Nabila

894 19 9
                                    

Sejak kecil Nabila pernah ajak aku keluar dari khemah tengok serangga kelip-kelip terbang ke langit malam di pantai. Cantik seperti bintang di angkasa raya. Bukan saja tengok ia terbang malah kami juga mengutipnya masuk ke dalam balang kuih kecil dengan tebukan plastik supaya ia mampu bernafas. Waktu itulah pengalaman best buat aku dan Bella sepanjang kami berkhemah di depan pantai. Rumah pun dekat sangat betul-betul menghadap pantai. Sekadar jalan kaki sekejap saja.

Nabila suka bercerita, dia pernah berkata pada aku yang dia ingin menjadi penulis novel. Berbagai cerita menarik dia reka dari mindanya untuk cerita sebelum beradu, satu cerita pendek untuk satu malam. Kadangkala ceritanya telah ditulis pada buku nota. Bukan satu buku, tapi lebih dari satu. Agaknya cerita apa yang dia reka? Apa yang buat aku hairan adalah Bella hanya ada satu buku saja di tangan. Aku beritahu Bella tentang buku cerita yang lain tapi dia tidak jawab.

Aku kecewa.

Pada siang hari, Nabila tiada di rumah, tinggal aku dan nenek. Dia pergi mana entah aku pun tidak tahu. Yang aku tahu dia keluar mencari ilham untuk menulis cerita baru. Biasanya Bella merayap keluar dari pagi sampai ke petang, kadangkala sampai ke maghrib baru dia pulang. Pada malam itu, Bella ajak aku keluar tengok bintang berkelip-kelip di langit. Sambil itu dia bercerita dengan aku tentang kisah bintang di langit.

Dek kerana dia sangat hebat dalam bercerita, aku tidak jemu satu pun cerita yang dia reka. Sehingga ke tahap remaja Nabila sentiasa bercerita. Nabila tidak bosan setiap hari keluar rumah balik malam dengan cerita yang baru. Itulah dia.

Pada usia 16 tahun, Nabila seperti biasa dengan rutin harian dia. Pada malam itu, aku tunggu menjemput dia pulang. Sehingga ke Isyak dia tidak pulang. Aku dan nenek aku mula risau. Aku tidak dapat lelap mata tanpa cerita dia. Esok pagi aku tunggu di depan pintu menjemput kepulangan Nabila hinggalah ke petang. Masih tidak pulang. Diri aku menjadi lemau. Apa yang aku mampu buat adalah berdoa kepada Allah supaya Nabila dapat pulang dalam keadaan selamat.

Pada esok hari, Nabila masih tidak pulang. Makin lama makin lemau diri aku tanpa dia. Mata pun naik lebam gara-gara tidak lelap satu malam. Kata nenek aku, teruskan berdoa. Aku ikut saja apa nenek aku cakap.

Aku tenung pada buku nota warna putih berkulit keras, aku baca setiap cerita yang ada lalu.

Tuk. Kaki aku terkena pada sesuatu keras di bawah katil. Aku tunduk, ternyata sebuah kotak kecil berada di situ. Dalam kotak adanya dua buah buku, satu, buku nota kosong, dan satu lagi adalah hanya kulit buku saja, tiada helaian muka surat kecuali satu saja. Aku hairan, kenapa dia koyak macam itu.

Pada helaian itu, adanya tertulis sesuatu

Puteri penulis dan pengembaraan pertamanya.

Di balik helaian itu, jumpa sehelai kertas kecik melekat disitu. "Kalau nak tahu ceritanya macam mana, kau kena cari sendiri." Itulah apa yang dikatakan pada nota itu.

Bella. Apa yang kau cuba buat ni?

***

Aku bersalam dengan nenek aku sebelum aku memulakan pengembaraan buat pertama kali di luar dengan membawa kulit buku putih itu. Aku cuba ingat semula ke arah mana Bella pergi masa dia buat cerita di luar sana.

Pada nota pertama, apa yang Bella tulis adalah "Bau yang harum dan segar sentiasa menyegarkan hari kita." Bunga kekwa adalah bunga kegemaran Nabila. Aku cuba cari bunga itu di rumah jiran, mungkin dia tanam ceritanya disitu.

"Aih, kamu buat apa datang sini?"

"Ada lah makcik. Saja je nak tengok bunga kekwa."

"Oh. Rumah kamu tak ada tanam ke bunga ni? Lagipun bunga ni kan bunga kesukaan kakak kamu. Kalau kamu rasa nak ambil, ambillah, tanam semula dekat rumah kamu. Tak apa. Nanti tumbuh balik. Bila dah tumbuh, kamu petik buat teh." Kata makcik yang sedang menyapu dedaun kering depan rumah. Aku petik saja satu dua kuntum bunga orkid dan dimpan khas untuk dia.

cerpen rabakWhere stories live. Discover now