Jam 11.55 pagi. Lima minit sebelum jarum panjang itu ke arah dua belas.
Azrul tenung saja pada jam di dinding sambil tangannya bermain dengan ball point pen semasa dalam kelas Accounting bersama Mr Shiva. Azrul mengeluh keresahan manakala kaki dia bergetar, dia menunduk kepalanya menghadap kertas dan menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.
"Come on pukul 12. Hariap la." bisik di hati.
Kebetulan Mr Shiva telah selesai kelasnya tiga minit awal maka Azrul segera kemas barangnya dan segera beredar lari dari kelas itu dan terus ke tandas. Azrul betul-betul lega yang dia dapat membuang air di mangkuk jamban sedangkan tandas lelaki kosong.
"Rul?" seru Badrul.
"Awat?" Azrul hampir melatah ketika diseru kawan serumahnya.
"Tak ada apa-apa. Seru hang je. Mana tahu hang lari balik rumah tinggalkan aku."
Pintu dibuka Azrul berjalan menghala ke sinki.
"Nasib baik taik aku tak melayang kalau tak memang nahas hang dengan penumbuk aku. Jom la."
Mereka berdua telah didatangi oleh lagi dua orang kawan serumah sejurus mereka keluar dari tandas. Kebetulan mereka juga mencari Azrul mengajak ke kedai kopi di luar kampus.
KRUUKKK
Perut Azrul masih berbunyi sepuluh minit selepas dia buang air, air mukanya berkerut kesakitan. Demi makan tengah hari Azrul terpaksa menahan perut sendiri dengan mengusapnya lembut. Tapi dia menonggeng sedikit sambil memeluk erat perutnya yang senak seolah-olah usus dia diikat atau diperah atau digenggam kuat dari dalam. Azrul terpaksa tangguh makan tengahari bersama dan terus lari.
"Arul. Hang nak pi mana? Tak nak makan ka?" kata Hafiz.
"Kome semua pergi dulu nanti aku kecap. Reserve tempat untuk aku weh."
Azrul menarik nafas hela dan hembus dengan tenang kerana dapat membuang air buat kali kedua. Tiba-tiba getaran di kaki dirasai oleh Azrul secara mengejut. Rupanya henfon. Dia mengeluarkan dari poket seluarnya untuk melihat mesej dari Hafiz.
"Arul. Nanti jumpa kitorang kat kedai Abadiah. Cepat sikit tau."
Azrul membalas mesej Hafiz "Ye la. Satgi aku datang."
Sudah hampir lima belas minit dia menetap di dalam tandas. Azrul sudah fikirkan tentang kawan serumahnya yang kemungkinan akan menjamu selera tanpa dia. Tapi dia takkan biarkan ia terjadi maka dia menekan punat tandas dan segera beredar dari situ.
Azrul mula rasa lega. Kali ini dia dapat mengejar mereka selaju yang boleh tunjuk sertai mereka menjamu makan tengahari di kedai Abadiah, di mana mereka berada. Dia berbisik di hati dan berkata "Harap la depa tak start makan. Tolong la jangan makan dulu kome."
Akhirnya sampai juga ke destinasi. Memang benar bacaan hati Azrul, mereka belum lagi menjamu.
"Panjang umoq hang. Setel dah?" soal Epul.
Angguk Azrul dengan soalan itu. Dia terus meletak begnya di atas kerusi dan mengambil piring kosong untuk mengaut nasi dan lauk campur. Dalam bab nasi campur, dia selalunya ambil lauk pauk yang pedas saja. Mungkinkah itu puncanya?
Azrul yang baru saja tiba di tempat duduknya, mereka mula menjamu selera mereka dengan bacaan bismillah. Azrul yang sedang menyuap sesudu nasi ke dalam mulut tiba-tiba saja ditegur.
"Eh Arul. Dengarnya hang tengah cirit eh?"
"Cirit? Siapa kata aku cirit?"
"Bad yang cakap kau cirit. Betei ka?"
YOU ARE READING
cerpen rabak
Short Storysebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016