𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 20

147 16 1
                                    


"eh Aariz, bila kamu sampai. Syira kata kamu pergi outstation" kata Encik Ahmad. Terkejut dengan kehadiran menantunya itu.

"Ha? outstation... er ye ye em baru je sampai" kata Aariz sebelum menyalam tangan bapa mentuanya.

"ha Aariz mari masuk dulu. Syira baru aje bertolak ke kb kalau tidak boleh kamu jumpa dia dulu. Dia tak tahu ke kamu balik outstation harini?" tanya ibu yang baru muncul.

Aariz menggaru kepalanya yang tidak gatal. kb? outstation? apa ni. Jadi Syira takda disini?

"er tak. Aariz nak buat surprise. Em Aariz ingat dia ada dekat sini" kata Aariz cuba beriak tenang. Dalam hati sudah berdebar fikir apa nak jawab. Nampaknya Syira sudah plan semua ini. Kenapa isterinya itu tidak berterus terang sahaja.

"takpelah kalau macam tu. Marilah masuk dulu" ajak ayah pula.

"ayah ibu, Aariz ada urusan dekat luar. Lain kali Aariz singgah lagi ke sini. Maaf sangat-sangat" kata Aariz sopan. Bukan dia tidak mahu masuk kedalam tetapi dia harus tahu keberadaan Syira sekarang.

"haih yelah jangan tergesa-gesa sangat. Bawak kereta elok elok ye"

"baik ibu" kata Aariz sebelum terus menyalam kedua-dua tangan tua itu.

"Aku nak kau cari isteri aku. Dia dalam bas ke kb. Kira-kira 2 jam lepas. Arah sebanyak mana orang kau untuk cari dia. Pasal bayaran jangan risau" kata Aariz yang sedang bercakap dengan seorang rakannya yang berada di kota bharu.

"roger" balas lelaki itu sebelum melihat gambar wanita yang telah dipost oleh Aariz melalui aplikasi whatsapp.

mendengar itu, Aariz terus menekan pedal minyak dan keluar dari kawasan itu. Dia harus berjumpa dengan papanya. Ada urusan yang dia perlu selesaikan dahulu.

——————————

Syira menguap kecil selepas terjaga dari tidurnya. Nampaknya bas baru berhenti seketika di rnr. Dia membawa dompetnya untuk turun manakala telefon ditinggalkan untuk dicas.

"ha lega" kata Syira selepas selasai membuang air kecil. Lama dia tahan akhirnya terlepas jua.

Dia berjalan di sekitar rnr itu untuk melihat jika ada jajan-jajan untuk dimakan di dalam bas. Tanpa dia sedari, ada seorang lelaki sedang mengekornya dari belakang. Tangannya sudah sedia untuk bertindak.

"ermppp emm lepaslah ermppp" kata Syira apabila tiba-tiba hidungnya ditutup dengan kain. Tangannya cuba menolak tangan kekar lelaki itu jauh darinya. Memandangkan kawasan di situ agak sunyi jadi tiada sesiapa yang mampu untuk menolongnya ketika itu.

Lelaki itu menekup hidung Syira menggunakan kain yang mengandungi chloroform. Tindakan Syira yang panik menyebabkan dia pitam.

Selepas melihat Syira yang sudah pengsan, terus sahaja lelaki itu membawa Syira ke dalam sebuah kereta mewah.

"go" kata satu suara selepas lelaki tadi meletakkan Syira di ribanya.

Driver itu mengangguk. Faham dengan arahan yang diberi oleh bossnya.

——————————

"haaaa?!! takde" kata Aariz sedikit kuat.

"bro aku dah cari dah isteri kau tu dekat semua bas yang sampai harini. Tapi satu pon takde" kata rakan Aariz di talian. Sudah penat dia dan orang-orangnya mencari wanita itu.

"takkan lah satu pon takda"

"takda bro tapi ada satu bas ni tak cukup orang. Masa pergi ada 34 orang tapi bila sampai 33 orang je"

"maksud kau sorang lagi tercicir?"

"ha macam tu lah kot. Barang-barang dia pon ada dalam tu cuma dompet je yang takda." sambungya lagi

"aku nak kau simpan barang-barang tu. Malam nanti aku sampai" kata Aariz dengan nada serius. Dia sudah pasti itu barang milik isterinya.

'Ya Allah kau selamatkanlah isteriku'

Selepas selesai urusan bersama papanya, Aariz terus bergerak ke kb untuk misi mencari Syira.





next chapter kita buat panjang sikit kay 🫣

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now