Õpën Yóur Ēyës
°°°
^^
Termasuk hari ini sudah masuk lima hari Yena berada diseoul, ini merupakan malam terakhir dia berada diseoul esok petang dia akan kembali lagi Shanghai cuti dia tinggal beberapa hari saja jadi dia mengambil keputusan balik lebih awal.
Pertemuan dia dengan hyewon hari tu tidak berjalan lancar mujurlah dia sudah meminta maaf pada hyewon dan tunang dia. Jangan heran kenapa Yena tidak tahu mengenai hubungan Yuri dan Hyewon sebab walaupun dia rapat dengan Chaewon dia tidak pernah bertanya perihal Yuri. Di tambah pula Chaewon dan kawannya yang lain juga seakan faham dan memilih tidak mengungkit apa-apa tentang Yuri jadi yena betul-betul tidak tahu apa-apa mengenai Yuri.
Malam terakhir ini tidak disia-siakan oleh Yena, dia mengambil keputusan untuk mengunjungi rumah kedua orangtua Yuri dia cuma ingin singgah sekejap dan seperti yang diharapkan dia disambut dengan ramah sekali.
Menurut apa yang orangtua Yuri kata, sekarang Yuri tidak tinggal bersama mereka lagi dia sudah ada rumah yang dia beli sendiri dan rumah itu berhampiran dengan tempat kerja dia. kadang-kadang saja dia akan balik kerumah orangtuanya, itu pun kalau dia betul-betul ada masa lapang.
Tapi malam ini mungkin juga yena bernasib baik sebab Yuri tiba-tiba saja muncul didepan pintu ketika mereka sedang makan malam. Sebenarnya yena nak singgah sekejap saja tapi nampaknya beramah mesra dengan keluarga Yuri memakan masa agak lama malah jam sudah menunjukkan sudah 9 malam. Sejak tadi Yuri tidak banyak bercakap begitu juga dengan Yena tidak banyak interaksi dia antara mereka berdua.
Waktu sudah begitu lewat jadi orangtua Yuri menyarankan yena untuk bermalam, Yena juga tidak menolak mengikut saja kemahuan kedua orangtua Yuri. Tapi nampaknya kedua orangtua itu mengubah fikiran mereka ketika Yuri meminta diri untuk balik kerumahnya.
"Yuri ini dah lewat bahaya kamu memandu malam-malam macam ni"
"Esok saya kerja pagi appa saya tak boleh lewat" Jelas Yuri.
"Kalau begitu Yena boleh kamu hantar Yuri balik?" Pinta Puan Jo tiba-tiba.
"Eh kenapa pula? Yuri boleh balik sendiri omma"
"Balik dengan Yena atau tidak sama sekali" Puan Choi memberi pilihan.
Akhirnya Yuri mengambil keputusan balik dengan Yena, kalau awal-awal dia tahu begini jadinya dia tidak akan balik kerumah orangtuanya malam ini. Padahal mereka tidak pernah cerewet macam ni.
.
.
.
.
.
Pejalanan menuju kerumah Yuri memakan masa selama 40 minit, keduanya jarang sekali bercakap cuma kadang-kadang Yuri akan bercakap untuk memberitahu arah kerumahnya. Suasana senyap sunyi ini membuat Yena tidak selesa jadi yena berkira-kira untuk mengajak Yuri berbual.
"Awak apa kabar Yul" Tanya Yena.
"Baik, awak?"
"Saya pun sama, saya dengar awak berjaya masuk ke universiti impian awak dan sekarang awak dah jadi doktor awak hebat Yuri"
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...