Kebahagiaan Itu 10

253 5 0
                                    

Graduasi

"Yeah! Dah grad!" jerit kami sambil membaling topi graduasi.

"Weh korang jangan lupa aku tau. Bila dah jadi doktor bedah nanti!" kataku.

"Of course! Mana boleh lupa kawan kami yang macam budak kecik nih." kata mereka lalu ketawa.

"Sya, tu tunang kau dah sampai. Sweet lah dengan bunga mawar lagi!" kata Hazwani.

"Okay cau dulu!" kata Syasya.

"Hmmm Syahirah tu boyfriend kau dah sampai." kata Hazwani lagi. Menyampah. Rasa single lah tu. Haha.

"Weh-weh pahal dia melutut weh Wani tengok tu!" kataku. Amsyar boyfriend kepada Syahirah melamar Syahirah dengan romantiknya. Arghh sweet. Of course Irah cakap 'yes' kalau tak menangis boyfriend dia.

"Weh Irah pun dah bertunang. Aku sorang je belum!" kata Hazwani kesal. "By the way congrats!" kataku dan Hazwani.

Aku sedang bergambar dengan kawan-kawanku dan keluarga. Irsyad? Dia tak dapat datang dia cakap busy. Sekarang aku tengah merajuk dengan dia. Tiba-tiba semua orang memandang ke arah yang sama. Keliru aku dibuatnya. Rupa-rupanya ada seorang lelaki berbadan tegap dan kacak sedang berjalan ke arahku. Siapa lagi kalau bukan Irsyad.

Aku dengar ada beberapa orang berbisik menginginkan nombor suamiku. "Eleh laki aku kot banyak cantik!" bisikku. Hazwani yang terdengar bisikanku tergelak.

"Flora sayang! Nah bunga! Awakkan suka bunga rose!" senyumnya macam budak-budak. "Tak nak!" kataku. "Alah jangan la merajuk. Hehe. Surprise. Abang saja tipu nak buat kejutan untuk sayang!" katanya. Aku mengambil bunga itu dan memegang tangan Irsyad dengan erat. Terkejut laki aku. Ye la tiba-tiba aku pegang tangan dia dulu. Terbeliak mata Irsyad lalu dia senyum manis. Kedengaran orang mengeluh. Sapa suruh suka laki orang padan muka.

Hazwani dan kawanku yang lain terkejut melihatku kerana perbuatanku itu. Ye la aku kan anti lelaki. Pastu tiba-tiba manja dan cemburu.

"Weh bapak ah! Mia macam ni?!" terkejut Hazwani, Syasya dan Syahirah. Keluarga Mia pun turut terkejut lalu tersenyum kerana Mia dah mula berubah. Irsyad hanya tersenyum bangga. Selepas itu, kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Kami masuk ke dalam kereta untuk berangkat balik ke rumah. "Ehem Aira cemburu ke tadi?" tanya Irsyad sambil mengangkat kedua belah keningnya. "Mana ada!" kataku. "Ouh okay." usik Irsyad lalu ketawa. Sampai saja di rumah aku terus mandi dan membaca buku novelku. Irsyad entah ke mana. Tadi lepas mandi terus hilang macam hantu.

"Flora sayang!" jerit Irsyad. Aku yang sedang membaca buku terkejut hampir saja aku membaling buku itu ke lantai. Bergegas aku ke bawah.

"Haaa sampai pun. Come here." panggil Irsyad. Dia menarik kerusi dan menyuruhku duduk. Ala-ala gentleman gituw. Dia meletakkan makanan yang dimasaknya di hadapanku.

"Hehe dah siap candle light dinner yang tak seberapa abang ni!" senyumnya. Aku hanya senyum dan mula makan steak yang dimasaknya sendiri.

"Aira...kenapa sayang gigil bila abang nak pegang sayang?" tanya Irsyad lembut. Walaupun perasaan sedihnya ditahan tapi aku dapat merasakannya.

Disebabkan perkataan dari mulutku tidak bisa dikeluarkan, Irsyad berdiri dan berjalan ke arahku. Dia memelukku lalu mencium dahiku.

"Takpe abang faham...kalau Aira dah ready cerita kat abang okay?" cakapnya. Aku hanya mengangguk.

Kami pergi menonton movie di ruang tamu. Cerita 'The Nun'. "Weh! Mak kau!" jerit Irsyad apabila ada scene jumpscare. Aku ingat dia nih berani rupanya lagi penakut daripada aku. Haih. Kali pertama dia menjerit nasib tak terpelanting popcorn aku.

"Sayang jom tidur takut lah." katanya. "Haih tadi awak yang nak tengok. Ok lah fine. Macam budak kecik!" kataku sambil menggeleng kepala.

Aku baring menghadapnya manakala dia membelakangi aku. Irsyad memusingkan badannya menghadapku. Matanya terbeliak dan dapatku rasakan jantungnya berdegup kencang. Dia mengontrol maco dan kembali senyum.

Muka kami sangat rapat dan membuat jantungku berdebar. "Flora, abang nak peluk sayang boleh?" tanyanya. Aku mengangguk perlahan. Lalu dia memelukku dengan erat.

"If you want to cry, just hug me and cry as loud as you want cause I'll be there for you, flora sayang." bisiknya.

Selepas ayat itu keluar dari mulutnya, aku terasa sebak dan entah kenapa air mataku mengalir macam air terjun. "Hey, a-are you okay, flora? Kenapa tiba-tiba nangis ni sayang?" katanya lembut mungkin terkejut aku tiba-tiba menangis.

Dia memelukku lebih erat dan mengucup dahiku lembut. Dia melepaskan pelukannya apabila aku sudah berhenti menangis dan memegang pipiku lalu diusap lembut. "Aira jangan nangis sebab lelaki tau and don't blame yourself for the thing that you didn't ask to be happen okay sayang?" kata Irsyad. Aku mengangguk dan memeluknya erat.

Kebahagiaan Itu (C)Where stories live. Discover now