Õpën Yóur Ēyës
***
Berjalan dengan tenang dan elegen Kim minju mengabaikan sahaja pandangan mata-mata liar yang tertuju padanya. Bukannya dia tidak peduli bahkan minju sudah menyumpah serapah mereka dalam hati.
Hari ini dia tidak mengenakan baju sekolahnya sendiri, dia meminjam baju sekolah milik Chaewon sebab dia bermalam dirumah Chaewon kemarin. Baju Chaewon ini agak sempit dan sendat dibadannya tapi walaupun begitu Minju langsung tidak menyesal mengingat baju yang dia gunakan ini milik Chaewon.
Cklek*
Membuka pintu kelas Minju tersenyum senang apabila mendapati Chaewon sedang terlelap meletakkan kepalanya pada meja. Dari tadi dia memang mencari Chaewon, dia berasa agak heran bila Chaewon tidak berkumpul dengan geng Yena di Kantin dan tepat jangkaannya Chaewon ada di kelas.
Minju mendekati Chaewon lalu merenung dalam muka Chaewon sepuas-puasnya, sejak mereka berpisah kelas sedikit sebanyak Minju mula rindukan Chaewon. Minju sendiri tidak sangka Chaewon sanggup memanipulasi gred peperiksaannya cuma untuk berada dikelas yang sama dengan Yena.
Sungguh tidak masuk akal!
Ingin diingatkan disini dulunya minju, Chaewon dan Hitomi itu berada didalam kelas pertama. Malah sebelum ini ketiga-tiga sahabat itu selalu mendapat tempat tiga teratas didalam kelas. Manakala Yena, Yuri, Wonyoung, Yujin dan Nako pula berada di kelas kedua.
Tidak lama pandangan redup minju itu beralih turun kebibir Chaewon, minju meneguk payah liurnya seraya mengeleng beberapa kali cuba membuang fikiran liarnya tapi nampaknya dia tidak berjaya! Bibir pink yang mengoda itu mula meruntuhkan sisa-sisa iman yang minju ada.
Perlahan-lahan minju mula mendekati Chaewon berjongkok sedikit semakin maju kedepan dan Minju dapat rasakan darahnya berdesing apabila merasakan bibir mereka mula bersentuhan!
Betul minju itu berbeza daripada yeoja-yeoja normal yang lain, minju sendiri tidak sedar sejak bila dia jatuh hati pada Chaewon kawan baik sekaligus sepupu dia sendiri yang lebih parah lagi mereka sama-sama yeoja membuatkan minju mengambil keputusan memendam sahaja perasaannya bimbang Chaewon akan berasa jijik dan menjauhkan diri daripada dia.
Cukup lama mereka berada dalam keadaan itu sejak tadi minju sudah berusaha mengontrol diri supaya tidak berbuat perkara yang lebih parah lagi. Nafas minju mula bertukar berat berbeza dengan nafas Chaewon yang tenang sebab dia masih tetidur.
Cuma sepintas lalu tapi minju pasti ada satu cahaya berasal dari belakang membuat minju tersedar cepat dia menoleh kebelakang dan alangkah terkejutnya dia apabila memerhati Yena ada disitu sambil memegang telefonnya dan minju pasti Yena mengambil gambar akan kegiatannya tadi.
Muka terkejut Minju cuma berlangsung sekejap selepas itu raut muka minju bertukar lebih menyeramkan membuatkan Yena meneguk payah liurnya. Yena cuma mampu mengumpat akan kebodohan sendiri sebab lupa untuk menyahaktifkan flash kamera telefonnya.
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...