2 bulan kemudian"Kyra awak tak bosan ke kerja sorang-sorang sebelum ni?" tanya Syira sambil matanya ralik melihat Kyra mengemas cadar di biliknya.
"tak bosan pon awak. Saya dah terbiasa hidup sorang-sorang"
Sekarang Kyra sudah mula biasakan diri dengan menggunakan 'saya-awak' ketika berbual dengan Syira. Dia taknak tapi Syira yang paksanya. Taknak awkward lah katanya.
"macam mana awak boleh kerja dekat pulau ni?" sudah lama sebenarnya dia mahu bertanya soalan ini. Yelah ini kan pulau persendirian, jadi sudah tentu bukan sembarangan orang boleh bekerja disini
Kyra yang mendengar soalan itu mengukirkan senyuman nipis
"saya dapat tawaran untuk berkerja disini. Mungkin rezeki saya" bohong Kyra. Dia tidak mendapat tawaran tetapi dia terpaksa berkerja di bawah BOSSnya sekarang atas sebab-sebab yang dia sendiri malu untuk cerita.
"oooo. untungnya awak dapat duduk dekat pulau indah ni"
'Ya pulau ni memang indah tapi ia tak seindah cerita saya Syira' bisik Kyra dalam hati. Matanya menatap wajah cantik wanita didepannya itu.
Sudah hampir dua bulan mereka menjadi seperti rakan namun dia masih tidak tahu kisah yang dialami oleh wanita itu.
Jelas dapat dilihat wanita itu pasti berada di dalam kesakitan sebelum ini. Dia juga pernah merasakan perkara yang sama tetapi mungkin ianya berbeza dengan kisah hidup yang dilalui Syira.
————————-
"bro kau ikut tak family day kita nanti?" tanya Lukas yang baru tiba dirumah mama Aariz. Tadi bondanya menyuruh dia menghantar buah tangan yang dibeli olehnya semasa di Langkawi. Alang-alang tu kita jumpa lah anak jantannya sekali.
"tengoklah macam mana" jawab Aariz mendatar. Tangan sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya. Kat rumah pon sibuk bekerja haish.
"kau jangan tengok-tengok bro. Aku curi superbike kau kalau kau tak ikut" ugut Lukas sambil matanya menjeling Aariz
"aih yelah yelah. Ni kau ada dapat apa-apa info pasal bini aku? dah dekat dua bulan dia hilang. Aku dah buntu dah nak cari dia kat mana" kata Aariz dengan nada yang sedikit kendur. Sudah macam-macam cara dia lakukan untuk menjejaki keberadaan isterinya.
"em sorry bro" jawab Lukas tenang sambil menggeleng sedikit kepalanya. Mulutnya sibuk mengunyah kacang yang berada di meja ruang tamu itu.
Aariz tidak menjawab. Dia kembali melakukan kerjanya. Jelas kelihatan kusut diwajahnya.
"Armanda nak pergi mana?" tanya Aariz lembut apabila menyedari adik kembarnya yang sedang menuruni tangga. Gayanya seperti ingin keluar.
"keluar" jawab Armanda sepatah. Matanya tidak memandang dua jejaka dihadapannya itu.
Sejak dia tahu bahawa abangnya merahsiakan kehilangan kakak ipar merangkap bestienya itu, Armanda berubah menjadi dingin apabila bertemu dengan Aariz.
Ya semua keluarga mereka sudah tahu tentang kehilangan Syira dan mereka masih tidak tahu dimana Syira berada kecuali ibu dan ayah Syira.
Ibu dan ayah Syira telah dimaklumkan seminggu selepas berita kehilangan Syira tersebar. Mereka perlu merahsiakan hal ini daripada sesiapa pun termasuk menantu mereka sendiri. Hehe mesti korang nak tahu kan sapalah insan yang bagitahu semua ni.
