𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 28

163 12 1
                                    


Knock,knock,knock

Syira menguak pintunya sedikit apabila ketukan itu kedengaran sebelum matanya membulat tanda tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat sekarang ini.

"morning, breakfast" kata Aariz dengan senyuman manisnya sehingga boleh potong kaki.

Syira mencebikkan bibirnya sebelum berura-ura ingin menutup kembali pintu bilik.

Aariz yang melihat itu terus menghalang pintu daripada tertutup sepenuhnya menggunakan kaki.

"janganlah macamtu, penat biy buatkan breakfast untuk sayang tau"

"what?!!! biy eurghhh" kata Syira yang tidak percaya terhadap perkataan yang dia dengar tadi.

"yup mulai sekarang. Saya akan gelarkan diri saya biy dan awak sayang. Deal"

"hey saya tak cakap pon setuju" kata Syira sambil tangannya mencekak pinggang.

Dengan peluang ini membolehkan Aariz terus menyelinap masuk ke dalam bilik Syira.

"apa awak ni main masuk je bilik perempuan macam tu" marah Syira.

"biy masuk bilik isteri biy. Tak salah kan hehe" jawab Aariz sambil tersengih melihatkan sebaris gigi yang tersusun cantik.

Syira mengeluh lemah.

"ikut suka hati awaklah. Saya nak keluar, malas nak layan awak"

Belum sempat Syira nak membuka pintu, Aariz sudah menahan terlebih dahulu.

"sayang nak pergi mana, biy dah sediakan breakfast. Jomlah kita makan sama-sama. Biy rindu nak makan dengan sayang"

"rindu? seriously Aariz Zayn rindu nak makan dengan Syira Humairah. Tak rasa jijik ke" kata Syira yang berbau sindiran

"sayang, biy tahu biy salah. Bagi biy peluang untuk tebus kesalahan biy. Biy janji akan bahagiakan sayang" nadanya tenang tapi terselit sedikit pujuk rayu yang mendayu

sepi

"biy sayangkan sayang. Aariz Zayn sayangkan Syira Humairah" Aariz akui perasaan sendiri yang telah lama dia pendam

Ianya sangat meyakinkan sehingga membuat Syira terkedu tidak mampu berkata.

Perkataan yang sudah lama dia impikan untuk keluar daripada mulut jejaka itu. Dia mencari keikhlasan di mata lelaki itu.

Hati yang kosong kini kian terisi.

Jika benar mereka ditakdirkan bersama, dia akan beri peluang itu kepada Aariz untuk tebus kesalahan yang dilakukan. Siapalah dia untuk menghukum seseorang yang bergelar suaminya itu jika hakikatnya hati dia masih akan terpaut. Dia lemah melawan kehendak diri.

"biy perlukan sayang sekarang dan selama-lamanya" kata Aariz lantas memeluk tubuh kecil itu.

lama-lama Syira membalas pelukan, dia rindu akan belaian kasih sayang itu. Sangat menyenangkan berada dalam pelukan suaminya.

Aariz menangis di dalam pelukan apabila dia rasa pelukannya dibalas. Sekarang dia perlu buktikan bahawa dia betul-betul maksudkan yang dia ingin membuat wanita itu bahagia.

Jika dulu dia hanya tahu membenci, namun sekarang dia sudah kenal erti menyayangi. Dan sayang itu terus bercambah menjadi cinta buat seorang yang bergelar isteri.








Yeay dah nak habis dah story ni. Sabar tau korang, kita ada last chapter sebelum tamat. Keep on support and vote okay 💕

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now