Kepulangan Aariz disambut mesra oleh Syira. Walaupun hati kecilnya sakit diperlakukan sebegitu namun dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan cinta Aariz.
"awak dah makan?" kata Syira yang mahu menyalam tangan suaminya
"tepilah, buat sakit mata je aku tengok kau ni" Aariz menepis tangan Syira dan terus berlalu ke ruang tamu. Pertanyaan Syira dibiarkan sepi.
Syira yang mendengar itu hanya tersenyum nipis. Dia tak boleh mengalah hanya dengan kata-kata lelaki itu.
Setelah siap menghidangkan makanan di meja makan, Syira bergegas naik ke atas untuk melihat suaminya.
tok tok tok
"hmm mana ni" Syira teragak-agak untuk masuk kedalam bilik itu. Dengan perlahan daun pintu ditolak dan tiba-tiba pintu bilik air dibuka maka muncullah seketul Aariz yang hanya memakai tuala.
Syira disitu sudah terkebil-kebil melihat suaminya yang separuh bogel itu.
"kau pahal tengok-tengok aku macam tu. Dah kempunan sangat ke" soal Aariz apabila tersedar dirinya diperhati.
"errr awak sa..saya nak ajak awak turun makan emm saya turun dululah kalau macam tu" belum sempat Syira ingin keluar dari bilik itu, Aariz telah pon menarik tangan Syira dan mengepungnya.
"awak ke..kenapa ni, saya minta maaf tadi saya dah ketuk pintu tapi takda sapa menyahut jadi saya masuk jelah. Saya taktau pulak awak baru habis mandi lagipon saya tak nampak apa-apa pon tadi. Awak jangan risau" panjang lebar Syira menjelaskan
"yang kau takut sangat ni kenapa. Ada aku suruh kau explain ke?" ujar Aariz dengan muka dinginnya
'eysh mau tak takut. Muka macam singa nak lahap orang je' kata Syira dalam hati
"kalau macam tu lepaskanlah saya. Saya nak turun eh eh eh awak nak buat apa ni" kata Syira apabila Aariz semakin mendekatkan jarak mereka
"huh kau ingat aku nak buat apa hah. Perasan aku takde selera pon lah dengan kau. Dah get out of here" halau Aariz sebelum dia pergi ke closet room.
Syira cepat-cepat keluar dari bilik Aariz. Fuhh selamat ingatkan apalah dia nak buat tadi.
Sedang dia menuju kebawah dia sempat mengenangkan kata-kata yqng dilontarkan oleh Aariz sebentar tadi.'dia tak selera dengan aku? patutlah dia tak pernah sentuh aku sebelum ni rupa-rupanya aku jijik dimata dia' bisik Syira sayu. Siapa sahaja tak terasa hati apabila dikatakan sebegitu oleh suaminya sendiri.
Jam di dinding telah menunjukkan pukul 1130 malam namun kelibat Aariz tidak muncul-muncul jua.
"hm dia taknak makan ke" kata Syira sendiri sambil melentokkan kepalanya di meja makan. Ngantuk. Tanpa disedari dia pon tertidur disitu.
Aariz yang tersedar dari lenanya terus bangkit dan menuju ke bawah untuk membasahkan tekak. Tekaknya terasa kering saat itu. Ketika menuruni tangga dia terlihat cahaya lampu.
"aik sapa bukak lampu malam-malam buta ni"
Aariz yang telah tiba dibawah terus mengecilkan matanya apabila terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang tidur di meja makan."gila ke apa minah ni tidur kat dapur"
Aariz ingin mengangkatnya namun ada satu suara yang datang entah dari mana menghasut pemikirannya untuk menyakiti wanita itu."WOI BANGUN" jerit Aariz sambil menepuk meja dengan kasar
hanya dengan satu kejutan Syira telah pon terjaga.
"eh awak. Lama saya tunggu awak. Awak nak makan ke"
sepi
"em sorry saya terlelap tadi kejap saya cedokkan nasi" kata Syira apabila Aariz hanya merenung dirinya tanpa berkata apa-apa
'kenapa pulak dia tenung aku macamtu. Ada air liur basi ke' cepat-cepat tangan mengelap hujung bibir.
Syira kembali dengan sepinggan nasi lalu diletakkan di hadapan Aariz. Aariz melihat lauk dihadapannya dengan wajah sinis.
'em nampak sedap tapi sayang aku rasa jijik nak makan' bisik Aariz
"awak jemputlah makan" kata Syira dengan lembut selepas meletakkan lauk dalam pinggan itu.
Aariz menyuap makanan itu kedalam mulutnya. Syira yang melihat sudah tersenyum lebar.
"Alhamdulillah dia makan jugak masakan aku" Syukur Syira dalam hati
Namun beberapa saat selepas itu Aariz meludah semula makanannya tersebut dengan muka yang dibuat-buat tak suka.
"kau masak apa ni bodoh. Kau ingat aku ni anjing ke nak bagi makanan macam ni" lantang suara Aariz menjerkah Syira.
Senyuman diwajah Syira kian mengendur apabila ditengking sebegitu.Belum sempat Syira bersuara. Pranggggg
Aariz menolak semua makanan di atas meja itu."Astagfirullahalzim" Syira menguncap saat melihat semua makanan dimasak dengan penuh kasih sayang itu menyembah bumi.
"kenapa awak buat semua ni. Kalau awak taknak makan masakan saya sekalipun janganlah buang macamni membazir"
kata Syira yang melangkah setapak mendekati suaminya. Tidak dihiraukan kaca yang mencucuk kakinya. Amat pedih tapi tak sepedih hatinya ketika itu."kau tak payah nak mengajar aku lah. Kau dah tau aku benci dengan kau. Jadi semua benda yang kau buat aku benci"
Aariz terus berlalu tanpa menyedari isterinya yang kian terseksa dengan perbuatannya itu.Syira tidak dapat menahan tangisannya lagi. Kenapa sukar untuk dia membenci lelaki itu. Hatinya terlalu sakit sehingga dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang terluka. Syira hanya melihat kosong darah yang mengalir dikaki. Dia harus cepat menghentikan darah dari terus mengalir.
Malam Syira ditemani dengan air mata.
YOU ARE READING
Cinta tanpa duga
RomancePertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki...