GERABAK MERAH JAMBU

55 3 0
                                    

Platform 5 dan 6 stesen KL Sentral padat dengan penumpang yang sedang beratur menghimpit sesama sendiri dalam kepanasan menunggu lipan besi tiba. Kipas di sini berfungsi malah tidak rasakan angin. Aku yang berada di antara platform 3 dan 4 duduk di atas bangku besi berseorangan. Di platform ini juga padat dengan penumpang. Aku dalam perjalanan ke kampung di Sungai Petani untuk sambut Hari Ibu dengan mak setelah lama aku tidak pulang ke kampung halaman. Oleh kerana aku tersilap tempah tiket, aku terpaksa naik komuter menghala ke Kepong Sentral dan kemudian tukar naik ETS.

Aku duduk pada bangku besi yang ada satu kosong. Kaki aku lenguh setelah lama aku berdiri. Pinggang aku pun sakit selepas aku mengheret dan mengangkat beg tarik aku turun anak tangga. Apa pun tak boleh. Eskalator rosak, apatah lagi lif. Aku tidak tahu bila lagi semua ini mereka hendak baiki.

Telefonku tiba-tiba berdering. "Ya, mak. Nanti along call bila dah sampai sana."

Sudahpun jam 9.15 malam, tren masih belum tiba. Yang aku nampak adalah tren menuju ke Batu Caves. Aku lihat pada skrin TV di atas yang menunjukkan waktu tren ke Tanjung Malim tiba. Datang pula seorang nenek tua berbongkok dan bertongkat duduk di sebelah aku. Sedang menggeledah beg tangan mencari telefon bimbit. Aku tak hiraukan. Bukan nak curi barang orang sebelah pun.

"Kamu nak ke mana, nak?" soalnya.

"Saya nak ke Sungai Petani, makcik. Nak sambut Hari Ibu dengan mak dekat sana. Yelah, dah lama tak balik sejak covid ni. Rasa rindu." Balasku sambil aku tenung pada gambar mak aku di skrin telefon.

Nenek tua itu tersenyum. "Makcik faham perasaan kamu. Kamu bukan seorang je. Ramai lagi dekat sini yang rindu nak balik ke kampung halaman diorang."

Aku tersenyum juga. Betul juga kata nenek ini. Ingatkan aku seorang saja yang sudah lama tidak pulang. Rupanya ramai lagi.

Aku tertanya-tanya juga sambil melihat kipas dinding yang sedang berpusing dan berhabuk. Mereka tidak pernah cuci ke kipas ini? Atau mereka ini tidak ada duit untuk tukar kipas baru atau tukar kepada penghawa dingin? Lebih bagus kalau kipas dinding ini disembur juga dengan air.

Aku sebenarnya kasihan pada mereka. Menunggu dalam keadaan berpanas dan berpeluh. Ada yang sampai duduk bersila di atas platform. Ada yang buntu di mana nak beratur. Dan ada yang suka potong barisan. Biasalah, orang seperti ini jenis tidak sabar nak dapat seat kosong. Sangat selfish.

Tren ke Tanjung Malim akhirnya tiba. Lewat 10 minit. Ramai yang sudah bersedia beratur. Aku perasan sesuatu. Pertama sekali aku nampak depan mata adalah tanda berwarna merah jambu bertulis 'Koc untuk wanita sahaja'. Bermakna koc tu hanya untuk perempuan saja. Melainkan bersama kanak-kanak lelaki duduk di koc tersebut. Tapi, aku terasakan beberapa banyak mata yang sedang memerhati aku ketika ak berada di bahagian ini. Kiri kanan aku toleh. Ramai perempuan yang memandang tajam pada aku. Mungkin aku penat.

Aku nak beratur di barisan umum. Malangnya barisan tu sudah memenuhi platform, lagipula sampai empat barisan mereka buat. Memang tidaklah. Terpaksa aku tumpang beratur di platform bahagian koc perempuan, dan masuk ke dalam perut tren menuju ke koc umum.

