Kebahagian Itu 30

226 7 0
                                    

Day 3

Sudah tiga hari dia mencuba...tapi tetap gagal...dia mula putus harapan.

"Awak rest okay? Bubur ni saya letak kat sini..." kata Irsyad sayu. Wajahnya cengkung seperti orang yang tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi...

Bibirnya yang hampir mengucup dahi isterinya seperti hari sebelum ini dijauhkan. Tangan yang sedang memegang pipi kanan isterinya itu turut diturunkan apabila dia tersedar yang dia tidak lagi layak untuk melayan isterinya begitu.

Mia agak tersentak atas perbuatan suaminya itu yang tidak jadi untuk membelai dirinya...jauh di sudut hatinya...dia rindu akan belaian suaminya. Dia rindu sikap manja yang ada pada diri suaminya. Dia perasan akan perubahan pada diri suaminya.

Irsyad sudah mula menjauhkan dirinya. Irsyad takut untuk menyentuh dirinya. Irsyad jijikkah dengan dirinya?

Dia cuba untuk membenci suaminya tetapi rasa cinta pada suaminya lebih membuak-buak dalam diri.

--

Hari ke-5, hanya lagi 2 hari...jika dia gagal lagi dan lagi dia akan melepaskan isterinya...

"Awak meh saya tolong awak tukarkan balutan dekat bahu awak..." Irsyad senyum nipis. Sebenarnya, sudah lama Irsyad tidak makan dan mendapat tidur yang cukup...dia sentiasa menjaga isterinya jika isterinya meracau.

Mia hanya mengangguk. "Izinkan saya untuk buka baju awak?" Irsyad masih takut untuk menyentuh isterinya.

Mia mengangguk. Irsyad membersihkan luka pada bahu Mia sambil memandang perut isterinya yang semakin membesar. Dah nak masuk 6 bulan...

Mia sedar akan perbuatan Irsyad. Sayu dia memandang. "Kau jijik nak pegang aku ker? Sebab kau tahu yang kau bukan orang pertama yang sentuh aku?" kata Mia sinis.

Irsyad yang sedang membalut luka di bahu Mia itu tersentak dengan kata-kata isterinya..."S-saya nak sentuh awak...tpi saya tahu saya tak layak untuk sentuh awak lepas apa yang saya dah buat...saya tak pernah terfikir sampai macam tu sekalipun...bagi saya awak adalah wanita paling suci di dunia ini.." kata Irsyad.

"Kau jangan nak menipu lagi...aku tau yang ka-" percakapan Mia disampuk oleh Irsyad.

"Saya yang jijik...saya yang dayus...saya jijik dengan diri saya sendiri...saya tak layak untuk sentuh awak.." Irsyad menatap mata Mia hanya untuk beberapa saat sambil menguntumkan senyuman kelat di bibir pucatnya.

Dia menyiapkan balutan itu. Dia menutup tubuh Mia yang terdedah itu kembali. Sebaik sahaja dia mahu beransur pergi...Mia menarik tangannya untuk menyentuh perut yang membulat itu.

Mata Irsyad terbeliak. Dia duduk di tempat yang sama tadi. "Hey...anak ab- Anak umi ni buat apa? Jaga umi nanti kalau saya dah tak dak tau?" kata Irsyad tiada lagi perkataan abi dan hazelnutnya itu. Mia secara tidak langsung menangis teresak-esak...

"I'm sorry, Mia...saya tak layak untuk-" katanya terbantut apabila isterinya mengusap pipinya. Dahi mereka disandarkan bersama. Irsyad teragak-agak untuk mengelap air mata isterinya itu. Namun, dia gagahkan juga untuk mengusap air mata yang ada di pipi isterinya menggunakan ibu jarinya apabila Mia mengangguk memberi izin kepadanya.

"It's all my fault...I'm sorry...Awak menderita semua salah saya...saya punca awak kena culik dengan Ad-...Dengan jantan tu...saya dah sakitkan awak dari awal sehingga sekarang...I'm sorry..." air mata Irsyad mula mengalir dengan deras.

Mia yang mendengar kata-kata maaf dari suaminya itu menggelengkan kepalanya berkali-kali...

"Jaga diri awak kalau satu hari nanti saya dah tak ada di sisi awak...jika satu hari nanti saya terpaksa untuk lepaskan awak dan tinggalkan awak demi kebahagian awak. Awak janji dengan saya yang awak kena cari kebahagian itu...kebahagian yang awak layak dapat sejak awal lagi...mungkin bukan dengan saya..." kata Irsyad.

Kata-kata Irsyad itu menusuk hati Mia...dia tak nak kehilangan seseorang yang dia sayang dan cinta. Dia menggeleng kepalanya lalu membenamkan mukanya di leher suaminya. Ayat itu seperti ayat yang menandakan bahawa suaminya akan meninggalkannya...

Kebahagiaan Itu (C)Where stories live. Discover now