Lukas hanya memerhati Syira yang sedang bermain dengan air itu. Hatinya tenang melihat senyuman wanita itu.
"awak sinilah. Kenapa duduk je kat situ" jerit Syira sedikit kuat. Memandangkan taman tema itu memasang musik jadi dia perlu kuatkan volume suaranya
"come here. Kita pergi mandi dekat sana. Ada ombak besar nanti. Lagi best" ajak Lukas
"haa kejap kejap" Syira terus bangun dan mengikut Lukas
"woooo awak mana awak. Saya nak lemas dah ni" jerit Syira sambil kakinya terjengket-jengket mencecah dasar. Sudahlah dia tak pandai berenang sangat.
"kat sini" balas Lukas dengan melambai tangannya keatas. Ramai manusia di dalam kolam menyebabkan mereka susah mengecam antara satu sama lain.
Hampir 6 jam mereka meluangkan masa di teman tema itu.
"dah siap" kata Syira selepas dia selesai menukar bajunya.
"jom kita pergi beli aiskrim nak?" tanya Lukas
"aiskrim? nak nak" dia memang pantang orang offer makan aiskrim. Favourite tu nok
"awak nak aiskrim apa"
"saya nak llaollao boleh ke?"
"mestilah boleh jom"
——————————
"Baik tak payah pakai fon kalau tak reti angkat" kata Aariz lalu mencampakkan fonnya ke seat sebelah. Sudah berputus asa selepas 20 kali dia cuba mendail sepupunya itu.
Sedang mencari parking, tiba-tiba dia nampak kereta yang amat dikenali.
'aha got you' terus dia memarkir kenderaannya disebelah kereta Lukas.
——————————
"terima kasih untuk hari ni dan untuk aiskrim ni jugak" kata Syira sambil mengangkat bekas aiskrimnya.
"my pleasure dear" balas Lukas dengan senyuman manisnya
'haih kalau lah awak ni Aariz. Pasti kita dah jadi pasangan paling bahagia sekarang' bisik Syira dalam hati. Dia sangat mengimpikan dia dapat meluangkan masa begini dengan suaminya namun mimpi akan terus menjadi mimpi
"kenapa pandang saya macam tu" tanya Lukas apabila Syira bertindak merenung mukanya lama
"em nothing. Cuma saya nak cakap saya happy sangat harini. Saya tahu awak buat semua ni untuk dapatkan balik semangat saya. Terima kasih untuk semua ni. Saya hargai sangat-sangat" kata Syira ikhlas. Dia selesa sangat bersama dengan lelaki ini namun mustahil untuk dia bersama dengan Lukas selamanya.
Lukas tidak membalas malah hanya tersenyum. Dia mahukan Syira gembira sepanjang masa kerana dia tahu sebelum ini wanita itu sudah banyak terseksa.
"oh ya awak boleh pergi dekat kereta dulu, saya lupa nak bayar tiket parking. Nah kunci kereta" kata Lukas sebelum menghulurkan kunci kereta miliknya kepada Syira.
Syira mengangguk dan mencapai kunci tersebut.
Dengan langkah perlahan Syira menuju ke kereta Audi R8 itu.
"eh sapa tu" bisik Syira perlahan apabila dia melihat seorang lelaki sedang bersandar di kereta milik Lukas itu secara membelakanginya. Mustahil itu Lukas kerana Lukas memakai tshirt berwarna putih manakala lelaki dihadapannya itu memakai kot berwarna maroon.
YOU ARE READING
Cinta tanpa duga
RomancePertemuan yang tidak diduga telah mencipta situasi dingin antara Syira Humairah dan Aariz Zayn. Disebabkan aturan keluarga, mereka perlu disatukan menjadi pasangan suami isteri. Cliche kan tapi itulah hakikatnya. Aariz Zayn merupakan seorang lelaki...