𝒸𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 4

145 13 4
                                    

Selepas Syira melepaskan apa yang patut di tandas, tiba-tiba dia terserempak dengan manusia yang paling dia taknak jumpa. Siapa lagi kalau bukan Aariz. Bukan apa dia menyampah mahu melihat muka lelaki kerek ini. beku sahaja wajahnya hish.

"heh kau lagi, aku rasa aku pernah cakap tunjuk muka kau depan aku lagi" keras sahaja nada Aariz berkata.

"manalah saya tau awak anak kawan ayah saya, saya pon tak hingin lah tunjuk muka saya yang cantik ni depan awak" balas Syira dengan selamba.

Aariz tersenyum sinis mendengar kata-kata itu. 'cantik ? excuse me tolonglah, tapi memang cantik pon, cantik macam mangkuk tandas rumah aku' getus Aariz dalam hatinya.

"eh kau tak payah perasanlah, berlambak lagi muka kau kat luar sana lagi-lagi kat pasar malam tu" macam biasa Aariz dengan egonya berkata.

'wtf lelaki ni mulut memang takde insurans langsung lah, boleh dia cakap muka aku boleh dapat dekat pasal malam??!! hello muka macam ni kalau masuk dior pon belum tentu jumpa tau' Syira berkata dengan perlahan sambil mengetap bibir.

"kau cakap apa?" 

"alamak dia dengar ke tapi bagus jugak dia dengar heh" kata Syira dalam hati

"aik apa abang buat dengan Syira kat sini? puas adik cari abang" ujar Armanda apabila melihat abang dan kawan barunya sedang berada di dapur. 

"ada apa adik cari abang?" 

"mama panggil abang kat depan"balas Armanda.

"okay cau" Aariz berkata lalu pergi ke mamanya.

Armanda terus sahaja menarik Syira ke meja makan. "weh kau ada apa-apa ke dengan abang aku? korang bercinta ek?" tebak Armanda.

tersedak Syira dibuatnya apabila mendengar kata-kata Armanda itu. Dia dan Aariz bercinta? memang taklah mati hidup balik pon dia tak sanggup.

"eysh kau ni biar betul, aku kenal dengan kau pon baru sehari pastu tiba-tiba nak bercinta pulak dengan abang kau" balas Syira.

"alah apa salahnya kau bercinta dengan abang aku lagipon sebelum ni mana pernah dia berborak dengan perempuan macam tadi tu, kalau kau nak tau abang aku tak suka sangat bergaul dengan perempuan ni selain family dia" beritahu Armanda kepada Syira yang kelihatan ingin tahu itu. 

Syira juga terkejut namun tidak hairanlah dia berperangai sebegitu, tengok muka sahaja dingin 24 jam siapa je nak dekat. macam nak makan orang rawr eh.

------------------------------

"Terima kasih banyak-banyak lah, sedap makanan harini" ucap ibu kepada tuan rumah sebelum kami semua mahu beransur pulang ke homestay.

"yeke hehe takde apa lah akak, nanti ada masa datanglah lagi sini. Oh akak dengan sekeluarga balik kampung terus ke? " Datin Sofea bertanya.

"eh tak kami dah tempah homestay dekat-dekat sini sebab suami saya masih ada urusan kat sini" balas ibu.

"oh baiklah, em Syira kamu nak tidur sini tak?" tanya Datin Sofea kepada Syira

Terkejut Syira dibuatnya apabila namanya diseru. "errr syira" tidak sempat syira mahu bercakap ibunya mencelah "eh takpelah susah-susah je, Syira boleh duduk dengan kami di homestay"

"eh tak ada susahnya lagipon Syira boleh tidur dengan Armanda dalam bilik dia" 

Bersinar terus mata Syira apabila mendengar nama bestienya itu ahaks.

"Syira jomlah boleh karok malam ni" entah dari mana munculnya suara itu dan semestinya itu suara Armanda.

"Ibu boleh ke Syira tidur dekat sini malam ni?" pinta Syira sambil membuat muka comel ala-ala tapir itu kepada ibunya.

"hm okay tapi janji dengan ibu jangan menyusahkan orang , faham !" pesan ibunya

"okey ibu ;)" 



Cinta tanpa dugaWhere stories live. Discover now