Tunang?!
"Ibu...." menguap mia sambil mengeliat. "Eh! Mia dah bangun? Awalnya semalam kan baru balik tak penat ke?" jawab ibunya risau. "Tak lah Mia okay je."
Mia menuju ke dapur dan membantu ibunya menyiapkan masakan. Semasa makan pagi wajah ibu dan ayahnya kelihatan aneh. Seakan-akan risau dan dalam masa yang sama gembira. Setelah selesainya makan, Mia pergi ke biliknya untuk membuka phonenya sebentar. Tepat tekaannya, ada mesej dari group whatapps kawan-kawannya itu.
Weh
-HazwaniKo pahal cakap lah sampai habis!
-SyasyaHaih sabar lah. Aku dengar ada sorang tu dah bertunang!
-HazwaniHuh? Siapa doh?!
-SyahirahSi Mia tu lah dia cakap nak single sesama last-last aku single sorang-sorang!
-HazwaniHuh?! Serius ah!
-SyahirahWait...jap sejak bila aku bertunang nih? Ko merepek apa? Mengigau ke? Siapa yang cakap nih?!
Lah betul lah! Mak kau sendiri yang cakap! Tak kan kau tak tau?!
-HazwaniSelepas dapat tahu berita yang mengejutkan itu...terus aku berlari ke arah ibu dan ayahku yang sedang duduk di atas sofa itu. Bukan boleh si Hazwani nih kadang bukan betul budak tu.
"Ibu. Betul ke kakak dah bertunang?!" tanyaku sambil berharap berita itu hanyalah rekaan semata-mata. Ibuku menundukkan kepalanya.
"Haah betul..." jawab ibuku. "Huh kenapa tak cakap dekat kakak?!" marahku. "Kalau kami cakap mesti Mia tak balik sini kan?" perli ayahku.
"Mia tak nak tunang! Entah siapa ibu dengan ayah pilih!" jawabku. "Mia kena juga tunang dengan dia and bulan depan kahwin!" marah ayahku. "Dia anak kawan baik ayah. So, ayah tak kira!" jawab ayahku.
"Tak.nak. Kan Mia dah cakap Mia tak nak kahwin sampai tua?! Ibu dan ayah sendiri tahu." hujahku. "Mia...kahwin lah dengan dia bulan depan ibu dengan ayah dah terima pinangan tu." kata ibuku.
"Ibu dan ayah terima pinangan tu tanpa bagitahu Mia?!" kesalku. Padahal mereka tahu kenapa aku enggan berkahwin. Aku berlari mengambil kunci keretaku dan keluar dari rumah itu.
Aku duduk di pondok kesukaanku tempat aku selalu datang kalau ada masalah dan pondok ni dah jadi rumah keduaku. Termenung dan tak terkata kerana tak sangka ibu dan ayahku sanggup berbuat begitu...
"Woi!" dari jauh suara itu mengambil alih perhatianku. Aku menoleh ke arah suara itu. Lantas terbeliak mataku melihat gerangan itu. Senyum terukir di bibir.
"Ya Allah! Weh dah lama aku tak jumpa kau!" jeritku. "Eh rilek ah aku pun ingat kau sorang? Ni pahal ko duduk sini sorang?" tanyanya. "Hmm mak aku paksa aku kahwin dengan orang yang aku sendiri tak kenal...ko pun tau yang aku nih anti lelaki kan!" kesalku. "Habis aku nih bukan lelaki?!" jawabnya. "Ish soalan tu lagi. Kan aku dah cakap ko nih special sikit! Muhammad Zakwan bin Rasyid!" kataku.
Ya aku ada kawan lelaki di kampung juga. Dia nih lain sikit aku selesa dengan dia. Entah sebab apa maybe dia memahami aku?
"Okay-okay orang melawak je pun nak marah! And lagi satu ko cuba lah kahwin dengan dia...tak kenal maka tak cinta kan?" jawab Zakwan. "Lagi satu ko ingat tak waktu kita first time jumpa dulu? Punyalah susah aku nak berkawan dengan kau! Tapi last kawan gak kan sampai sekarang kan? Kalau dulu ko boleh tak kan sekarang ko tak boleh? Korang bercinta lah lepas kahwin. Amacam" bebelnya lagi. Aku mengeluh.
Tibanya di rumah aku terus menunaikan solat zohor. Nak atau tak nak aku kena kahwin dengan dia juga bulan depan.
"Okay fine kakak akan kahwin dengan dia bulan depan." muka bengang ingin marah tapi tiada gunanya. Terus tersenyum lebar kedua-dua orang tuaku terutama sekali ayahku. Kalau boleh senyum...sampai ke kepala bukan telinga dah ni.
"Dia anak Muttakim Shah kawan ayah dulu Mia pernah jumpa dengan dia." cakap ayahku. "Apa nama anak dia?" dengan tak rela aku menanyakan soalan itu. "Rahsia. Nanti kahwin kakak tau lah." jawab ayahku.
Selepas seminggu berada di kampung aku pulang ke rumah sewa dengan muka yang kesal dan tak rela. "Weh ko pahal nih?! Pelik pum aku tengok tak happy pun sebelum nih terkinja-kinja macam kera." tanya Hazwani. "Mak dengan ayah aku paksa kahwin dengan orang yang aku tak kenal bulan depan!"
"Uish serius ah dah nak jadi bini orang dah kawan aku ni!" kata Syhirah. "Entahnya lagi cepat dia kahwin daripada kita." perli Syasya. "Aku tak nak doh kahwin dengan dia. Kalau aku lari boleh tak?" jawabku. "Kau cuba lah kahwin mana tau dia jodoh kau. Orang baik- baik. Dah jangan ingat lagi kisah lama kau." pujuk Hazwani. Aku mengeluh kecil.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
RomanceKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...