"Flora!" jerit Irsyad dari dalam bilik.
"What?! Why? What happen?!" tanyaku."Takde lah saja je. Meh tido, sayang." kata Irsyad. Aku jeling ke arahnya.
"Tak.nak." kataku. "Aipp berdosa tak dengar cakap suami sendiri..." katanya mengusik. Sejak bila perangai dia jadi camni aku pun tak tau dulu bapak sombong!
"Okay fine!" aku baring di sebelahnya selepas menutup lampu.
Tiba-tiba tanganku dipegang oleh Irsyad. Aku cuba memberontak tapi cengkamannya makin kuat.
"Kau jangan gerak kalau tak aku cium kau. Nak ke?" katanya. Terus aku berhenti. Mamat kerek nih bukannya boleh percaya. Dah la tak betul takut aku.
"Meh la sini dekat dengan aku, Aira..." katanya merayu. "Tak Nak!" jawabku.
Dia menarikku supaya menghadapnya. Macam biasa dia hanya memakai seluar tanpa baju. Lalu dia menarik pinggangku dengan kuat mendekatinya dengan muka yang dingin. Muka kami sangat rapat dan aku dapat menghidu nafasnya yang berbau mint.
"Awak please lepaskan saya..." cakapku merayu. "Kau ni bosan lah! Aku nak peluk pun tak boleh! Sikit-sikit menggigil!" marahnya lalu turun dari katil.
"Sorry...alah lagipun saya kahwin paksa kot dengan awak yang awak nak melenting pahal?! Saya dah agak awak tak baik mana pun! Tiba-tiba kahwin jadi baik padahal kahwin paksa! Mentang-mentang lah saya isteri awak suka hati je nak pegang!!" tengking Mia.
"Kau nih kan!" dengan tak sengaja tangan Irsyad diangkat.
Mia yang sedang marah terkejut. Dia takut dan mula menggigil dan sesak nafas. Air matanya yang ditahan mula luruh. Irsyad yang perasan akan keadaannya dan reaksi Mia terus meletakkan tangannya kembali.
"Aira...sorry. A-abang tak sengaja." katanya menyesal. Dia cuba mendekati Mia dan memegang tangan Mia tetapi Mia mengelak dan berundur.
"Saya ingat awak lain tapi awak sama je macam dia!" kataku. Anak mataku bergetar tidak percaya dalam ketakutan.
"Aira-" baru saja Irsyad membuka mulutnya. Mia sudah pergi meninggalkannya tapi Irsyad tahu yang Mia hanya lari tidur di bilik lain.
Keesokkannya, aku memasak sarapan untuk Irsyad. Walaupun masih marah dan kecewa dia tetap suamiku. Dapat kudengari tapak kakinya. Dia duduk di meja makan dengan muka yang serba salah...rambutnya kusut dan bawah matanya hitam menandakan dia tak tidur semalam. Aku menghiraukannya dan menghidang sarapan untuk Irsyad.
"Aira...teman abang makan. Boleh?" kata Irsyad. Aku hanya berdiam diri dengan muka yang dingin.
"Flora sayang...abang minta maaf. Abang tak sengaja." katanya dengan nada yang lembut. Irsyad menundukkan kepalanya. Aku hanya pergi meninggalkannya. Aku membawa keretaku ke universiti.
"Uish pengantin baru dah sampai!" kata Hazwani.
"Kau ni kan kalau tak mengusik memang tak sah eh?!" kataku.
"Tapikan kenapa kau monyok je erk. Baru hari ke-lima kau kahwin." tanya Syasya.
"Kau gaduh dengan dia an?" kata Syahirah. "Mana ada lah. Yang kuban-kuban je korang nih! Jom gi kelas." kataku. Macam tau-tau je.
"Weh aku tak sabar nak graduate." kata Syasya. "Itu lah tu aku pun tak sabar!" kata Hazwani.
"Masa grad nanti mesti suami kau datang kan Mia?" tanya Syahirah.
"Tak kot busy..." kataku. "Ish tak kan lah tak. Boyfriend aku pun datang! Tunang si Syasya tu pun datang! Maybe dia nak buat surprise kat kau." Syahirah senyum nakal.
"Ish dah lah lecturer dah masuk dah ni!" kataku.
"Aku balik dulu lah" kataku. "Okay." kata mereka.
Seusai sampai ke rumah aku membuka peti ais. Mataku terbeliak melihat ada banyak ais krim corneto perisa vanila. Aku tersenyum lebar hilang penat lelah dan marah tadi. Aku membukanya dan makan di sofa sambil menonton TV.
Selepas habis makan aku menutup TV dan berjalan ke tangga. Ada satu kertas yang ditulis 'go to our room'. Aku hanya ikutkan sahaja walaupun aku tahu ini angkara si Irsyad.
Aku buka saja pintu bilik. Aku terkejut ada banyak lilin dan bunga rose yang disusun berbentuk love. Irsyad sedang berdiri dengan sekuntum bunga rose di dalam love itu.
"Awak buat apa nih?" tanyaku. Dia mengayun tangannya memanggilku mendekatinya sambil tersenyum manis. Aku hanya mengikut arahannya. Dia memberikan sekuntum bunga rose itu kepadaku.
"Aira, abang minta maaf...abang tak sengaja. Sepatutnya abang memahami sayang tapi abang naik tangan." dia menundukkan kepalanya menyesal. Aku teragak-agak untuk mengelus lembut rambutnya yang wangi itu.
"Takpa saya tak marah dah pun...saya pun minta maaf." jawabku sambil tersenyum manis. Irsyad memelukku dengan erat. "Awak...let me go ple-" belum sempat aku menghabiskan ayatku. Irsyad terlebih dahulu mengucup bibirku. Mataku membulat terkejut dan terus menolaknya.
"Awak- kenapa awak buat macam tu!" terus aku memegang bibirku. "I- cause you said i can't hug you and there's an ice cream on your lips so i wipe it with my mouth? Hehe" katanya.
"I didn't meant it like that! Don't do it again please...give me some time." kataku. "Okay but can i at least hug you right now. Kejap je." kata Irsyad sambil buat mata kucing merayu dia tu.
"Okay fine...kej-" dia terus lompat dan memelukku dengan erat. Terukir senyuman manis yang menampakkan lesung pipit Irsyad. Haih macam budak kecik. Bisik hatiku.
Irsyad POV (lepas bergaduh)
"Ya allah apa aku dah buat ni..." Irsyad menyesal dan memegang kepalanya dengan kedua belah tangan.
"Kenapa aku naik tangan dengan dia! Sepatutnya aku memahami dia...ayah pun dah cakap haritu yang dia ada trauma dengan lelaki!" Irsyad memarahi dirinya sambil menampar kepalanya sendiri.
"Tapi siapa lelaki tu. Ayah pun tak nak bagitahu apatah lagi Aira...apa yang kau sembunyikan daripada aku flora." katanya.
"Aku kena cari lelaki tu! And I'll do anything for Aira!" marahnya.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
RomanceKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...