Õpën Yóur Ēyës°°°
"Kwangbae tolong jaga Yuri untuk aku, jangan biar dia terlalu banyak menangis. Nah ambil ni, dalam tu aku dah tulis semua perkara yang Yuri suka dan tak suka aku harap semua ni membantu hehe"
"Jadi kau dah bagitahu Yuri pasal ni?"
"Err... Belum"
"Tapi jangan risau aku akan bagitahu dia sendiri nanti "
Hyewon mengingat lagi pesan terakhir Yena hari tu, sebelum ni Yena memberitahu padanya bahawa dalam masa seminggu lagi dia akan meninggalkan Seoul tapi hyewon tidak sangka pula Yena akan pergi lebih awal.
Hyewon menoleh pada Yuri yeoja itu masih menangis sambil memeluk lutut menyembunyikan mukanya disitu, mujurlah yuri sudah kelihatan lebih tenang sekarang tenang dalam erti kata sebenar tidak menangis seteruk tadi. Sudah satu jam masa berlalu Hyewon masih tidak tahu macam mana untuk memujuk yeochinnya itu dia cuma berfikir dengan membiarkan Yuri sendiri itu lebih baik.
Padahal Yena sudah tulis dalam buku catatan yang dia bagi pada Hyewon hari tu, dia cakap kalau Yuri tengah sedih dia boleh bawa Yuri jalan-jalan atau buatkan sekotak Origami untuk Yuri. Tapi Hyewon tidak pasti sama ada semua tu akan berhasil untuk situasi sekarang.
"Awak semua dah tahukan pasal ni?"
Hyewon berdiam seketika sebelum menjawap...
"Iya"
"Jadi Kenapa? Kenapa tak ada siapa pun bagitahu saya?" Tanya Yuri mengangkat mukanya memandang Hyewon.
"Bukan kami taknak bagitahu awak Yul, tapi Yena tak bagi dia cakap dia akan beritahu awak sendiri" jawap Hyewon.
Seketika Yuri mengingat tentang hari graduasi, mungkin pada saat itulah Yena mahu memberitahu perkara ini tapi dia tidak berpeluang untuk memberitahu. Memikirkan itu Yuri mula rasa menyesal kerana dia tidak memberi Yena peluang untuk bercakap hari tu.
"Yuri-ya" panggil Hyewon lembut.
"Hm?"
"Macam mana kalau kita fikirkan lagi tentang hubungan kita"
Bola Mata Yuri membulat dia seakan dapat meneka apa yang hyewon ingin sampaikan.
"Maksud awak? Awak nak kita putus macam tu?"
"Bukan macam tu Yul, saya pun tak mahu perkara tu berlaku tapi alangkah baiknya kalau awak fikirkan lagi siapa yang betul-betul ada dalam hati awak"
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"Saya selalu fikirkan tentang sesuatu Yul, Awak dan Yena baik-baik saja sebelum saya datang. saya cuma takut, takut sekiranya kehadiran saya adalah penyebab awak berdua berpisah"
YOU ARE READING
Open Your Eyes | Yenyul [END]
Teen Fiction+ Perkara paling menyakitkan ialah memendam perasaan pada orang yang buta tak pernah nampak macam mana besar rasa sayang kita untuk dia. "Aku cuma akan anggap kau kawan sampai bila-bila" "Maaf tapi aku tak boleh jadi kawan kau lagi" *** Yenyul : Mal...