♡04 | Anak Pengarah

130 8 4
                                    

Õpën Yóur Ēyës

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Õpën Yóur Ēyës

•••

Diluar kelas Yena dan Yujin terserempak dengan seorang Guru jadi mereka diarahkan masuk kedalam kelas semula.

Keduanya masuk kedalam kelas semula diikuti Guru tersebut, semua pelajar dalam kelas yang sejak tadi dengan hal masing-masing mula bergerak duduk ditempat mereka sendiri. Sebelum ketempat duduk sempat Yena dan Yujin merapatkan kedua tangan mereka untuk memohon maaf pada nako lalu duduk ditempat mereka.

Semua pelajar automatik menunduk hormat kemudian mengucapkan selamat pagi kepada guru didepan kelas.

"Selamat pagi, Baiklah murid-murid untuk pengetahuan kamu semua Cikgu merupakan Guru kelas sekaligus Guru mata pelajaran Sains kamu jadi sila beri kerjasama" Cikgu bernama 'Lee Daehwi' itu memaklumkan.

"BAIK CIKGU!" Sahut semua pelajar dalam kelas.

Tok! Tok!

Semua orang termasuk Cikgu Daehwi terpaksa menghentikan seketika aktiviti mereka ketika mendengar bunyi ketukan pada pintu yang sudah sedia terbuka.

"Oh pengetua? Ada apa pengetua?" Cikgu Daehwi sendiri terkejut memandang pengetua didepan pintu kelas.

"Saya cuma tunjukkan kelas dia" Ujar pengetua.

"Ini kelas kamu silakan masuk saya kena pergi dulu" Kata Pengetua kepada pelajar namja disebelahnya.

Amboi nak masuk kelas pun pengetua yang hantarkan betuah punya budak!

Selepas Pengetua beredar pelajar itu masuk kedalam kelas memandang seisi kelas tanpa suara, kedengaran beberapa pelajar mula berbisik dan kebanyakkan darinya hampir semua yeoja yang terpersona dengan kekacakan pelajar tersebut.

"Kamu boleh perkenalkan diri kamu" Arah Cikgu Daehwi.

"Annyeonghaseyo Kang Hyewon imnida" Hyewon membungkuk sopan lalu memperkenalkan diri dihadapan kelas.

"Omo suara dia manlylah"

"Kacaknya aigoo jantung aku"

"Kya... aku rasa aku dah jatuh hati"

"Jadi dialah anak pengarah, tak adalah hensem sangat" Kalau ini sudah semestinya pelajar namja yang cakap.

Begitulah suara-suara gedik yang kedengaran berkumandang dalam kelas, hyewon cuma mampu mengeluh dalam hati memikirkan dia tidak akan tenang selepas ini berada didalam kelas.

"Awak anak pengarah sekolahkan?" Tanya Seorang pelajar yeoja dengan berani kebetulan tempat duduknya paling depan berhadapan betul-betul dengan tempat Hyewon berdiri sekarang.

"Ya" Singkat sahaja jawap Hyewon.

"Kenalkan nama saya Han Chowon awak boleh panggil saya Chowon" Kata Chowon memperkenalkan diri sambil mengibas rambut panjangnya kebelakang kemudian menghulurkan tangan pada Hyewon.

Malangnya Hyewon cuma memandang kosong pada tangan Chowon itu tidak berniat untuk menyambut huluran tangan tersebut.

"Pffft..." Hampir tergelak Chaeyeon ditempat duduknya, Chowon menoleh pada Chaeyeon menghadiahkan jelingan maut pada Chaeyeon membuatkan pelajar yang menjadikan ketawa sebagai hobi dia tu menunduk takut.

"Okey Hyewon kamu boleh duduk sebelah Yohan, Yohan angkat tangan kamu!"

Yohan hanya menurut mengangkat tangannya keudara.

Semenjak Hyewon menjejakkan kaki kedalam kelas Yena cuma terdiam, apa yang buat yena terdiam? Sudah semestinya sebab dia nampak mata Yuri langsung tak berkelip pandang Hyewon! Untuk seketika ada sebuah perasaan cemas terdetik dihati yena tapi ketika yuri mengalihkan pandangannya yena segera membuang perasaan cemasnya.

Tetapi ketika Hyewon melabuhkan punggung pada kerusi disebelah Yohan, yena dapat menangkap Yuri menoleh semula pada Hyewon cuma seketika selepas itu yuri fokus pandang depan semula.

Sejak saat tu yena mula merasakan ada sebuah aura berbahaya dalam diri Hyewon, kemunculan anak pengarah itu memberikan sebuah pandangan kurang menyenangkan untuk Yena yang mana bagi yena Hyewon adalah sebuah ancaman!

Tbc.

Sowy baru dpat updt hari ni.

Open Your Eyes | Yenyul [END]Where stories live. Discover now