"Arghhh penatnya" kata Syira selepas dia meletakkan semua barang-barang yang dibeli olehnya tadi di dapur
"tidurlah sekejap" dia pergi ke sofa di ruang tamu lalu merebahkan dirinya disitu.
dia dikejutkan apabila terdengar azan asar daripada telefonnya. 'Ya Allah aku tak masak lagi' terus sahaja dia naik ke bilik untuk mandi dan solat.
selepas siap dia turun untuk masak untuk suaminya.
"why can't i say that i'm in love i wanna shout it from the rooftops"
"I wish that it could be like that"
"why can't we be like that cause i'm yours"
Syira dengan suaranya yang seperti tokti itu membuat persembahan tidak berbayar di dapur"haa siap pon" Syira melihat jam yang menunjukkan pukul 6 setengah
"hmm dia balik pukul berapa ek?"
setelah beberapa jam menunggu encik suaminya akhirnya pulang jua.
"assalamualaikum awak" kata Syira selepas menyalam tangan suaminya
"waalaikumsalam" jawab Aariz sepatah
"awak jom makan saya dah masak"
"aku nak mandi"
"okay nanti lepas mandi awak turun ye" kata Syira lagi
Aariz terus berlalu ke biliknya tanpa memandang isterinya itu.
hampir sejam dia menunggu Aariz untuk turun makan namun hampa dia tidak muncul-muncul. Jadi Syira ambil keputusan naik ke atas untuk melihat suaminya itu.
'takkan mandi sampai sejam kot' kata Syira dalam hatinya
sampai dibilik dia melihat Aariz yang sedang menaip sesuatu di komputer.
"awak? jom makan" Syira yang berada disebelah katil hanya melihat suaminya mengendahkan dirinya
"awak sibuk ye, sekejap saya bawakkan makanan naik atas tau" kata Syira lalu terus keluar selepas tiada apa-apa balasan
'ish kenapa dia taknak bercakap dengan aku pulak ni hmm aku ada buat salah ke'
setelah selesai dia naik ke bilik semula dengan membawa dulang yang berisi makanan dan air teh.
"awak ni makanan untuk awak. Makanlah dulu penat saya masak tau"
"ada aku suruh kau masak ke" tanya Aariz dengan wajahnya yang dingin
"memanglah awak tak suruh tapi ni kan dah jadi tanggungjawab saya sediakan makan pakai awak semua" kata Syira perlahan namun masih jelas didengari oleh Aariz.
"kalau awak nak saya suap boleh je kejap ehh" kata Syira sejurus mengangkat pinggan dari dulang untuk menyuap suaminya
tak sempat dia ingin menyuap Aariz telah pon menepis pinggan itu sehingga jatuh.
"awak" panggil Syira yang jelas kelihatan terkejut dengan sikap suaminya yang tiba-tiba berubah itu
"kau tak payah nak acah baik sangatlah depan aku. Kau ingat aku suka ke kawin dengan kau haaa. Selama ni aku baik dengan kau sebab ibu dengan ayah ada je. Aku taknak pulak dorang mengadu pasal aku dekat mama dan papa. Dan kau jangan berani-berani nak bukak mulut kalau aku tau kau mengadu dekat sapa-sapa nahas kau aku kerjakan"
Syira yang mendengar itu hanya mampu menahan tangisannya. Ya Allah sungguh dia tak jangka bahawa lelaki yang digelar suaminya ini membencinya. Dia mati-mati ingat lelaki ini ikhlas mengahwininya.
"kalau awak taknak kawin dengan saya kenapa awak tak bantah masa tu" tanya Syira dengan suara yang bergetar
"kau ingat senang aku nak bantah cakap mama dan papa aku. Kalau aku tak terima semua ni, papa aku takkan bagi syarikat dia pada aku. Aku tak fahamlah kenapa dia letak syarat dengan kawin perempuan macam kau"
"pertama kali aku jumpa kau lagi aku dah benci dengan kau alih-alih kau jugak yang jadi isteri aku menyusahkan betul" sambung Aariz lagi
Syira yang sedari tadi mendiamkan diri tidak dapat menahan tangisannya. Sekarang baru dia sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Bagi dia berbeza pula, dia sudah jatuh hati dengan lelaki itu sejak pertama kali mereka jumpa walaupun pertemuan itu tidak berapa baik."saya minta maaf" dia menunduk untuk mengemas makanan dan kaca yang bertaburan di lantai.
let's begin 😈
YOU ARE READING
Cinta tanpa duga
RomancePertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki...