Õpën Yóur Ēyës
°°°
^^
Berpelukan cukup lama menenangkan diri satu sama lain, melepas rindu sambil meluahkan perasaan masing-masing. Sudah pasti anda berfikir mereka akan bersama dan berakhir dengan memulakan sebuah hubungan bukan? Malangnya semua itu tidak berlaku sama sekali! Keduanya sudah mengambil keputusan untuk menjadi kawan baik buat selamanya, berjanji tidak akan menyakiti perasaan satu sama lain lagi dan saling memahami.
Keputusan yang agak berat tapi mereka berfikir ini untuk kebaikan bersama...
Tetapi siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa depan, kadangkala pasti ada sesuatu perkara yang mereka tidak dapat jangka akan berlaku seperti apa yang terjadi pagi ini!
Keduanya terbangun diatas tilam yang sama langsung tidak mengenakan apa-apa cuma berbalut dengan selimut dan pakaian bertaburan di atas lantai. Keduanya cuba bersikap tenang seperti tidak berlaku apa-apa tapi adegan intim semalam berputar cukup jelas dalam kotak ingatan masing-masing.
Kalau ditanya sudah tentu Yena akan bertanggungjawap atas apa yang dia lakukan, tapi kata-kata tuntutan seperti meminta 'tanggungjawap' langsung tidak keluar dari mulut Yuri membuat Yena serba salah. Malah Yuri adalah orang yang bertindak menenangkan Yena yang tidak henti-henti meminta maaf.
Menurut Yuri ini bukanlah salah Yena seorang, bahkan ini bukan salah sesiapa mereka dalam keadaan mabuk semalam dan semuanya terjadi begitu saja. Tapi bagi Yena apa yang mereka lakukan semalam sudah melampau batas! Dan orang yang paling dirugikan disini sudah tentu Yuri.
Apakah mereka boleh disebut sebagai 'kawan' lagi? Bila difikirkan lagi tidak ada kawan yang tidur dengan kawan baiknya sendiri bukan? Kalau ada pun itu akan jadi hubungan persahabatan yang kurang sehat.
"Yah, berhenti buat muka macam tu ia akan buat hari awak teruk" Tegur Yuri yang sudah lengkap berpakaian bersedia untuk pergi kerja.
"Tapi..."
"Sudah, kan saya dah cakap tak mengapa" Pujuk Yuri lagi duduk disebelah Yena, dia cuma tidak sampai hati melihat muka murung Yena.
"Macam mana kalau kita kahwin saja?"
Mata Yuri membulat dia terkejut menerima lamaran mengejut dari Yena. Tapi jelas bukan itu yang buat Yuri terganggu sekarang...
"YAHHHHH! AWAK BERGURAU? TIADA SIAPA MEMBUAT LAMARAN BEGITU!" Protes Yuri membuat Yena terdiam.
Yena mula berfikir adakah dia tersalah cakap?
Perkara yang menganggu dan membuat yuri tidak puas hati sekarang ni sudah tentu kerana lamaran Yena ini langsung tak romantik! Sepatutnya Yena faham yang Yuri sentiasa mendambakan sebuah lamaran yang istimewa. Tapi situasi mereka sekarang ini seperti si namja yang sudah membuat pasangannya mengandung lalu mereka perlu berkahwin.
Ini tak masuk akal!
Yuri segera berdiri dengan perasaan kecewa, yena pula segera menahan dengan mencapai tangan Yuri.
"Saya serius Yul cuba fikirkan lagi macam mana kalau awak mengandung?" Tanya Yena serius bercampur bimbang.
Mengurut kepala yang mula berdenyut pening Yuri hampir hilang sabar berhadapan dengan Yena, jadi dia berfikir lebih baik kalau dia pergi kerja sekarang.
"Baik awak berhenti mengarut dan pergi sarapan sekarang" Tekan Yuri.
"Oya kalau awak keluar nanti jangan lupa kunci pintu sekali" Pesan Yuri lagi sambil menarik tangannya dari Yena.
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Novela Juvenil+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...