𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 26

132 13 1
                                    

"Selamat datanag tuan" kata salah seorang pekerja yang memakai vest hitam bergaris hijau tua di bahagian bahu dengan penuh hormat.

Semua pekerja disitu berada di dalam barisan untuk menyambut kedatangan pemilik pulau ini.

Lukas memberikan senyuman manis buat seketika sebelum menyuruh anak-anak buahnya untuk mengangkat beg-beg pakaian.

"Cantik tempat ni yang" kata encik ahmad kepada isterinya

"tu lah bang. Tapi saya ni tengah tak sabar nak jumpa dengan anak perempuan saya tu"

"eh awak ni jangan cakap kuat-kuat nanti orang dengar, lain pulak jadinya. Saya pon rindu juga dekat dia. Nanti lambat lambat, kita jumpa juga dia" bisik encik ahmad perlahan dan kedengaran sedikit sayu sambil matanya melilau melihat sekeliling. Nampaknya tiada sesiapa yang berada dekat dengan mereka. Mama dan papa Aariz berada jauh di hadapan mereka manakala bonda Lukas dan papanya sedang menuruni bot bersama anak-anak gadis yang lain. Aariz pula berjalan seiringan dengan Lukas di depan. Lebih kurang 50 meter.

Kyra hanya memandang kosong majikannya yang segak bersut hitam. Aik tak panas ke mamat ni dengan rambut yang sedikit terjuntai namun tidak sikit pon mencacatkan wajah tampannya. Senyuman sedikit diukir saat lelaki itu melepaskan tawa bersama seorang lelaki. Dia tidak pasti siapa itu.

sesaat
dua saat

'eysh eysh apa kau fikir ni haish. Mesti dia nampak aku senyum tadi' bisik Kyra dalam hati sebelum menampar-nampar pipinya sederhana kuat apabila wajah yang bermain difikirannya tadi menoleh kearahnya

Lukas tergelak kecil melihat perlakuan gadis yang menjadi sasaran matanya itu. Dont be so cute girl.

—————————

"haish mana pulak si Kyra ni. Bosannya erhhhhh" keluh Syira. Dia disuruh untuk bersarapan di dalam bilik sahaja hari ini. Reason? dunno.

Syira berjalan keluar ke balkoni. Bosan berada di dalam bilik.

"sapa tu? siap ada perbarisan lagi" kata Syira sendiri. Dengan jarak yang agak jauh menyukarkannya untuk mengecam orang-orang tersebut. Semuanya bagaikan kerengga.

Tiba-tiba hatinya berdegup gencang seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Cepat-cepat dia beristighfar dan masuk ke dalam semula.

Syira rebahkan semula dirinya di atas katil. Lama-lama dia pon terlelap. Perut sudah kenyang, tidurlah apalagi boleh buat.

—————————

MALAM

"wah canteknya. Abang Aariz sinilah, peaceeeee✌🏻" kata Rose menarik lengan Aariz untuk selfie bersama.

"bak sini. Kau tangkap gambar dengan dia kenapa, dia bukan hensem pon. Lainlah kalau aku" Lukas yang entah dari mana merampas telefon milik adiknya kemudian menangkap gambarnya sendiri dengan gaya tangan mini love🫰🏻.

"takde gaya lain ke do. Geli aku err" kata Aariz dan terus berlalu ke restoran. Ahli keluarga mereka yang lain sudah berada di dalam untuk makan malam bersama.

"ish along ni, malas layan"

Lukas tidak menjawab sebaliknya dia hanya senyum mengejek sebelum dia menoleh ke arah satu bilik yang agak jauh tetapi masih boleh lihat ianya berlampu.

Selesai makan, Aariz meminta diri untuk berjalan sendirian di kawasan pulau itu.

lama dia berjalan di persisiran pulau itu. Melihat keindahan dunia yang hanya bertemankan cahaya bulan. Dia melabuhkan duduk di sebuah batu setelah penat berjalan.

"Adakah keajaiban itu wujud?" tanyanya sendiri sambil mata memandang ke langit yang dipenuhi bintang itu. Fikirannya sudah melayang mengingati seseorang yang amat di rindui. Dia sentiasa berharap wanita itu akan muncul di hadapannya walaupun mustahil untuk perkara itu berlaku. Dia tahu wanita itu sudah pergi jauh, jauh membawa kekecewaan yang berpunca oleh dirinya sendiri.

Lama berada di situ, Aariz pon bangun dari duduknya dan berhasrat untuk pulang ke bilik.

Dalam perjalanan ke bilik agak sunyi. Mungkin semua orang dah pulang ke bilik masing-masing.

tiba-tiba dia terdengar suara orang menjerit.

Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now