Patut ke?
Aku mengambil cuti hari ni. Dah orang nak ganti aku pun apa lagi. Ini lah peluang aku nak pujuk Irsyad. Walaupun kata-katanya dua hari lepas membuatku marah, tapi hari ni aku merendahkan egoku. Kan tak baik bergaduh lama-lama. Haih susah betul lah nak pujuk 'mamat kerek' ni.
Aku masak sambal ayam. Salah satu makanan kegemaran Irsyad juga. Aku membawa sambal ayam itu ke 'ISS Enterprise' iaitu office Irsyad. First time aku jejakkan kaki ke sini. Dulu Irsyad nak bawak aku tapi aku busy.
Aku masuk ke tingkat 25 iaitu office Irsyad. Terbuka sahaja pintu lift itu. Seorang wanita cantik dalam lingkungan 30-an menjemputku. "Eh! Puan Mia?!" mukanya terkejut.
"Kita kenal ke?" mukaku keliru. "Hehe sorry saya lupa. Nama saya Nuriani. Saya PA kepada Tuan Irsyad. Saya kenal Puan Mia sebab Tuan Irsyad selalu bercerita tentang Puan Mia. Siap tunjuk gambar kahwin lagi!" katanya teruja.
"Ouh...awak panggil saya Mia je. Tak payah berpuan-puan. Haha." gelakku malu. "Baik Pu- sorry...baik Mia. Kalau nak jumpa Tuan Irsyad office dia dekat situ. Tunjuknya ke arah pintu kayu yang besar itu.
Aku mengetuk pintu. "Come in!" kata Irsyad. Lalu aku membuka pintu itu. Muka Irsyad dingin macam tau je aku nak datang office dia. Dia hanya menyambung kerjanya itu.
Aku duduk di atas sofa hitam dan meletakkan makan itu dia atas meja. "Kau nak apa?" tanya Irsyad selepas duduk di sebelahku. "Saya ada buat sambal ayam. Awak makan la. Mesti awak lapar tak makan lagi daripada tadi." kataku.
Dia membuka bekas tupperware itu. Irsyad menelan air liurnya apabila sambal ayam kelihatan. Selepas membaca doa makan terus dia melahap masakanku itu macam dengan dah tak makan setahun dah aku tengok.
Aku balik ke rumah kerana dihalau oleh Irsyad. Dah lah melahap terima kasih pun takde main halau bini dia camtu je.
Aku menonton movie berseorangan. Dan pergi ke gym yang sudah tersedia di rumah kami. Tiba-tiba rasa nak bersenam selalunya busy. Bila dah ada masa ni aku gunakan dengan cermat sambil menunggu suamiku pulang dari kerja.
Selepas bersenam, aku menunggu peluhku berhenti lalu terjun ke dalam kolam. Aku menyelam dengan agak lama kerana termenung akan pergaduhan aku dan Irsyad. Dengan tak sedarkan diri, aku menyelam dan mataku mula tertutup dengan perlahan.
"Aira?!" kata seseorang tapi samar-samar. Dapatku rasakan air kolam bergerak mungkin akibat orang yang terjun tadi. Setelah sekian lama, aku menutup mataku.
Aku terasa dadaku ditekan dan bibirku terasa ditindih sesuatu yang lembut. Apabila aku membuka mata, aku melihat wajah suamiku yang cemas menghembus nafas lega dan berubah menjadi dingin. Dia memelukku erat mungkin risau aku lenyap dari sini. Irsyad tersentak atas perbuatannya dan melepaskan aku dari pelukannya dengan agak kasar.
"A-awak..." kataku lesu. "Dah kau pergi tidur! Nak mati awal ke tadi huh?!" marahnya. Dia mengangkatku secara 'bridal style' ke bilik dan meletakkan aku di atas katil.
Sebelum aku tidur aku menunaikan solat maghrib. Aku tidur sebentar lalu terbangun untuk solat isyak. Selepas solat, aku teringat akan plan memujuk hati suamiku itu.
Aku berpikir sebentar. "Nak ke tak nak? Tak nak ke nak?" tanyaku pada diri sendiri. "Ish tak kan nak goda dia kot?! Takut aku! Tapi Am cakap tu cara paling berhasil..." bisikku. "Ahh lantak lah try an error!" kataku.
Aku memakai baju kemeja Irsyad yang labuh hampir ke paras lututku disebabkan aku tiada baju yang agak seksi. Aku hanya memakai kemeja itu dan seluar pendekku.
Aku membuka pintu bilik Irsyad. Dia sedang baring menghadap dinding. Entah apa yang difikirnya, aku pun tak tau. "Awak..." panggilku dengan sengaja aku lembutkan suaraku menggoda.
Dia mengalih ke arahku. Matanya terbeliak lalu dia menelan air liurnya apabila melihat keadaanku itu. Aku tersenyum nakal dan berjalan ke arahnya.
"Awak..." kataku. Tanganku mula bermain di dada bidangnya. Aku menolak dadanya lembut sehingga terbaring.
"Awak masih marah kat saya ke? Hmmm..." tanyaku suara mengoda. Dia hanya tersenyum nakal dan menolak tubuhku. Kini dia yang menindihku. Posisi kami bertukar dengan sekelip mata. Mataku membulat akan perbuatannya tadi.
"You flirt with the wrong person, flora." katanya senyum sinis.
Aku hanya mampu menelan air liurku. Dia mula mencium mulutku dengan agak kasar. Aku hanya terkaku di situ. Tangannya mula membuka butang bajuku dengan kasar lalu mencium leherku.
"Awak...I-i don't think I can do this." kataku kesal. Dia memberhentikan dirinya.
"Hey flora...It's me sayang." kata Irsyad lembut. "Just look at me..." katanya. Aku hanya menurut.
Aku terbangun daripada tidur. Irsyad sedang memerhatikanku dengan senyuman yang manis.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?" tanyaku.
"Saja nak pandang bidadari syurga abang ni." katanya. Merah pipiku.
Dia mengucup dahiku lembut. "Aira turun tau abang dah buat sarapan." katanya.
Aku memberi Irsyad kad jemputan kahwin Am sebelum dia beredar dari bilik. "Ni awak...kad kahwin Am. Lelaki yang duduk sebelah saya haritu. Dia jemput awak sekali." kataku.
Muka Irsyad serba salah kerana kesal atas perbuatannya. "Abang minta maaf...abang tak percaya kat sayang." rahangnya diketap.
Aku hanya senyum dan memeluk suamiku.
Irsyad POV (kolam)
Aku baru pulang dari kerja. Aku masih marahkan isteriku. Walaupun aku menyesal melalukan perkara yang tak sepatutnya, aku masih tak dapat terima hakikat yang Aira dengan laki lain!
Aku membuka pintu rumah dan masuk. Aku mencari Aira di merata tempat aneh kerana dia tiada di bilik seperti biasa. Aku mula tak sedap hati.
Aku membuka pintu sliding door halaman belakang, dan ternampak isteriku tak sedarkan diri semasa menyelam.
"Aira?!" aku terus terjun apabila tiada sahutan isteriku itu. Aku mengangkatnya 'bridal style' dan meletaknya di tepi kolam. Aku mula melakukan CPR. Dan mengucup bibirnya untuk 'mouth to mouth' prosedur.
Allahamdullillah dia mula sadar dari pengsannya. Jantungku luruh apabila melihat keadaannya tadi.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
RomanceKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...