Matahari sudah lama terbenam...hanya cahaya bulan dan bintang sahaja yang menerangi langit yang gelap itu. Mia yang sibuk window shopping dan menghabiskan masa di mall itu langsung tidak perasan akan keadaan di luar itu."Ya Allah...dah lewat! Dah la aku parking kereta jauh!" aku gelabah. Laju aku mengambil langkah beransur pulang.
'Aduh gelapnya...' kata hatiku. Jalan yang dia gunakan untuk pergi ke keretanya amat gelap. Hanya diterangi lampu yang hampir punah sahaja.
Mia mula melangkah lebih cepat apabila dia rasa diikuti oleh seseorang.
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak perkara pelik yang terjadi padanya.
6 bulan yang lepas...
Mia duduk di tempat biasanya di izz Café. Dia sedang khusyuk membuat kerjanya. Dia sedang mencari maklumat yang lebih details tentang penyakit yang perlu dia rawat nanti.
Dia menghirup coffee latte lalu beransur pergi ke tandas untuk membuang air kecil.
Balik sahaja dari tandas dia duduk semula di tempatnya. Niat ingin menyambung kerjanya terbantut apabila dia perasan yang laptop yang tadi dibiar terbuka sudah ditutup dan terlipat.
Perlahan-lahan dia membuka laptop itu kembali. Dia mula keliru apabila ada envelope terletak elok di atas laptopnya.
Dia membuka envelope tersebut. Alangkah terkejutnya dia terjumpa kepingan-kepingan gambar. Gambar dirinya sendiri. Tangannya mula menggigil. Dia terkedu.
Ada seseorang yang memerhatinya dari jauh. Sejak hari dia berkahwin dengan Irsyad.
Stalker!
Malam itu, dia menggigil sambil menceritakan perkara itu kepada Irsyad.
"It's okay sayang...abang akan jaga sayang." kata Irsyad lembut lalu memeluknya.
Malam itu juga dia mimpi kisah silamnya...tentang traumanya...
Irsyad dengan sabarnya melayan Mia yang ketakutan itu. Dia sentiasa berada di sisi isterinya.
Teringat akan moment itu, Mia mula sebak.
Namun, keadaannya sekarang mula membuat dia berada dalam ketakutan. Dia buntu. Apabila kedengaran tapak kasut yang semakin mendekat itu. Mia cuba mempercepat langkahnya walaupun sedang sarat mengandung.
Dia bersembunyi di sebalik tembok. Dia menghelakan nafas lega apabila tapak kasut itu sudah tidak kedengaran.
Mia terus menelefon suaminya. Dia tidak terlalu bodoh untuk mempercayai keadaan sekarang.
Malangnya, Irsyad langsung tidak mengangkat telefon bimbitnya. Dia mesej suaminya.
'Awak tolong...saya takut...'
-flora<3'Ada orang ikut saya!'
-flora<3'Ni (location) saya...tolong saya, please...saya takut!'
-flora<3'Awak! Please jawab...saya takut...saya merayu, please jawab.'
-flora<3Mia mula cuak apabila Irsyad langsung tidak membalas panggilan dan mesejnya. Dia menelefon kawan-kawannya melalui group WhatsApp mereka selepas dia menghantar locationnya di dalam group tersebut. Walaupun seluruh badannya menggigil teruk.
"Oit ko pahal call kitorang?!" Hazwani.
"Ntahnya malam-malam nih.." Syahirah.
"Itu la tu nasib aku tak tido lagi." Syasya
"Weh...t-tolong aku! Aku dah bagi location aku kat dalam group...ada org ikut aku...aku takut! Aku call dan mesej Irsyad dia tak jawab! Tolong weh...a-aku takut..." air mata yang ditahan luruh juga. Mereka yang mendengar tersentak.
"Weh kau okay tak?" Syahirah.
"Jap kitorang datang!" Syasya.
"Lari kalau dia nampak kau...for now kau sembunyi keh?" Hazwani.
Kedengaran tapak kasut itu. Mia terus menyembunyikan telefonnya ke dalam poket bajunya lalu dizip. Tiba-tiba ada satu bayangan hitam diam hadapannya. Setelah itu, terus gelap dunianya. Matanya tidak dapat dibuka lagi.
Manakala Hazwani, Syahirah dan Syasya gelisah apabila tempat yang mereka pergi tadi sudah kosong...tiada sesiapa pun hanya kereta Mia sahaja yang ada...mereka menghubungi Irsyad tetapi tidak dijawab. Mereka terpaksa menelefon abang dan adik Mia.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
RomanceKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...