Nenek tua itu tadi memanggil aku dari belakang. "Hoi!"

Aku pandang dia, dia menggeleng kepalanya. Air mukanya berubah dari baik ke pandangan yang jelik. "Pergi belah sana! Jangan sesekali kau masuk dalam gerabak tu!" nenek tua itu marah dengan cuba menghalau aku dari beratur di bahagian merah jambu ini. Memang niat nak angkat kaki ke sebelah sana tetapi akibat terlalu ramai penumpang yang beratur di platform ini, nak buat macam mana, terpaksalah aku beratur di bahagian koc perempuan.

Penumpang berpusu-pusu keluar masuk tren. Aku langkah masuk ke dalam perut tren penuh dengan perempuan. Hampir padat dipenuhi beg galas, beg tarik dan apa segala beg yang ada dengan mereka. Ada yang duduk, ada yang berdiri. Aku hanya mencelah. Sewaktu tren yang aku naiki ini bergerak menuju ke Tanjung Malim, mereka tiba-tiba pandang tajam pada aku. Pandangan mereka terhadap aku begitu jelik. Tak ada satu teguran langsung. Aku nak ke koc umum di sebelah iaitu koc kelima. Malangnya mereka halang laluan aku dari masuk ke koc tersebut. Mereka juga halang pintu. Mereka halang aku daripada keluar dari perut tren. Aku tidak mampu nak buat apa. Terpaksalah aku berdiri di dalam koc ini sehingga tiba ke destinasi mereka.

Dari hujung mata aku, nampak seorang perempuan duduk bersila di atas lantai. Kelihatan seperti tidak sihat. Kulitnya nampak pucat. Kepalanya melentok ke bawah. Aku pergi kepadanya untuk bertanya keadaan. Ternyata dia bukan tidak sihat tapi dia seolah-olah mengalami penyakit anjing gila. Mulutnya berbuih. Air liurnya melimpah ruah. Tubuhnya berubah. Suaranya menjadi sangat garau. Hilang seri pada wajahnya setelah bertukar menjadi makhluk hodoh seperti tikus jadian. Mata pun bertukar merah crimson. Mungkin dia ada terbau sesuatu yang membuatkan dia jadi begitu.

Bukan dia hanya seorang saja. Penumpang lain di dalam koc ini juga bertukar wajah sepertinya. Kuku mereka tumbuh panjang dan tajam. Adakah aku ini bermimpi?  Mereka ini apa? Kenapa?  Adakah sebabnya aku seorang lelaki dalam koc wanita sebab mereka terhidu bau lelaki? 

Mereka datang mendekati aku. Menyentuh aku. Aku dapat rasakan kuku mereka menembusi kulit aku. Kulit aku ditarik koyak. Biji mata aku ditusuk begitu dalam. Segala isi perut mereka keluarkan dari tubuh aku. Isi daging aku juga diratah. Aku meronta-ronta dalam kesakitan. Penumpang lain di koc sebelah tidak mempedulikan aku. Mereka tidak mahu terlibat, lalu membuat hal sendiri.

Aku pandang pada nenek tua tadi. Dia kelihatan normal, tidak seperti yang lain. Dia hanya memandang tajam padaku. Aku merintih. Merayu kepada dia untuk selamatkan aku. Tetapi dia tidak mahu tolong. Dia hanya duduk di situ sambil melihat aku diratah hidup-hidup hingga ke tulang.

"Tolong...tolong saya." rintihku.

"Aku dah kata, jangan masuk koc perempuan. Tapi kau degil. Inilah balasan yang kau dapat. Dasar lelaki hauk." kata nenek tua itu dengan nada lembut sambil memegang telefon bimbit yang sedang berdering.

"Mak...maafkan along."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

cerpen rabakWhere stories live. Discover now