Kebahagian Itu 31

233 8 0
                                    

Last day

Ya Allah...sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang. Jika harini dia gagal lagi...buat kali terakhir...dia akan melepaskan isterinya.

"Awak okay tak?" tanya Irsyad riang...walaupun senyuman itu palsu dan rekaan semata-mata...walaupun hakikatnya dia takut dan tak sanggup untuk melepaskan isterinya.

Wajahnya yang pucat jelas tidak makan selama beberapa minggu hanya berlapitkan sekeping roti kering dan seteguk air sebagai sumber tenaganya. Walaupun berminggu begitu badannya masih tegap tiada banyak perubahan pada dirinya.

"Okay." jawab Mia begitulah seharian...dia tanya sepatah, Mia jawab sepatah...

Irsyad tekad untuk membuat hari terakhir mereka bersama sebagai hari yang terindah.

"I made your favourite breakfast!" nasi lemak yang dibuat dari hasil air tangan suaminya sendiri.

"Saya dah penuhkan rumah ni dengan makanan dan barangan yang awak suka!" kata Irsyad.

Mia duduk di kerusi menghadap suaminya...hatinya rasa tak sedap hari ni...dia rasa yang dia akan hilang seseorang yang dia sayang...

--

Selesai sahaja Mia menonton movie, dia mencari suaminya pada pukul 8 malam. Terdapat sekuntum bunga rose di atas meja makannya tadi bersama sehelai surat.

Pergi ke halaman belakang, please awak...saya nak tunjuk awak something!
-Syad

Tanpa melengahkan masa Mia terus berlalu pergi. Dia terkejut apabila semua ahli keluarga dan rakan-rakannya berada di situ. Mereka meluangkan masa bersama...bergelak-tawa tetapi wajah suaminya langsung tidak kelihatan.

Beransur ke pukul 12 pagi... Mia terlelap di bilik tetamu selepas solat isyak tadi. Keluarganya dan rakan-rakannya sudah balik pada pukul 9 tadi. Dia tidak larat untuk menaiki tangga dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

Dia menaiki juga tangga walaupun dia tidak larat untuk mencari suaminya. Sekali lagi dia terkejut kerana ruangan atas rumah mereka dipenuhi dengan lilin yang disusun seperti jalan menuju ke arah bilik tidur mereka.

Mia mengutip sekuntum bunga rose yang dilekatkan di muka pintu lalu menolak pintu bilik mereka. Terpampang wajah kacak suaminya yang berpakaian elegant. Bergaya dengan tuxedo hitam itu.

Dia berjalan ke arah suaminya yang sedang memegang sejambak bunga rose itu. Irsyad tersenyum lebar melihat isterinya yang cantik itu berjalan ke arahnya...walaupun masih tersisa kesedihan di anak matanya. 'eyes never lies'...

Dia memberi bunga rose itu kepada isterinya...buat kali terakhir dia dapat melayan dan meluangkan masa bersama isterinya...menatap wajah cantik isterinya...

"You look gorgeous, flora..." mata Irsyad langsung tidak mengelip walau sekali.

Air mata Mia mula membasahi pipinya. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu...

"I love you, Aira!" kata Irsyad. Tangannya masih teragak-agak untuk mengelap air mata isterinya.

Mia menarik tangan suaminya menandakan dia selesa dengan belaian suaminya.

Irsyad melutut sama tinggi dengan perut isterinya. Tangan Irsyad mengusap perut isterinya lalu mengucup lama. "Anak abi...jaga umi elok-elok tau, hazelnut?" air mata Irsyad yang ditahan akhirnya pecah juga. Irsyad berdiri tegak lalu merangkul pinggang ramping Mia. Dia mengusap pipi mulus isterinya.

"A-abang minta maaf, sayang...abang bukan yang terbaik untuk sayang. Abang tak layak untuk sayang." Dia senyum kelat. Air mata Mia mengalir lebih lebat dari sebelumnya.

