Pagi subuh aku dah sampai stesen KTM UKM dalam perjalan ke tempat kerja aku. Tren yang pertama tiba pada jam 6.13 pagi, anggarkan tiba di KL Sentral 10 minit awal sebelum jam 7 pagi dan tiba di KLCC pada jam 7.15 pagi dengan membuat pertukaran tren LRT.
Sebaik je aku tiba, aku melangkah menuju ke sebuah kedai bakeri terletak berhampiran dengan stesen tu. Tak ramai yang kunjung, hanya aku seorang je yang duduk situ mengopi sambil merenung ke arah manusia berpusu-pusu keluar masuk stesen tersebut. Sehinggalah aku nampak Syafiq berpusu keluar dari stesen tu seorang bersama yang lain. Maka aku ambil kesempatan untuk mengejar dia sebelum dia keluar dari mall selepas aku usai bersarapan.
Aku pantas naik eskalator untuk mencapai tangan aku ke arah bahu dia, in the end aku mampu mencucuk je bicep Syafiq tanpa rasa malu. Mujur dia tak melompat dek jari aku yang kecil halus ni mencucuk bicepnya yang keras tu. Well...tak adalah keras mana pun memandangkan bicepnya tu semakin susut. Heheh.
Syafiq bertentang mata dengan aku dekat eskalator, lalu aku melambai pada dia dan lari keluar tinggalkan dia tanpa sebab. Bukan dekat bicep je aku cucuk, malah aku bercakar-cakar manja dekat bahu dia ketika dekat ofis (haihh gatal pulak kau ya, Linda). Dulu tak pernah pun buat dekat ex crush aku sedangkan dia sekurus tiang lampu dan boleh kena renjat letrik katanya bila disentuh.
Minggu yang berikut tu aku nampak dia lagi tapi kali ni aku cubit dia dekat tempat yang sama. Masih tak terkejut. Mujur tak sekuat mana pun aku cubit. Muka Syafiq, terang-terang kemerahan cuma dia tak nak tunjuk dan mula berjauhan sikit dari aku sebab rasa malu dicubit oleh aku. Entah kenapa bila aku nampak Syafiq aku terus cakar manja, cubit bagai tangan dia bahu dia. Dah jadi satu tebiat buat aku bila dengan dia. Hahaha. Tapi hairan juga aku, dengan aku je ke yang rasa malu? Atau dengan semua perempuan dalam ofis ni termasuk bini-bini muda?
Sehari kemudian tu habis dia dah kena bahan teruk-teruk di mana aku mengajak Syafiq untuk keluar tapau makan tengahari, malangnya dia kata tak jadi dia decide untuk tapau di medan bawah dengan abang Iskandar. Sekali lagi, malu. Manager kewangan kami, Khai, dah pujuk Syafiq habis-habisan supaya kurangkan rasa malu tapi makin bertambah malu adalah kot.
Dua hari kemudian aku terjumpa satu bazar vendor dekat Avenue K. Bazar tu hanya jual pelbagai aksesori dan pakaian. Apa yang aku nampak dekat situ adalah beberapa biji keychain plushie yang comel terpapar dalam satu kotak yang besar. Antaranya yang ada adalah Ironman, Captain America dan lain-lain. Aku mampu beli tiga biji. Ironman, Groot dan White Rabbit. Ironman untuk Syafiq dan White Rabbit untuk Bella. Groot? Untuk aku sendirilah. Harganya sama je macam harga buku Fixi, 3 biji RM50.
Ikutkan aku nak je suruh Bella bagikan tapi. "Kau bagi sendiri kat Syafiq." kata Bella.
Maka aku ikut jelah kata Bella, terus aku pergi ke meja Syafiq dan beri kepadanya. Nasib baik dia terima hadiah yang aku beli.
"Syafiq! Nanti gantung kat beg tau." kataku kepada Syafiq dari jauh.
"Oh okey. Insyaallah." balas dia.
Setengah jam kemudian, Bella pula muncul. "Wei, kau suruh Syafiq gantung kat beg dia ke?"
anggukku.
Bella tersengih-sengih. "Hilang macho dia nanti wei. Hahahah."
Comel apa. Apa salahnya? Tak semestinya nak gantung dekat slingbag dia kot. Aduhh.
Malam tu dah masuk kali keenam dan ketujuh Syafiq munculkan diri dalam mimpi aku lagi. Kali keenam, dia beri kepada aku sekeping kertas A4 berlipat dua disepit dengan klip kertas. Aku tak tahu apa yang dia cuba bagi dekat aku. Aku mampu buka sikit demi sikit. Dalamnya ada contengan warna merah, kelihatan macam sebuah hati. Dan kali ketujuh pula aku nampak Syafiq senyum kepada aku di dalam ofis berjalan keluar untuk beransur pulang dari kerja sementara aku tengah habiskan kerja aku.
Aku jerit kepada Syafiq. "Wei Syafiq, tunggu Linda lah!! Linda pun nak balik jugak ni!!"
In the end aku terus terjaga dengan gejala migrane dan selsema. Aku terfikir jugak dengan kehadiran Syafiq waktu aku tengah cuti sakit. Mesti dia puas tunggu sampai pukul 8.30 pagi aku tak datang-datang buka pintu ofis, sebab biasanya aku orang yang pertama yang buka pintu melainkan staf lain.
Dalam hati aku sebenarnya aku nak musnahkan persepsi Syafiq memandangkan aku memang sukakan dia. Bukan aku nak tambahkan sifat malu dia, aku hanya nak dia bebaskan diri dia dari kotak kemaluan tu. Aku nak dia jadi seorang yang ceria bila bergaul dengan orang lain sama macam apa yang aku buat. Dia perlu belajar untuk terima permintaan seorang gadis macam aku walaupun aku tak minta banyak, hanya sekadar untuk mengajak keluar je. Kalau tidak, sampai bila dia nak jadi macam ni?
Satu lagi, aku bukan nak jadi cheap. Aku tahu Syafiq masih seorang student akhir semester, dia hanya tinggal one step ahead towards graduation. Tapi aku cuma nak mengusha nak bergurau senda dengan lelaki yang aku suka macam Syafiq memandangkan aku sendiri tak punyai adik lelaki mahupun abang dalam keluarga aku. Belum lagi masuk tahap boyfriend girlfriend ni.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Kısa Hikayesebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016