"Lukas berhenti rnr depan ni sekejap. Bonda nak singgah solat""okay. Rose cakap kat kereta belakang kita nak berhenti rnr terdekat" arah Lukas yang sedang memandu kereta. Ya dialah yang selalu jadi driver manakala bonda dan papanya akan duduk dibelakang.
"macam mana Rose nak cakap. Rose bukan kat kereta belakang. Tulah tadi orang nak naik dengan abang Aariz, along tak kasi" kata Rose disebelah
Terus diluku kepala adiknya itu. Apalah bengap sangat ni.
"ada along suruh kau pergi kereta belakang ke? Sekarang kan zaman it. Apalah guna kau belajar tinggi-tinggi haish. Call la Aariz sayangku" kata Lukas dengan nada yang ditahan sehabis baik untuk bersabar.
" haih apa buat adik macam tu" celah bonda
"kan bonda. Orang tanya je, dia nak marah-marah pulak" sambut Rose dengan muka yang dibuat-buat sedih. Tangannya sibuk mencari nama mybelovedaariz di senarai contactnya
'sejak bila pulak along marah kau' bisik Lukas perlahan. Cukup untuk dia dan Rose sahaja dengar
Rose saja-saja buat tidak dengar dan menjelirkan sedikit lidahnya lalu tersenyum mengejek.
Setelah 20 minit, mereka pon tiba di sebuah rnr.
Aariz bersiar-siar di kawasan rnr itu selepas menunaikan solat.
"bro, kau buat apa kat sini?" tanya Aariz setelah ternampak sepupunya yang sedang seronok mengunyah kacang tanpa mempedulikan orang
"woo bro. Kau tak nampak ke aku tengah buat apa?" tanya Lukas kembali
"tak habis-habis dengan kacang kau. Ni kau tak pergi solat ke?"
"eh hello aku pergi okay"
"yeke tak nampak pon kau kat surau tadi"
"Haha tulah lain kali pakai spek. Kau kan dah tua. Tak sedar diri lagi"
"apa laknat kau ni. Kau lagi tua dari aku lah cilake"
"Astagfirullahalazim Aariz Aariz tak baik tau mencarut macam tu. Kita sebagai umat islam harus menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat. Kalau bukan kita yang tegakkan maruah bangsa kita, siapa lagi? siapa lagi Aariz?" kata Lukas dengan suara yang agak kuat sehingga menarik perhatian orang yang lalu-lalang. Dia menggenggam tangan Aariz yang sedang berdiri disebelahnya.
"diam gila. Kau tengok semua orang pelik tengok kau" bisik Aariz cuba untuk melepaskan genggaman ditangannya itu. Perangai tak padan dengan usia. Geram nak cincang-cincang je
"alah dorang pandang aku sebab aku hensem sangat" kata Lukas dengan menayangkan wajah machonya kepada orang-orang disitu. Dia kemudian sambung memakan kacangnya.
"Along!!!! Bonda dah siap solat. Jom gerak" Jerit Rose
"eh abang Aariz" sambung Rose dengan lembut apabali menyedari kewujudan Aariz bersama alongnya
"amboi kau. Dengan along kau jerit, dengan Aariz kau panggil lembut-lembut. Dasar adik kiriman neraka betul" kata Lukas dan terus beredar bersama kacangnya. Nak majuk hm.
"eh ish along ni" kata Rose menggelengkan sedikit kepalanya. Period ke apa along aku ni.
"abang Aariz jomlah kita jalan sama-sama"
Belum sempat dia ingin memeluk lengan itu, ada satu tangan yang memeluk terlebih dahulu
"Ni abang aku, bukan abang kau werk" kata Armanda lalu terus menarik Aariz berjalan bersamanya.
Rose yang ditinggalkan dibelakang hanya merengus geram sebelum turut mengekor mereka untuk ke kereta.
Aariz tersenyum melihat adiknya disebelah. Dia dah maafkan aku ke?
"abang tak payah nak pandang-pandang Armanda macam tu. Armanda buat ni pon sebab Syira kay and Armanda masih marahkan abang" kata Armanda. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak. Ingat kita dah maafkan dia lettew
—————————
"kita nak tunggu siapa lagi?" tanya Aariz yang berada di atas cruises itu.
Semua ahli keluarga mereka telah selamat naik di atas kapal mewah itu namun kapal mewah itu masih tidak bergerak.
"haa tu pon" kata Lukas sambil memandang sebuah kereta honda civic yang baru tiba itu.
"Ibu? ayah?" kata Aariz yang sedikit terpinga-pinga. Dia tidak tahu pula keluarga mentuanya itu akan ikut sama. Ketaq lutut nok.
"Assalamualaikum. Maaf kami lambat" kata Encik Ahmad. Matanya merenung menantunya yang satu itu
"eh takpe takpe. Kami pon baru sampai. Mari naik" balas Lukas
Aariz menyalam tangan- tangan tua itu. Ibu menyambut huluran tangan itu dengan penuh senyuman manakala ayah menyambut huluran itu tanpa secalit senyuman. Habislah kau Aariz.
"ibu ayah. Marilah masuk. Semua orang ada kat dalam" kata Aariz dengan nada yang sedikit bergetar. Tatapan maut ayah mentuanya itu mampu membunuh keyakinannya.
"hah mari mari"
—————————
"kenapa ramai orang dekat situ" tanya Syira. Dari pagi lagi pekerka-pekerja disitu sibuk menguruskan bilik-bilik vvvip itu.
"ouh dorang tengah kemas bilik boss" jawab Kyra
"bilik boss sampai tiga? banyak ke boss awak tu?"
"eh takdelah boss saya ada satu je. Maybe boss bawa keluarganya sekali"
Syira hanya mengOkan sahaja. Malaslah nak tahu lebih-lebih. Bukan boss dia pon.
"jom makan. Saya lapar hehe" kata Syira lantas menarik lengan Kyra untuk ikut bersama. Perangai manjanya dah muncul.
Kyra hanya menurut. Senang hatinya melihat wanita itu gembira sekarang. Tidak seperti baru berjumpa dahulu.
Rasa-rasa korang dah boleh agak ke yeh apa jadi next chapter🤔?
YOU ARE READING
Cinta tanpa duga
RomancePertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki...