Õpën Yóur Ēyës
•••
Memiliki perasaan cinta dan sayang pada seseorang itu sudah menjadi suatu perkara yang wajar bagi sesiapa pun manusia yang tinggal dekat planet yang disebut bumi ini.
Begitu juga dengan manusia bernama Choi Yena, tumbuh membesar dengan manusia paling cerewet bukanlah sesuatu yang mudah! tapi yang lebih parah lagi seiring berjalan waktu sebuah bibit-bibit perasaan baharu mula muncul membuatkan dia tidak senang duduk.
Dia Jo Yuri yang pada dahulunya cuma budak hingusan, manja, cengeng, kuat merajuk dan bila mereka gaduh memang tak sah kalau tidak mengadu dengan omma dan appa dia. Yena tidak pernah sangka bahawa pada umur 18 tahun dia akan tumbuh menjadi seorang yeoja sejati.
Cantik?
Sudah tentu!
Comel?
Ya, sampai kadang yena akan cubit pipi dia sampai nangis.
Bijak?
Hoho, yang pasti jauh beza dengan yena yang memang pabo sebab suka bergaul dengan Ahn Yujin.
Dan yang pasti yuri merupakan salah seorang yeoja idaman ramai disekolah.
Basikal di kayuh perlahan sejak tadi yuri tidak henti-henti membebel akan kelakuan yena disekolah, tengahari tadi yena kena denda lari dekat padang sekolah sebab dia asyik mengelamun dalam kelas beberapa kali cikgu panggil pun dia tak perasan nasib dia malang sebab jam pelajaran tu Cikgu Jaehwan yang mengajar.
"Yen kau dengar tak ni?!"
"Huh apa?"
"Ish penat kita bercakap dia tak dengar rupanya!"
"Emm... sorry"
Kening yuri berkerut heran ini bukan sikap sebenar yena! Yena biasanya tak pernah nak mengalah kalau tengah beradu mulut dengan dia dan bila yuri ingat balik rupanya perangai yena memang lain dari pagi tadi.
"STOP!" Sergah yuri membuatkan yena berhenti mengejut.
"Yena kau okey?"
"O-Okey"
"Tipu! Cepat bagitahu kenapa perangai kau lain sangat hari ni?" Paksa Yuri.
Yena masih diam langsung tidak menjawap dia bahkan tidak berani pandang muka yuri.
"Yen kau tahukan kau ada aku? Kalau kau ada masalah kau boleh bagitahu aku..." Sambung yuri lagi kali ini dengan nada yang lebih lembut lebih tepat lagi tengah memujuk.
Yena menghela nafas seketika memegang dadanya memandang bawah dengan muka serius.
"I-Itu-"
"Aku pun tak pasti bila, tapi beberapa hari ni aku rasa jantung aku lain dari biasanya bila..."
Bruk*
Belum habis yena menerangkan hal sebenar yuri terus berdiri mengabaikan basikal kesayangannya jatuh menyembah jalan lalu melangkah laju dan memeluk leher yena dengan erat. Manakala yena cuma mampu membeku dan merasakan denyutan jantungnya berada dalam paras tidak normal!
"Huaaarghhh yena kenapa kau tak cakap yang kau ada penyakit jantung?!"
"......"
"Ja-Jangan cakap kau dah nak mati! wuarhh jangan tinggalkan aku..."
"......"
Kalau nak ikutkan hati ringan sahaja tangan dia nak luku kepala yuri sekarang ni nasib baiklah dia sayang😒
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...