♡13 | Berkunjung

27 5 0
                                    

Õpën Yóur Ēyës

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Õpën Yóur Ēyës

***

Meletakkan beg sekolah diatas meja, Yena terus melabuhkan punggung pada bangku yang tersedia disitu. Tepat sekali! Yena tidak membantah mengikut sahaja kemahuan Yuri yang meminta dia tidak ponteng tuisyen. Sambil menunggu kelas yang sekejap lagi bermula Yena meletakkan kepalanya dia atas meja sungguh dia tidak bersemangat langsung.

Srett*

Bunyi seseorang menarik kerusi disebelah agak menganggu fikir Yena tapi dia menoleh jua untuk mengetahui siapa manusia yang mengambil tempat duduk disebelahnya.

"Ketua kelas!" Terperanjat Yena memerhati Chaewon ada disitu.

"Hai" Sapa Chaewon senyum.

"Awak pun ambil tuisyen dekat sini?" Tanya Yena tidak percaya.

Chaewon angguk.

Yena berniat ingin membawa Chaewon berbual lagi tapi kelas mereka sudah bermula jadi dia mengurungkan niatnya.

.

.

.

.

.

Berjalan keluar dari pusat tuisyen yena betul-betul rasa bersyukur sebab kelas hari ini sudah selesai jadi dia boleh balik kerumah. Perutnya sudah bergeroncong meminta untuk di isi jadi dia berjalan cepat kearah bus stop untuk segera balik kerumah.

"Yena"

"Eh, ketua kelas?"

"Yah, berhenti panggil saya ketua kelas ini bukan dekat sekolah" Tekan Chaewon.

"Ketua Kelas"

"Huh?"

"Taknak wleee?" Usik Yena puas sambil menjauhkan diri dari Chaewon bimbang yeoja itu akan mengamuk.

Chaewon cuma mengeleng kepala memerhati gelagat Yena itu.

"Chaewon! Awak boleh panggil saya Chaewon" Beritahu Chaewon lalu melangkah menghampiri Yena yang sedikit agak jauh didepan.

Bus stop,

"Ketu– eh, hehe"

"Maksud saya Chaewon kenapa awak belum balik lagi" Tanya Yena.

"Saya tengah tunggu driver saya"

"Oh Saya rasa itu pun dia dah sampai" tunjuk Yena pada kereta yang berhenti betul-betul dihadapan mereka.

Driver Chaewon keluar daripada kereta kemudian membukakan pintu belakang untuk majikannya, tapi Chaewon masih tidak beranjak dari tempat duduknya dia malah menoleh pada Yena.

"Awak lapar tak?" Soalan yang random sekali menurut Yena tapi Yena mengangguk saja memang dia tengah lapar pun.

"Kalau macam tu awak sudi tak datang rumah saya?"

Open Your Eyes | Yenyul [END]Where stories live. Discover now