"kau taknak try pujuk dia ke?" kata Lukas selepas melihat Armanda keluar dari rumah tanpa mempedulikan abangnya yang sorang itu.
"hm aku dah pujuk dah dia tapi macam tu lah dia. Sampai sekarang taknak bercakap dengan aku. Mama dengan papa dah cool tapi dia masih panas dengan aku" Dia memang sudah tahu adik kembarnya itu kalau dah marah memang lambat lagilah dia nak ngam balik. Kembar tak kembar semua aku langgar.
"takpelah usaha lagi. Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada highway. Okeylah aku gerak lu highway dah memanggil-manggil aku .Sebelum aku terpaksa menempuh traffic jam lebih baik aku berangkat sekarang" kata Lukas yang seronok mengeluarkan kata-kata hikmahnya kepada Aariz.
'cilake apa mamat ni traffic jam bagai. Naik motor je pun' Dia menghantar kepergian Lukas dengan ekor mata sebelum mengeluh sendiri. Fikirannya sekarang tertumpu sepenuhnya kepada Syira. Di mana dia sekarang? dah makan ke belum?
macam-macam persoalan berlegar difikiran. Harap semua baik-baik sahaja sehingga dia menemui wanita itu.
———————————
Syira menatap langit yang gelap itu dengan hati yang kosong sekosong hatinya.
Dia sudah berjaya untuk merawat hatinya sekarang.
Tiada lagi kasih,
Tiada lagi sayang,
Tiada lagi cinta buat lelaki bernama Aariz.Dulu hatinya terlalu rapuh mengejar secebis cinta buat dirinya. Namun sekarang hatinya telah kosong. Dia tidak perlukan sesiapa untuk mengisi ruang dihati.
"awak kenapa duduk kat luar malam-malam macam ni? tak sejuk ke?" tanya Kyra setelah melihat Syira termenung sendiri di atas pasir pantai itu.
"eh Kyra. em tak sejuk pon, rasa tenang ada lah. Jom lah join saya" kata Syira sambil menepuk-nepuk sebelahnya
Kyra tersenyum nipis sebelum mengambil tempat di sebelah Syira
suasana sepi seketika
"awak pernah sayang seseorang tak sebelum ni?" tanya Syira memulakan perbicaraan
"em pernah kot" jawab Kyra ragu-ragu. Dia sendiri tidak pasti jika dia pernah sayangkan seseorang. Hidupnya tidaklah seindah seperti yang disangka.
"kot? Haha mesti awak malu nak cerita dengan saya kan. Saya pon sebenarnya malu nak cerita tentang saya"
Kyra mengangkat sebelah keningnya tanda tidak faham
"Awak pernah sayang seseorang ke" tanya Kyra pula ingin tahu
"em pernah. Lebih dari sayang" jawab Syira yakin
"tapi sayangnya semua tu hanya sia-sia" sambungnya lagi
"kenapa pulak sia-sia?"
"dia tak pedulikan perasaan saya. Takpelah benda pon dah lepas, saya malas nak ingat lagi" kata Syira sebelum mengukirkan senyuman hambar.
"walaupun kita baru kenal tapi saya tahu awak kuat. Cinta tak seharusnya memiliki. Walau apapun ujian yang awak hadapi, saya harap awak dapat tempuhinya dengan hati yang cekal. Saya akan sedia untuk menolong awak. Saya dah anggap awak macam kakak saya sendiri" kata Kyra lantas memeluk wanita itu erat. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang kakak. Syira tua 3 tahun dengan dirinya. So korang dah boleh agaklah kan umur Kyra berapa.
Syira membalas pelukan itu. Dia rindukan pelukan hangat yang penuh dengan kasih sayang itu .Dihatinya amat terharu. Air mata yang ditahan akhirnya melimpah jua.
Hye I'm back hwahwahwa. Jangan lupa vote kay mwah✌🏻❤️
YOU ARE READING
Cinta tanpa duga
DragostePertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki...