Sem Akhir
Macam biasa Mia Humaira menjalani hidupnya di universiti dengan kawan baiknya Hazwani. Disebabkan ini adalah sem akhir jadual mereka tidak terlalu padat.
Mia, aku ada kat cafe
-HazwaniOkay aku dah nak sampai
Aku pun berlalu pergi ke cafe kesukaan kami yang bernama Izz Cafe'. Setelah sahaja sampai, mataku mencari tempat yang diduduki Hazwani.
"Weh, Mia" dia melambai tangannya untuk menandakan dia berada di meja hujung cafe. Aku berjalan ke arah Hazwani dan duduk di kerusi hadapannya. "Sorry aku lambat jalan jem tadi" .
"Takpe aku dah biasa tunggu kau, kau tak ingat ke dulu aku pernah tunggu kau satu jam dengan beralasan jalan jem?!" sindir Hazwani. "Aduh, sorry lah weh aku janji lepas nih aq tak kan lambat dah!" lantas tanganku diangkat untuk membuktikan aku sudah berjanji denganya.
"Aku lawak aje lah kau ingat aku jahat sangat ke" Hazwani gelak.
Aku pun tersenyum malu.
"By the way, kelas kita ditangguhkan sebab Dr. Ain tak dapat hadir"
"So, jomlah teman aku shopping and tengok wayang" kata Hazwani lagi. "Alah bukan aku tak nak tapi aku busy" kataku. 'Busy' yang dikatakan aku tu bermaksud busy nak tido hehe.
"Eh, kau tak payah nak tipu aku. Kau ingat aku tak tau 'busy' kau tu maksudnya kau nak tido kat rumah sewa kau?!"
Aduh kantoi lah pulak...macam mana minah ni tau rahsia aku ni, nak kelentong pun aku tak boleh lah dengan dia ni macam spy pulak aku tengok dia ni.
"Alah aku penatlah nak keluar. Lagipun projek kelas Dr. Syahir pun aku tak siap lagi" kataku saja nak mengelak dengan alasan palsu. "Kau tak payah nak kelentong aku lagi eh...kau lupa ke kita ambil jurusan dan kelas yang sama?!" pakk ditamparnya aku dengan tangannya itu. "Aduh" gelakku selepas mengerang kesakitan.
Betul juga eh kitorang ambil jurusan dan kelas yang sama. Padan muka kau Mia. Lain kali pikir dulu sebelum buat alasan kan dah dapat sakit.
"Please la, Mia. Teman aku please nanti aku belanja kau ais krim Corneto vanilla favourite kau tu" merayu Hazwani.
Selepas mendengar ayat itu terus aku mengangguk kepalaku dengan laju. Pantang dengar ais krim Corneto terus aku bersetuju.
"Weh cepatlah aku dah tak sabar ni and stop playing your phone, Mia!"
"Okay kejap lagi aku tutup" kataku.
Baru saja aku nak simpan phone, aku terlanggar seorang yang bertubuh tinggi dan tegap sampai terjatuh phone mahalku. "Allah huakhbar! Sorry, saya tak perasan...sorry sangat-sangat" lantas aku bercangkung untuk mengambil phoneku yang terjatuh. Aku mengangkat kepalaku untuk melihat siapa gerangan yang telahku langgar...wajahnya sangat kacak dan dingin dengan berbaju suit berwarna hitam dan berkemeja putih di dalamnya. Rambut 40 chic two blocknya itu menonjolkan dirinya lagi."Haish, lain kali mata tu tengok depan! Ini tak, mata melekat phone kau tu!" marah lelaki itu.
Wah ini tak boleh jadi ni. Aku cakap elok-elok dia boleh kurang ajar. Pantang aku bila bertemu lelaki yang kurang ajar dengan aku. Kau tengok lah, ini Mia Humaira kot. Lepas ni, kau akan tahu langit tu tinggi atau rendah.
"Eh, manusia! Awak ingat awak tu siapa huh?! Saya cakap elok-elok kot. Awak tu siapa nak tinggi suara dengan saya?!" balasku. Sebab ini lah aku anti lelaki. Disebabkan kaum yang macam dia ni lah!
"Aku-" belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya. Hazwani memanggilku supaya cepat kerana tak sabar. Aku pun berlalu pergi ke arah Hazwani. Sempat aku menjeling ke arah lelaki tegap itu.
"Weh, Mia!" jerit Hazwani secara tiba-tiba.
"What?!" terkejut aku dibuatnya. Nasib aku sempat selamatkan ais krim berhargaku itu. Kalau tak aku kejar Hazwani ni keliling mall. "Kau nih dah kenapa tiba-tiba jerit!" kataku marah.
"Kau la kenapa. Asyik termenung ja mati laki ke?" gelak Hazwani. "Ohh best ya kenakan aku nasib kau best friend sehidup semati aku kalau tak dah lama aku langgar kau dengan kereta mainan yang budak tadi main." kataku. Hazwani yang tadi baru habis gelakkan aku menyambung gelaknya dengan lebih kuat.
"Ish dah-dah la gelak tu tersedak ais krim tu baru kau tahu"
"Bukan apa, tadi aku terlanggar sorang mamat nih. Aku minta maaf elok-elok kut tapi dia marahkan aku. Apalagi, aku pun marah la dia balik tak sempat dia nak jawab kau panggil aku" membebelku pada Hazwani. "Tapi...mamat tu hensem tak kalau hensem boleh bagi aku hehe" keluar dah versi miang si Hazwani nih.
"Hensem tak ada lah hensem sangat bolehlah. Tapi kalau muka helok hati tak elok baik tak payah" kataku menyampah. Sambil julingkan mata ke atas.
"Kau jangan benci-benci sangat entah-entah dia jodoh kau"
"Baik kau diam. Tau tak bila kau cakap macam tu aku rasa nak muntah?!" kataku. Gelak si Hazwani macam puntianak aku tengok dia mengilai.
Kami berehat di kedai makan mee tarik yang berada di dalam mall tersebut untuk mengisi perut yang kosong setelah bershopping. Aku membuka phoneku untuk melihat siapa yang memesejku.
Sayang tengah buat apa?
-Tisya"Sayang?!" kataku. Aku tertukar phone mamat tadi tu ke? Aduh, dah la nak cari susah. Hazwani datang dengan makanan yang telah dioder. "Kau ni kenapa monyok je aku tengok" kata Hazwani. "Weh pinjam phone kau aku nak call phone aku-" aku belum habis bercakap dia dah menyampuk. "Yang dekat tangan kau tu apa benda. Tak kan dah nyanyuk kot" bebel Hazwani. "Sabar la aku tak habis cakap lagi. Aku tertukar phone dengan mamat tadi tu haih." kataku lagi.
"Makan lah dulu nanti kita call."
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
Storie d'amoreKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...