Õpën Yóur Ēyës
°°°
Sejak dalam kereta lagi Chaewon sudah tidak dapat menahan tangisannya, dia sudah lama jatuh hati kepada namja bernama Choi Yena itu. Perkara itu sudah terjadi selama dua tahun dan awal mula perasaan itu berputik ketika Yena menyelamatkan dia dari terkena bola jadi sejak kejadian itu dia mencari tahu banyak perkara tentang yena dan dibuat semakin kagum.
Sejak kejadian itu Chaewon selalu perhatikan Yena dari jauh, mengetahui Yena dan Yuri tidak memilik hubungan yang sebegitu membuat Chaewon lebih berani untuk mendekati Yena tapi kini dia sedar bahawa dia langsung tidak ada peluang untuk mendapatkan hati dan perasaan Yena.
"Ssamu sayang Kamu dah balik?" Sapa Mommy.
Masuk kedalam rumah langkah Chaewon terhenti seketika memerhati mommy dan daddynya ada dirumah. Ini merupakan permandangan yang cukup jarang sekali terjadi dirumah ini dan sepatutnya Chaewon akan gembira. Tapi Chaewon sangat sedih memikirkan semua moment ini berlaku pada waktu yang tidak tepat!
"Kamu kenapa Ssamu?" Soal Daddy Chaewon risau.
Chaewon tidak menghiraukan pertanyaan itu dia malah berlari mendaki tangga dan masuk kebiliknya. Kedua orangtua itu segera mendapatkan anak mereka.
"Ssamu sayang apa yang berlaku? Kenapa kamu menangis?!" Soal Puan Kim.
"Siapa yang buat kamu menangis sayang bagitahu daddy!" Pinta Encik Kim pula.
"Hiks Ssamu taknak jumpa siapa-siapa! Tolong pergi mommy daddyyy"
"Ssamu..."
Kedua orangtua itu terdiam seketika, mereka sangat risau pada anak mereka.
"Tolong keluar sayang mommy merayu"
"Iya mari bercakap dengan kami"
"Tak mahu! Tinggalkan Ssamu sendiri!"
"Ini semua salah awak!" Kata Puan Kim tiba-tiba saja menyalahkan suaminya.
"Kenapa pula salah saya?!"
"Mestilah salah awak! Awak tak pernah ada masa untuk Ssamu!"
"Takperlu nak cakap saya macam tu kalau awak pun sama, tanyalah diri awak sendiri kalau awak pernah jalankan tanggungjawap awak sebagai omma dia!" Sambung Encik Kim pula memandang sengit pada isteri.
"Tanggungjawap? Apa yang awak tahu tentang tanggungjawap?! Awak selalu tiada dirumah!!"
"CUKUP!" Jerit Chaewon kuat membuat pertengkaran sepasang suami isteri terhenti.
"kalau mommy dengan daddy balik cuma untuk bergaduh lebih baik mommy dan daddy tak balik"
"Maafkan daddy Ssamu, daddy dah gagal jadi daddy yang baik untuk kamu"
"Iya maafkan mommy juga Ssamu kami dah jadi orangtua yang teruk untuk kamu"
"Keluarlah Ssamu daddy dengan mommy berjanji kami tak akan bergaduh lagi" Pinta Encik Kim, Puan kim turut mengangguk.
Kedua orangtua itu kini menangis menyesal akan perbuatan mereka, mereka cuma berharap mereka belum terlambat untuk mengubah semuanya.
Tidak lama pintu pun terbuka.
"Mommy~ Daddy~"
Ketiga mereka kemudian saling berpelukan sambil meminta maaf satu sama lain, menyalurkan rasa sayang yang selama ini jarang mereka tunjukan. Kini mereka sedar keluarga adalah segala-galanya perkara yang tiada galang gantinya.
Pengasuh Jung tersenyum memerhati tiga beranak itu berpelukan, dia tahu ini yang selalu Chaewon impikan sebuah keluarga yang saling memahami dan sentiasa ada untuk satu sama lain jadi dia cuma dapat tumpang bahagia memerhati keluarga itu.
.
.
.
.
.
Sejak seminggu hari lalu berita tentang Hyewon dan Yuri yang menjadi sepasang kekasih sudah tersebar keseluruh pelosok sekolah. Semua itu terbukit bila diperhati Hyewon selalu ada bersama-sama dengan Yuri dimana sahaja bahkan diluar sekolah pun ada beberapa pelajar nampak mereka berjalan bersama.
Hyewon hanya menurut apabila pengarah sekolah ingin berjumpa dengan dia, entah apa yang berlaku tapi Hyewon dapat mengagak ini ada kaitan dengan hubungannya dan Yuri yang sudah tersebar luas sekarang. Jadi sebelum masuk kedalam bilik pejabat itu hyewon betul-betul rasa berdebar.
"Tuan pengarah nak jumpa saya?" Tanya Hyewon sambil berdiri didepan meja kerja appanya.
"Duduk"
Hyewon hanya menurut tapi dia masih tidak berani pandang muka appanya.
"Kamu taknak tengok muka Appa?" Hyewon agak tertegun tapi dia mengangkat muka juga memandang appanya.
"Maafkan appa Hyewon-aa appa selalu marahkan kamu"
"Appa harap kamu boleh faham apa yang appa cuba buat, semuanya untuk kebaikan kamu. Appa cuma nak uji kamu dan sekarang kamu dah buktikan semuanya melalui Ujian pertengahan tahun kamu"
"Appa bangga dengan kamu Hyewon maaf kalau appa dah melampau selama ni"
Sekarang Hyewon dah faham semuanya, selama ini appanya tidak pernah benci padanya orangtuanya ini cuma mahu yang terbaik untuk dia cuma cara appa saja yang agak berbeza.
"Kamu menangis? Aigoo~ maafkan appa"
"Hey Hyewon-aa kamu dah besar berhenti menangis"
"Appaaa huu huu~"
"Hahahaha Aigoo~" Encik Kang segera berdiri mendapatkan anaknya lalu memeluk ia dengan erat.
Selepas suasana menjadi lebih baik Encik Kang kembali bersuara.
"Jadi appa dengar kamu bercinta dengan seorang pelajar yeoja dekat sekolah ni"
"Eh, itu..."
"Bila kamu nak bawa dia balik kerumah? mesti omma kamu nak berkenalan dengan dia"
"Jadi appa tak kesah tentang semua tu?"
" Appa tak pernah halang kamu berhubungan dengan sesiapa pun asalkan kamu tahu batas kamu dan sudah pasti perkara tu tak mempengaruhi pembelajaran kamu"
"Terima kasih appa"
Hyewon gembira appanya kini menjadi seperti sedia kala, lebih-lebih lagi appanya juga menyokong hubungan mereka. Jadi memang tak sia-sialah dia mendapat tempat pertama dalam kelas pada ujian sebelum ini dia sudah bermati-matian mengalah si Genius Chaewon itu.
Nampaknya, hubungan keluargaan antara Chaewon dan kedua orangtuanya menjadi lebih baik sekarang, begitu dengan masalah Hyewon dan appanya semuanya sudah selesai. Tapi bagaimana pula dengan cerita Yena dan Yuri?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tbc.
Lahhh lupa nk updt smlm maafkn siya🙏
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...