Õpën Yóur Ēyës
•••
Bell sekolah berkumandang menandakan waktu rehat telah tiba lima sekawan itu sudah merancang akan makan bersama dikantin, selepas membeli makanan mereka terus mengambil tempat pada meja yang terletak paling depan sekali.
Yuri membawa bekal seperti selalu masakan ommanya memang menyelerakan, kadangkala Yuri akan berkongsi bekal kepunyaannya bersama kawan-kawan yang lain dan sudah tentu dengan yena.
"Wahh Gimbab aku nak cuba boleh?" Soal Yujin sedikit terliur melihat bekal yuri yang penuh dengan makanan tapi Gimbab yang paling menarik perhatiannya.
"Silakan, aku bawa lebih hari ni"
"Hore!" Sorak mereka bersama.
Sambil makan mereka mula berbual ringan tentang aktiviti mereka diawal tahun ini sampailah topik pemilihan calon ketua kelas menjadi fokus perbualan mereka.
"Kau jangan risau Yul kami akan sokong kau jadi ketua kelas" Kata Nako yang lain mengangguk setuju.
"Betul tu, kau memang layak jadi ketua kelas" Wony.
"Thanks korang tapi... aku rasa bukan senang aku nak pegang jawatan tu" kata Yuri sedih.
"Ni mesti pasal saingan kau kan?" Tanya Yujin.
"Siwapa?" Soal Yena dengan mulut penuh makanan.
"Tsk! Kau ni makanlah dulu tersedak nanti macam mana?!" Marah Yuri.
"Hey itu diorang" Beritahu Wony memandang tepat pada tiga makhluk tuhan yang sedang berjalan ke meja mereka.
Yena menelan cepat makanannya sambil menoleh pada tiga manusia yang dimaksudkan oleh Wonyoung, disitu ada Hitomi rakan sepasukan dia dengan Yujin lepas tu ada minju dan Chaewon trio ini memang menjadi pusat perhatian disekolah.
Honda Hitomi dia salah satu pemain basketball harap sekolah sepasukan dengan yena dan Yujin, selain kerana bakat yang dimiliki rupa parasnya yang comel serta senyuman manisnya menarik perhatian ramai orang.
Kim Minju pula si Angel sekolah yang memiliki ramai peminat namja, kecantikannya betul-betul menawan! tetapi entah kenapa dia selalu menolak namja-namja yang meluahkan perasaan mereka padanya mungkin juga dia agak pemilih orangnya siapa yang tahu.
Dan Kim Chaewon dia merupakan pelajar terkaya disekolah, keluarganya selalu menjadi penyumbang kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekolah bukan itu sahaja dia juga cukup cantik dan bijak dalam pelajaran lengkap sudah untuk jadi seorang pelajar idaman para jejaka disekolah.
Sebelum ini Chaewon tidak pernah tertarik untuk menyandang sebarang jawatan dalam kelas tetapi entah kenapa tahun ini dia amat berminat untuk menjadi ketua kelas.
Sebabnya cuma dia yang tahu.
"Hai semua maaflah kalau saya mengganggu" Sapa Chaewon dengan sopan, dia memandang Yuri seketika lalu pandangannya beralih pada yena pula memberikan senyuman seketika kemudian fokus pada yuri semula.
"Saya cuma nak ucapkan selamat berjaya pada Yuri untuk pemilihan calon ketua kelas tu" Sambung Chaewon menghulur tangan pada Yuri.
Yuri menyambut baik huluran tangan tersebut.
"Kalau macam tu awak pun selamat berjaya mari bersaing secara sehat"
"Baiklah"
Pada luarannya interaksi mereka berdua kelihatan biasa sahaja tetapi tidak kepada yena dan yang lain mereka dapat merasakan aura cukup mencengkam diantara keduanya.
"Oh ya ini saya ada bawa kuih sikit, saya buat sendiri rasalah" kata Chaewon menghulurkan kuih buatannya sendiri sambil matanya melirik pada Yena.
Yena yang sedar diperhati oleh Chaewon cuma terkebil-kebil heran dengan tindakan Chaewon itu.
"Terima kasih" Ucap Yujin menerima kuih tersebut dalam hati dia berfikir adakah niat Chaewon ingin menyogok untuk mengambil hati mereka.
"Chae Jom" Sampuk Minju nampak sangat dia tidak mahu berlama-lama berdiri disitu.
"Okey, korang sambunglah makan saya pergi dulu"
Yena, Yujin dan Hitomi juga turut bertegur sapa tapi cuma sekejap.
"Cie ada orang tu kan diam je dari tadi" Wony.
Siapa?
Yena?
Bukan nako wkwk
"Dia perhatikan kau tadi" Yuri.
"Betulkah?!" Tanya Nako teruja.
Semua mengangguk serentak.
Siapa lagi yang dimaksudkan oleh mereka kalau bukan Hitomi, Nako memang sudah lama memendam perasaan pada namja comel tersebut.
Yena melirik kuih pemberian Chaewon itu tangannya bergerak perlahan-lahan mencapai kuih bentuk love itu kemudian memasukkan kedalam mulut.
Seketika dia agak tertegun kuih itu memang sedap! Sambil menguncah terdetik hati yena untuk menoleh pada meja sebelah yang mana Chaewon, Minju dan Hitomi melabuhkan punggung sekejap tadi.
Manakala pada meja sebelah Chaewon melayangkan senyuman pada yena, secepat kilat yena mengalihkan pandangan ketika dia tertangkap oleh Chaewon! Yena sendiri bingung kenapa dia berbuat demikian yang pasti tadi dia nampak sekilas senyuman Chaewon tu.
Manis! fikir yena.
Sekali lagi yena menoleh perlahan pada Chaewon dan kali ini Yena terbatuk dengan teruk ketika Chaewon mengedipkan sebelah matanya, di meja sebelah kelihatan Chaewon tertawa merasakan kelakuan yena itu memang comel~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tbc.
Apa pendapat korang ttg cerita ni adakh mmbosankan? Harap taklh macam tu.
Kalau ada yg kurang atau sesiapa nk tambah dan beri pendapat silakn saya sngt hargai😊
Okey sya nak bagitahu ini update terakhir untuk minggu ni minggu depan baru sambung balik😉
Bye.
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...