Jantung

6.8K 77 35
                                    

Ring-a-ring o' roses, a pocket full of posies, ashes, ashes we all fall down

....Gotcha....

-----

"Gadis ditemui mati di lorong. Lagi?" kata Jeff sambil letak surat khabar dan menegup secawan nescafe tarik di warung.

"Perempuan..biasa la tu ..selalu jadi mangsa di malam hari. Nak buat macam mane dowh." kata Alfred dengan tidak hirau apa yang dikatakan oleh Jeff seperti tidak ada apa yang berlaku dan anggap sebagai perkara biasa. Sambil menegup sambil terdengar gosip yang sama dari sekumpulan lelaki dari meja sebelah mereka berkenaan dengan gadis malang itu lalu mereka berdua berpaling sesama sendiri.

Alfred dan Jeff berada di perpustakaan untuk mencari artikel mengenai kes pembunuhan itu melalui laptopnya untuk mencari info selanjutnya tetapi tiada apa-apa, menyoaljawab dengan beberapa pelajar lain, pun tiada tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata berpakaian hipster muncul di depan mereka, mungkin dia tahu tentang kes bunuh itu. "Assalamualaikum, korang, saya rasa saya tahu pasal kes tu." lalu mereka menarik lelaki itu dan minta sedikit info.

"Ha..Cepat la gitau." kata Jeff.

"Well, to be honest pasal mayat perempuan tu ditemui mati dengan berlumuran darah di dada. Menurut forensik, didapati dada perempuan tu berlubang besar, sebesar kayu besbol tembus dan jantungnya dah takde. Dalam beberapa minggu lepas pun ada kes yang sama macam ni. Kebanyakan perempuan muda."

"Ada apa-apa lagi info pasal pembunuh tu tak?" soal Alfred.

"Mmmm..Pasal pembunuh tu saya tak tahu la bang. Maaf, Saya gerak dulu ya, Assalamualaikum." lelaki itu beredar dari tempat duduk dan keluar dari perpustakaan. Segala informasi yand disebut itu telahpun dicatat oleh Jeff secara lengkap. "Hmmm, dada ditembus dan biar telopong luas, jantung pulak takde. Jangan kata pembunuh tu ambik jantung dan jual kot." kata Alfred dengan kebuntuan sambil bermain-main dengan sebatang pen di celah jarinya. "Mungkin jugak. Tapi info ni macam tak cukup." mereka beredar dan Jeff pula terlanggar seorang lelaki yang berwajah pucat dan terus beredar begitu sahaja tanpa meminta maaf kepada Jeff. Jeff menggaru kepala yang tidak gatal dengan rasa kebuntuan dengan lelaki pelik itu. Mungkinkah itu?

Sudah lewat malam, seorang gadis cina berpakaian seksi pulang ke hotel dalam keadaan mabuk seorang lelaki muda datang membantu gadis itu berjalan pulang ke hotel dan meletakkannya di atas katil. Setelah si gadis mabuk sudah terlelap, lelaki itu meletakkan bantal ke atas muka supaya dia tidak dapat bernafas, lelaki itu pula menggunakan tangannya lalu menembusi dada gadis itu dan mencabut jantungnya keluar dari badan. Setelah selesai, dia menyelimut perempuan itu dan beredar keluar dari hotel sambil senyum sinis.

"Asshooooh!! Alhamdulillah." Jeff bersin dengan kuat sehingga bergema satu dewan kuliah. Alfred sedekahkan sehelai tisu kepadanya. "Bless ya." ucap Alfred selepas mendengar Jeff bersin.

Beberapa pelajar berkumpul melihat di papan kenyataan, Jeff dan Alfred juga turut mencelah untuk melihat apa yang ditampal di papan, ternyata seorang gadis cina didapati hilang, gadis itu merupakan gadis cina yang mabuk. Jeff terserempak dengan lelaki misteri yang sama berdiri disebelahnya lalu hilang. Apasal dengan dia tu ek? Pelik...

"Kau cakap ngan siapa bro?" tanya Alfred sambil menepuk bahunya. "Takdak siapa Fred, bayangan aje, dah la jom makan." melainkan menjamu makan tengah hari, mereka masih lagi mencari sebarang info tentang pembunuh, setahu Jeff dengan perasaan kebuntuan, dia memikirkan lelaki misteri itu mungkin dia pembunuh?

"Kau kenapa Jeff?" tanya Alfred.

"Aku fikir pasal budak pucat tu. Mana tahu dia tu pembunuh, tengok perangai dia pun boleh tahu."

cerpen rabakWhere stories live. Discover now