Õpën Yóur Ēyës
•••
Jika ada sesiapa bertanya kenapa Yuri mahu menjadi seorang Ketua Kelas, padahal tugas seorang ketua kelas itu bukan mudah malah agak menyusahkan kerana perlu melakukan itu ini terpaksa mengikut setiap arahan guru.
Jawapnya mudah sahaja tahun ini merupakan tahun paling penting untuk yuri tahun yang mana dia tidak boleh bermain-main lagi dalam urusan menuntut ilmu kerana dia akan menduduki ujian kemasukan ke University untuk melayakkan ia masuk kedalam university yang dia impikan.
Jadi dia mengambil keputusan ingin membentuk diri menjadi lebih lebih baik, berdisiplin dan bertanggungjawap bukan itu sahaja malah menjadi ketua kelas dapat merapatkan diri kita dengan ramai guru jadi semua itu dapat memberi kesan positif dalam sesi pembelajaran. Kesimpulannya, menjadi ketua kelas memberikan point-point penting kepada pelajar akhir tahun seperti Yuri.
Suasana kelas Yuri pagi ini lebih meriah daripada yang biasanya, dihadapan kelas cikgu daehwi kelihatan sangat bersemangat seolah-olah dia sedang menjadi pembawa acara kepada rancangan hiburan dan yang bagusnya pelajar-pelajar dalam kelas turut merasa terhibur dengan telatahnya kerana dia tidak sekaku cikgu lain yang memberikan kesan tegas dan menyeramkan buat semua pelajar dalam kelas.
"Baiklah pelajar-pelajar seperti yang kamu semua tahu hari ini merupakan hari penentuan untuk menentukan siapa ketua kelas kamu" Semua pelajar memberikan tumpuan kepada Cikgu didepan.
Di tempat duduknya sempat yena menunjukan kepalan tangannya memberi semangat untuk Yuri.
"Macam yang kamu nampak didepan sini sudah ada tiga calon yang layak menjadi ketua kelas yang pertama Jo Yuri, selepas tu Kim Chaewon dan terakhir sekali Cha Junho berikan tepukan untuk mereka"
Prok prokk prokk*
Ada sebilangan pelajar mula bersorak manakala yang lain hanya bertepuk tangan, ada pun cuma Hyewon yang mengerutkan keningnya sejak tadi berasa agak pelik dengan suasana sekarang ini? Adakah semua ini sudah menjadi tradisi di sekolah ini?
"Selama dua minggu ini cikgu telah menilai diri mereka dalam bermacam aspek penting bukan itu sahaja undian kamu semua juga cikgu dah kira jadi keputusannya sekarang ada ditangan Cikgu!" Selain tiga Calon ketua kelas didepan, pelajar-pelajar juga turut merasa debarannya ketika Cikgu daehwi berkata begitu.
"Keputusannya ialah..."
Semua pelajar dalam kelas serentak menepuk meja mereka menghasilkan bunyi yang menambah perasaan suspen masing-masing.
DUHDUHDUHDUHDUHDDUHDDUHDUDUDUDUHD*
"Jawatan ketua kelas akan disandang oleh..."
DUHDUHDUHDUH*
"KIM CHAEWON!"
"Berikan tepukan untuk dia" Kelihatan Chaewon sangat gembira mendengar keputusan tersebut di tambah lagi hampir semua pelajar dalam kelas memberikan ucapan tahniah kepadanya
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...