Hai gais. Pe kabo? maaf lama tak update cerpen. Ceq sebenarnya takde semangat nak sambung. Anyway masihkah anda ingat cerpen Kedai Hitam ni tak? Kalau ingat toksah cakap ar..hehe. bagi yang tak tahu tu, cerpen ni ceq pernah sumbangkan ke cerpen seram Di Balik Tirai the 1st. Kali ni ceq decide nak upload story ni ke cerpen ceq pula. So kepada readers yang tengah follow up cerpen ceq ni, enjoiyeeee :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini merupakan sebuah mimpi ngeri yang aku alami 2 bulan yang lalu.
Bau udara yang cukup menyegarkan, bunyi kicauan burung berterbangan di langit yang mendung. Aku bangkit, rupanya aku berada di kawasan kampung. Suasana di kampung cukup sunyi. Rumah pula aku tengok pintu dan tingkap semua ditutup walaupun dua buah pacuan empat roda masih ada termasuk motosikal lama.
Aku menyeru 'Helo' pada rumah itu, tak ada siapa pun yang jawab. Mana semua orang? Baru aku perasan, bunyi ayam berkokok pun tak kedengaran. Aku cuba serbu ke kandang ayam, seekor pun tak ada. Aku fikir mereka dah jual ayam-ayam mereka buat lauk ke apa. Pelik.
Kampung ini terlalu sunyi maka aku duduk bertapa di depan sawah padi sehingga ada orang datang, tapi tak ada seorang pun. Mana semua orang?
Aku mengalih punggung aku dari bangku dan beredar berjalan kaki ke bandar lalu langkah aku terhenti apabila datangnya suara nenek tua dari belakang. "Adik nak pergi mana tu, dik?"
"Ah, nasib baik nenek ada sini. Saya cuma nak ke bandar je nek."
"Oh, kamu nak ke bandar ya. Baguslah, lebih baik kamu segera keluar dari kampung ni. Kalau boleh kamu jangan lalu dekat depan kedai hitam kecil tu."
"Eh? Kenapa nek?"
"Kamu tak perlu tahu, dik. Kamu ikut saja cakap nenek."
Aku tak faham, kenapa nenek tu tak bagi aku lalu depan kedai kecil tu? Mungkin kedai tu ada sesuatu yang mungkin menyengatkan diri aku. Entah-entah pak bomoh punya kedai. Tapi aku kena ikut cakap nenek tu jangan lalu kedai tu. Apa boleh buat aku cuba jauhkan diri aku dari tempat tu dan terus keluar tanpa memandangnya.
Lima minit kemudian, langkah aku terhenti apabila aku ternampak sebuah bangunan kecil putih yang merupakan sebuah kedai seperti kedai runcit, nasib baik bukan hitam. Aku lalu didepan kedai tu, kedai tu pun tutup. Pintu gril berkunci. Tapi aku teruskan berjalan keluar dari kampung ni.
Jalan keluar masih jauh lagi sehingga aku terjumpa sebuah kedai di depan sawah. Apa yang aku jumpa adalah kedai yang nenek cakapkan, kedai hitam. Kedai tu dari jauh macam pondok kecil yang dah reput macam pondok tu dah terbakar, tapi kata nenek tua tu elok jangan lalu depan kedai tu. Jadi aku cuba cari jalan pintas untuk keluar dari kampung ni. Tapi tak ada satu pun jalan pintas aku nak lalu, semuanya dah berpagar. Terpaksalah aku lalu depan kedai hitam tu dan lalu di sawah.
Sebaik saja aku nak lalu di depan kedai tu. Apa yang aku nampak di situ adalah beberapa anggota badan yang tergantung pada tiang kayu, dan juga kepala manusia. Ada setengah kepala tergantung dari atas dan ada setengahnya di atas meja. Begitu juga dengan kulit-kulit mereka yang telah disiang termasuk alat sulit mereka. Jadi itulah sebabnya kenapa satu kampung ni kosong.
Ya Allah, ini ke yang nenek tua cakapkan ni? Tuan kedai tu nak jual anggota badan manusia ke?
Aku dalam ketakutan. Aku tutup muka dan berucap. Tiba-tiba, ada perempuan kecil pandang pada aku maka aku terus lari berpatah balik, tak jadi aku nak berjalan ke sawah.
Aku berhenti di depan kedai runcit tu sebab penat berlari. Tapi sesuatu yang tak kena bila belakang aku meremang macam ada seseorang yang berdiri dari belakang aku. Aku pusing belakang, budak dari kedai tu yang ikut aku dari belakang. Cepat betul budak kecil tu datang.
"Kau nak apa?"
Budak tu diam. Aku cuba bertanya dia beberapa soalan itu pun dia diam. Akhirnya dia berkata
"Akak. Lebih baik akak lari dari sini." Lalu dia mengeluarkan parang. Seriously?!
Aku lari sejauh yang mungkin untuk mengelak kena belah dengan budak sial tu. Kenapa? Kenapa aku lalu depan kedai tu tadi? Kan dah kena.
Terlalu penat bagi aku untuk berlari, sekurang-kurangnya aku cuba tapi malangnya dah terlambat. Budak tu sudah ada di belakang.
*ZUP*
Kaki aku dipotong hingga aku jatuh mencium darat. Aku mohon pada budak tu jangan bunuh aku tapi sudah lambat. Parang yang dipegang oleh budak tu sudah menikam leher aku sehingga menembusi tengkuk.
"Nenek dah kata dah. Jangan lalu, tapi kamu lalu juga. Inilah balasan kamu."
YOU ARE READING
cerpen rabak
Short Storysebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016