Kandungan Mia sudah mencecah 9 bulan!Selesai sahaja Irsyad membaca Al-Quran sambil mengusap perut isterinya, dia mula membuka bicaranya...dahi isterinya dikucup lembut.
"Heyyy...anak abi! Buat apa tu, hazelnut? Bila awak nak keluar?! Abi dah tak sabar nih!" kata Irsyad. Teruja! Lagi tersisa 3 hari untuk sampai masa kelahiran anak lelakinya.
Mia mengukirkan senyuman manis melihat tingkah-laku suaminya. Dia menarik tangan suaminya ke arah perutnya. Irsyad teruja setiap kali dia dapat rasa tendangan anaknya. Walaupun ini bukan kali pertamanya...
--
"Sleep well, love!" kata Irsyad lalu mengucup bibir mulus Mia. Irsyad menyembunyikan kepalanya di leher Mia. Harum!
"Sweet dream, boy!" jawab Mia. Dia mengucup pipi suaminya. Mereka baring bersebelahan dan berpelukan antara satu sama lain.
Mia terjaga daripada tidurnya. Ada kesan basah di katil. Dahi dan lehernya berpeluh. Nafasnya tersekat. Dia dapat rasa kesakitan yang melampau pada rahimnya. Macam nak meletop.
"A-abang...s-sakit." panggil Mia. Irsyad serta-merta bangun dari tidurnya. "Huh?! Apa? Rumah terbakar ker?!" Irsyad gelabah.
Tangannya ditarik oleh isterinya. "B-bukanlah! Sayang dah nak beranak nih! Air ketumban sayang d-dah pecah!" marah Mia. Tangan Irsyad dicengkam kuat.
"Huh? Oooo nak beranak...air ketumban pecah rupanya... congratulations, sayang." Dia mengangguk kepala berkali-kali.
Kepalanya dihentuk oleh Mia. "A-abang! S-sakit!" marah Mia.
"Ehhh...sakitlah sayang! Ehhh jap...DAH NAK BERANAK?! AIR KETUMBAN PECAH?!" Ya Allah! Irsyad punya blur tu sempat juga keluar budak nih karang!
Irsyad mengangkat isterinya secara 'bridel style'. Laju dia mengangkat kakinya pergi ke arah kereta. Dia memecut pergi ke hospital terdekat iaitu Hospital Legacy. Di mana Mia bekerja.
--
Sempat Irsyad menelefon adiknya, Aryan untuk memberitahu perkara ini kepada semua ahli keluarga dan rakan yang terdekat. Aryan apa lagi happy lah! Dah lama dia tunggu untuk anak buahnya keluar!
Keluarga dan sahabat mereka menunggu di luar bilik kecemasan manakala Irsyad menemani isterinya. Semua bimbang akan keadaan Mia. Irsyad tidak pernah oenat memberi kata-kata semangat kepada isterinya walaupun dia ingin pengsan kerana darah yang banyak. Mulutnya juga tidak pernah berhenti berzikir, berselawat dan berdoa untuk mempermudah proses kelahiran anak lelaki mereka.
Setelah beberapa jam berlalu, anak lelakinya lahir. Pada jam 6 pagi, hari jumaat lahirlah anak mereka yang comel. Muka bibir, pipi dan mata mengikut uminya, Mia Humaira manakala rupa paras yang lain diwarisi oleh abinya, Irsyad Syazwan Shah. Rupa paras yang cantik dan handsome seperti kedua ibu bapanya.
Mereka sedang berada di bilik VIP hospital itu memandang pintu yang terkuak luas. "Alhamdullilah...anak korang sihat. Aku sendiri volunteer bawak dan check keadaan anak korang tadi. Comel sangat!" teruja Amri Syahri kawan sekerja Mia seorang pediatric surgeon.
"Thanks, Amri. Susahkan kau jer." kata Mia dalam keadaan yang lemah. Dia tersenyum nipis.
Irsyad dan Amri berjabat tangan. Mereka pernah berjumpa kerana Irsyad bertegas ingin meminta maaf atasa kesalahannya dahulu yang menuduh sebarangan. Selepas kejadian itu, mereka jadi lebih akrab.
"Thanks a lot, bro. You're the best, man!" Irsyad senyum lebar. "My pleasure, bro. Kawan kan?" balas Amri. Mereka berpelukan untuk sementara waktu.
Setelah Amri berlalu pergi untuk menyelesaikan kerjanya yang lain, Irsyad mengangkat anak lelakinya yang bernama Mirsyad Syuzra Shah bin Irsyad Syazwan Shah.
'Mirsyad' nama yang diambil dari perkataan 'mursyid' yang bermaksud pembimbing dan pemberi petunjuk. 'Syuzra' gabungan nama Mia dan Irsyad sendiri manakala 'Shah' bermaksud 'yang benar' yang diambil dari nama Irsyad sendiri..
Irsyad menangis teresak-esak apabila melihat wajah anak lelakinya, Mirsyad. Dia mengucup muka Mirsyad beberapa kali lalu melaungkan azan di tepi telinga anak lelakinya. Mia juga turut sebak. Selepas semua yang terjadi, mereka mendapat pengakhiran yang indah.
'Setiap ujian mesti ada hikmahnya..'
YOU ARE READING
Kebahagiaan Itu (C)
RomanceKebahagiaan Itu Mia Humaira seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang medical, seorang yang pendiam dan tidak percaya akan cinta. Irsyad Syazwan Shah seorang CEO syarikat ISS Enterprise, seorang yang dingin. Hidup mereka beruba...