Õpën Yóur Ēyës
•••
Bell sekolah kedengaran menjadi penutup kepada sesi hari pertama persekolahan hari ini, Nako sudah dijemput terlebih dahulu oleh drivernya manakala Wonyoung pula sudah menjadi tanggungjawap Yujin hantar jemput dia kesekolah jadi driver tidak berbayar Wonyoung.
Kini tinggal Yuri dan Yena sahaja keduanya sedang berjalan beriringan menuju ketempat letak basikal, hari pertama persekolahan membuatkan mereka penat dan lapar jadi sebelum pulang kerumah mereka singgah terlebih dahulu dekat gerai tepi jalan tempat mereka selalu singgah kalau balik sekolah.
"Yoi! Sungwoon hyung ramai pelanggan nampak hari ni" Tegur Yena selamba pada pemilik kedai.
"Biasa dah buka sekolah ni memang ramai yang singgah macam korang jugak, eh hai Yul" Sambut Sungwoon lalu menegur Yuri sambil melayangkan senyumannya.
"Hai jugak Sungwoon oppa!"
"Tak usah senyumlah hyung nanti lari pula pelanggan Hyung!" Mereka memang terjerit-jerit sebab Sungwoon tengah masak dekat dapur.
"Woi senyumlah bagus! lagi banyak orang nak datang apalah kau yen!"
"Iya tak ya jugak wkwk"
"Hah nak pesan apa?"
"Yen aku nak..."
"Sungwoon hyung ramyeon dua!" Laung Yena kuat memotong percakapan yuri.
Yuri cuma mampu mempout bibirnya.
"Siap!" Sambut Sungwoon.
"Ni kenapa buat muka macam tu?" Tanya Yena buat muka tanpa dosa padahal dia tahu sebabnya.
"Aku taknak ramyeon aku nak jajangmyeon..." Rengek Yuri.
"Oh Yakah? Habis tu pegilah pesan lagi"
"Ih kau tak nampak ke ramai orang ni rosaklah imej aku sebagai yeoja kalau aku terjerit-jerit macam monyet" Yena Cuma tahan senyum dengar Yuri membebel.
"Alah ramyeon pun sedap apa yul lagipun mesti sungwoon hyung dah mula masak tu kesian dia kalau kena masak lagi" Kalau Yena dah cakap macam tu Yuri pasrah jelah.
Lima minit kemudian Ramyeon mereka pun sampai.
"Ini ramyeon kau yen dan ini jajangmyeon spesial untuk iyul"
"Waa ingatkan oppa lupa" Kata Yuri nak nangis
"Mana boleh lupa, kan iyulkan memang selalu pesan jajangmyeon" Kata Sungwoon sambil mengusap kepala Yuri.
"Baiklah selamat menjamu selera" Selepas itu Sungwoon kembali kedapur semula membiarkan dua pelanggan tetap dia tu makan.
"Hah kenyang..." Kata Yena sambil mengusap perutnya.
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...