♡19 | Risau

57 5 0
                                    

Õpën Yóur Ēyës

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Õpën Yóur Ēyës


°°°

Sejak peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu, rakan sekelas merasa heran kerana tiada lagi interaksi diantara Yena dan Yuri. Malah tiada siapa yang berani bertanya akan hal itu mereka cuma tahu Yena dan Yuri sedang mengadakan perang dingin sekarang. cuma orang yang terdekat saja tahu apa yang sebenarnya terjadi.

"Yul tadi saya dengar Yena pengsan" Beritahu Hyewon kepada Yuri.

"Jadi apa kaitannya dengan saya?"

"Saya tak peduli"

"Yul kenapa cakap macam tu? Dia tu kawan baik awak sejak kecil lagi"

"Pembetulan! Bekas kawan" Tekan Yuri.

"Lagipun orang macam dia tak layak jadi kawan saya"

"Awak banyak cerita tentang dia Yul dan saya yakin dia tak seteruk tu, dari apa yang saya dengar cara dia jaga awak betul-betul buat saya kagum"

"Sejak bila pula awak berbaik dengan dia ni? Awak tak takut dia rampas saya dari awak?"

"Yahh mestilah takut! Saya betul-betul sayangkan awak"

"Tapi sebagai kawan dia awak sepatutnya tahu yang dia perlukan awak sekarang" Yuri tersenyum mendengar macam mana matang pemikiran Hyewon.

Semua itu semakin membuat dia jatuh cinta pada namja tersebut.

"Jadi awak tak kesah kalau saya jumpa dia"

"Tak sayang" jawap Hyewon sambil mengusap lembut pipi Yuri membuat pipi yeochinnya itu bertukar warna.

...

Selepas membeli roti dan susu coklat kesukaan yena, Yuri terus berjalan menuju kebilik kesihatan. Tipulah kalau dia cakap dia tak risau pada Yena, tapi jujur sebenarnya Yuri agak ragu untuk berjumpa Yena bila mengingatkan pergaduhan mereka sebelum ini.

Bagaimana pun Yuri sudah ada disitu didepan pintu bilik kesihatan yang langsung tidak tertutup. Mengintip sedikit kedalam Yuri nampak Yena yang sedang berbaring, tapi dia tidak keseorangan ada Chaewon yang sedang temankan dia sekarang. Bahkan Yena kelihatan biasa-biasa saja tak nampak sakit pun sebab dia masih boleh bergurau senda dengan Chaewon.

Jadi Yuri mengambil keputusan meninggalkan tempat itu, lagipun apa yang dia buat disitu? Dia yakin Yena tak perlukan dia lagi sudah ada Chaewon disitu.

.

.

.

.

.

"Appa perasan kamu dah jarang pergi rumah sebelah" Tegur Encik Choi appa kepada Yena.

"Yena tak ada masa appa, yena sebok belajar lagipun peperiksaan tak lama lagi" Jawap Yena memberi alasan.

"Betulkah sebab tu? Kenapa pula yang appa dengar dari omma kamu berbeza dari alasan kamu tu"

"......"

Yena tidak dapat membalas apa-apa.

"Yena kamu janganlah selalu gaduh dengan Yuri, tak lama lagi kamu akan rindukan dia" Saran Puan Choi pula.

"Maksud omma?" Tanya Yena bingung mukanya bertukar serius dia mula tak sedap hati.

"Maksud omma kamu... Kita akan pindah tak lama lagi Yen appa dipindahkan kerja ketempat lain" Beritahu

"Pindah ke mana appa?" Potong Yena.

"China"

"Tapi jangan risau kita akan pindah lepas kamu lulus dekat sini"

.

.

.

.

.

Manakala ditempat lain keluarga Jo sedang menikmati makan malam mereka.

"Yuri-Yuri sekarang omma dah tahu mesti kamu bergaduh besar dengan Yenakan sebab tu dia tak mahu lagi datang kemari" Teka puan Jo.

"Omma, dia tu yang menyakitkan hati Yuri taknak berkawan dengan dia lagi" Ujar Yuri pula tidak mahu mengalah.

"Yuri... appa nak nasihatkan kamu lebih baik kamu berbaik dengan Yena sekarang atau kamu akan menyesal nanti" Nasihat Encik Jo pula.

"Huh tak ada makna Yuri nak menyesal" Gumam Yuri lalu menghirup kuah sup buat ommanya.

Yuri mengabaikan saja nasihat appanya tadi, perkara yang paling tidak disuka oleh Yuri bila appa dan ommanya lebih menyebelahi Yena.

"Sayang, Encik Choi tu memang bertuahkan saya tak sangka dia terpilih lagi"

"Itu dah jadi rezeki mereka anak-beranak" Kedua pasangan suami isteri itu terus berbual manakala Yuri tidak terlalu memperdulikan mereka dia cuma fokus pada makannya.

Bam!

"Appa omma Yuri dah siap Yuri naik atas dulu" Beritahu Yuri menaruh bekas makannya kedalam singki lalu beredar naik kebiliknya.

Selepas Yuri beredar kedua pasangan itu berpandangan satu sama lain.

"Saya risaukan Yuri"

"Dia bukan budak kecil lagi dia akan faham"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tbc

Beberpa chapter lg cite ini akan selesai jadi sila bersiap sedia dgn ending yg tak menentu😉

Open Your Eyes | Yenyul [END]Where stories live. Discover now