A Chance?
Bangun sahaja daripada tidur... melihat badanku ditutupi dengan selimut manakala Irsyad memelukku erat.
"Flora? My wife..." Irsyad tersenyum lebar.
"Hey hazelnut...good morning."kata Irsyad ceria sambil mengusap perut yang sudah mula membentuk.
Aku hanya tersenyum nipis melihat kelakuan suamiku...
--
Alu sedang membuat sarapan...hanya telur cincang dan roti bakar...terleka menggoreng telur sehinggalah ada tangan yang memaut pinggang rampingku.
Irsyad meletakkan dagunya di atas bahu kananku. "Sayanggggggg.."Irsyad merengek.
"Hmmm...why syad?" balasku lembut. Mataku membuntang apabila pipiku ditindih sesuatu yang lembut.
"You're cute, flora..and I'm sorry for what I've done before..." Kata Irsyad. Sayu.
"For everything.." sambungnya.
"Abang faham yang sayang masih terluka...sayang masih tak boleh terima abang sepenuhnya... I'm sorry and take as much time as you want, love..." Katanya lembut.
Irsyad memusing badanku menghadapnya. Dia mengucup lembut dahiku sambil mengusap perutku lembut.
--
"Oit! Mia!" jerit seseorang memanggilku.
Secara tidak langsung, aku mengalihkan diriku memandang gerangan itu. Terbuntang mataku...alangkah terkejutnya aku apabila bertemu dengan Zakwan kawan dari kampung halamanku.
"Weh! Zakwan dah lama tak jumpa kau!" Mia masih terkejut kerana tidak sangka yang dia akan bertemu Zakwan di izz Café.
Zakwan terus melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan Mia.
"Weh mak buyung?! Tak sangka doh kau yang 'anti lelaki' sebelum nih...dah nak jadi mak orang!" kata Zakwan.
"Sebelum ni aku jumpa kau, elok ja perut kau kempis...eh eh eh sekali jumpa balik dah ada isi...laju korang buat kerja? hehehe" sambung Zakwan lagi sambil senyum macam kerang busuk.
"Kau ni kan! Kot la nak tanya sihat ka tak?! Ni salam pun takde terus cakap benda pelik-pelik! Otak kuning doh kau!" balasku berang.
Zakwan berdekah tak ingat dunia. "Eleh kau! Rilek ah kata member? Nak melawak sikit jer pun." kata Zakwan sambil membuat muka trademark dia yang macam beruk tu.
Aku tertawa kecil apabila melihat perangai kawannya itu. Sudah lama mereka tidak bersua muka dan bergelak ketawa macam ni.
"Weh jom ah pergi mall...boleh ah kau belanja aku!" kata Mia sambil mengelipkan matanya berkali-kali. Zakwan mengeluh kecil tapi dia hanya menurut kehendak kawannya itu.
--
"Weh jom pergi main arcade dulu! Japgi kita makan...lepastu kau nak shopping aku belanja!" ajak Zakwan. Mia yang mendengar ayat itu terus bersinar mukanya. Excited!
"Woih rilek ah! Aku mengandung kot! Bagi la chance sikit!" Marah Mia. Mia mula marah apabila dia asyik kalah bermain tekken 7 dengan Zakwan.
"HAHAHAHA nasib ah! Kau yang tak reti main! Dasar newbie!" Zakwan gelak dan mengejek Mia.
Mia yang mula ingin menangis itu memandang dinding. Zakwan yang perasan tentang Mia yang ingin menangis mula cuak. Alamak mati den kono dengan laki dio!
"Weh! Rilek weh! Jangan nangis tak macho nanti!" Zakwan gelabah. Tau takut...Mia yang sedar Zakwan sudah cuak menghambur gelak tawanya. Tak jadi dia nak nangis. Sedut balik tangisannya yang hampir jatuh tadi. Zakwan yang nampak Mia gelak menghelakan nafas leganya.
Huish nasib...kalau tak dah lama arwah dah aku ni...kena balun dengan suami bocil nih!
Tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhati mereka dari awal. Dia mengetap giginya. Timbul urat-urat pada dahi dan lehernya. Perasaan marah membuak-buak membuatkan seluruh mukanya merah. Rasa dikhianati. Perasaan cemburu mengaburi hatinya.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
RomanceKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...