Õpën Yóur Ēyës
°°°Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar yang menerima sijil kelulusan mereka hari ini. Majlis berjalan dengan begitu lancar dan dapat kita lihat pelajar-pelajar cemerlang yang membanggakan sekolah dengan pencapaian mereka.
Namun, ada juga yang kelihatan murung kerana mereka tidak melepasi target yang mereka inginkan. Majlis Graduasi yang diadakan didalam dewan sekolah akhirnya selesai, para pelajar yang sudah resmi tamat belajar disekolah ini mula bersorak riang keluar dari dewan.
Diluar dewan kelihatan para pelajar mula berseronok berkumpul mengucapkan tahniah antara satu sama lain, ada juga yang sebok mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Begitu juga dengan Yena dia juga tidak lupa mengambil gambar bersama kedua orangtuanya. Selesai bergambar Yena kelihatan mencari-cari seseorang dan dia tersenyum sangat manis bila dia nampak orang tersebut tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Tidak lama orang yang Yena tengah pandang tu pun mula mencari-cari seseorang dan mata mereka bertemu membuat keduanya sama-sama melemparkan senyum. Yena cuma menurut ketika yeoja itu mengerakkan tangan mengarahkan Yena untuk datang mendekat.
"Tahniah Chaewonie!" Ucap Yena riang.
"Tahniah juga Choi Yena" Balas Chaewon.
"Horeee akhirnya kita lulus!" Kata Yena lagi sambil melompat-lompat kerana teruja.
"Awak taknak ucap tahniah pada saya?" Soal minju yang datang entah dari mana.
"Eh tahniah minju-yaaa"
"Awak pun sama tahniah Yen"
"Yah apa yang korang bertiga buat ni mari ambil gambar ramai-ramai!" Kata Yujin Heboh.
Disitu juga ada Hitomi, Nako, Wonyoung, Hyewon dan... Yuri.
Suasana menjadi agak kekok bila ada Yena dan Yuri didalam kumpulan itu tapi Yujin terlalu bersemangat.
"Okey-okey sedia!"
"1... 2... 3!"
Ckak*
"3... 2... 1!"
Ckakk*
Mereka semua mula melakukan pelbagai macam pose.
"Okey siapa lepas ni?"
"Aku dengan nako"
Selepas Tomi dan Nako selesai Yujin bertanya lagi.
"Next! Siapa lagi?"
"Yena dengan Yuri korang setuju tak?!" Cadang Chaewon.
Semua mula menyokong termasuk Hyewon sekali.
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...