Dahi mereka disandarkan bersama. "Don't cry for me, love. It's not worth it. Abang lelaki dayus...suami yang tak dapat pertahankan isteri abang sendiri." Ibu jari Irsyad masih ligat mengusap lembut pipi isterinya.

"I'm sorry...for everything...sayang lebih layak berbahagia tanpa abang. No more panggilan 'boy' daripada sayang lagi lepasni...i guess." bibir Irsyad menguntumkan senyuman kelat.

Susah untuknya melepaskan seorang yang dia cinta. Tapi dia sudah berjanji pada dirinya.

"Apa yang awak cak-" lagi sekali kata-kata Mia terbantut apabila Irsyad mengucup dahinya lama.

Mia menangis teresak-esak. Dia takut. Fisarat dia kuat mengatakan bahawa Irsyad akan melepaskannya. Irsyad memeluknya lama.

"Flora...dah tiba masanya. Abang kena tinggalkan sayang." kata Irsyad lembut.

"What do you mean?!" tanya Mia dia sudah takut. Bibirnya menggigil.

"You want me to let you go...am I right? Sayang nak abang c-ceraikan sayang kan? Abang cuba untuk memperbaiki rumah tangga kita...tapi abang dh terlambat. Sayang dah tawar hati...sayang dah tak cintakan abang. Am i right, love?" Suara Irsyad bergetar menahan sebak. Mia sudah teresak-esak menangis.

"Fi Hifzillah, Fi Amanillah". kata Irsyad lembut. 'Semoga engkau dalam perlindungan Allah SWT'.

Dada Mia terasa sempit. Sukar untuk bernafas tapi dia masih mengawalnya.

Irsyad mengucup dahi Mia lama lalu dileraikan. "Mia Humaira binti Syafiq Zuhairi...aku ce-" percakapan Irsyad terhenti apabila isterinya menyium bibirnya dengan kasar. Matanya terbuntang luas. Dia terpaku tidak membalas ciuman isterinya.

Mia menumbuk dada bidang Irsyad sambil menangis teresak-esak. "A-awak sanggup nak lepaskan saya! Awak ingat saya ni apa?! Awak tak terfikir tentang anak kita?!" marah Mia.

"S-sebab abang sayangkan, Aira...abang tak sanggup nak tengok isteri abang menderita sebab abang. Tak BAHAGIA sebab abang!" Tangan isterinya yang sedang menumbuk dadanya dipegang lembut.

"Sayang yang minta kat abang untuk lepaskan sayang..." air mata yang ditahannya tadi mengalir membasahi pipi.

"S-saya..." Mia terkedu...dia sendiri tak tahu nak cakap apa...dia hanya menunduk memandang lantai.

"I'm sorry for everything, love..." Irsyad menarik isterinya ke dalam pelukan hangatnya. Mereka saling menatap antara satu sama lain. Mia mula mendekatkan wajahnya dengan Irsyad. Bibir mereka bercantum. Semakin lama, ciuman mereka lebih mendalam dan agresif.

--

"Abang...jangan cederakan diri abang boleh tak?" Mia mengusap parut di tangan Irsyad...bekas Irsyad menumbuk dinding dahulu.

Irsyad memandang isterinya pelik. Macam mana Mia boleh tau?

"Sayang tahu yang abang tumbuk dinding dan tampar kepala abang bila abang stress...bila abang marah..." cecair jernih yang ditahan tadi...akhirnya tumpah juga. Mia tak suka suaminya menyakitkan diri sendiri.

"Hey...sayang. Abang minta maaf...abang janji tak akan buat dah, okeh?" Irsyad mengelap air mata Mia. Dia mengusap lembut pipi isterinya. Tubuh isterinya yang sedikit terdedah itu ditutupi dengan duvet.

Mereka berpelukan. Lama.

Kebahagiaan Itu (C)Where stories live. Discover now