdepan dengan wanita itu. Tetapi yang pasti bukan cinta, mustahil dia mahu sukakan wanita kolot seperti itu.
------------------------------
"morning mama" ucap Aariz kepada mama dan papanya yang sedang berada di meja makan.
"morning riz, ha mana yang lain? tak turun lagi?" soal mama.
"Megat otw" jerit megat yang sedang menuju kearah mereka.
Sebenarnya mereka sudah sedia maklum bahawa anak dara yang sorang itu jarang benar nampak muka di waktu sarapan. Sapa lagi kalau bukan Armanda hiks.
Namun entah apa yang merasuki Armanda pagi ini?
"SELAMAT PAGI SEMUAAAAAAA" meleret saja Armanda berkata lalu duduk disebelah abang kembarnya.
"amboi ada pulak batang idong kau pagi-pagi ni" perli Aariz.
mama hanya menggelengkan kepala begitu juga papa.
"Syira mari duduk, kita makan sama-sama" kata mama kepada Syira yang dari tadi hanya mendiamkan diri mungkin segan.
Syira duduk bersebelahan dengan mama dan.......
bertentangan dengan Aariz ?!!! urgh
Aariz hanya memandang Syira dengan mata dikecilkan. sahaja mahu melihat reaksi Syira yang seperti malu-malu anjenk itu.
'haish dia ni nak pandang pon cover-cover lah, ni tak pandang macam nak makan je eee' getus Syira dalam hatinya.
"Syira, kenapa tak makan? tak sedap ke?" tanya mama
"er er tak aunty sedap je hehe"
"Syira jom pergi shopping petang ni" ajak Armanda seusai makan
"aaa er bo..boleh" jawab Syira. Dia tidak gemar sangat bershopping tapi untuk sekadar teman bolehlah. Syira ni limited education hoho.
YOU ARE READING
Cinta tanpa duga
RomantikPertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki...