Eh, itu Emelda la
Hai Emelda!!
Tak semua orang ingat aku ni Emelda. Sahabat aku yang paling rapat sejak kami kecil lagi. Setengah orang ingat aku dan Emelda pasangan kembar seiras sebab muka tapi sebenarnya kami bukan kembar pun walaupun kami berdua ada persamaan dari segi ciri-ciri dan hobi kami. Bagi Emelda, she was the apple of my eye. Cara dia layan bagaikan seorang kakak aku sendiri dan juga orang lain.
Kenapa?
Sebab Emelda merupakan gadis cantik yang sentiasa menjadikan perhatian orang ramai dalam kampus. Aku tak kisah dengan penampilan dia yang kasual, aku bukannya nak cemburu dengan dia pun. Aku juga tak kisah bila Emelda ada ramai kawan tapi dia sentiasa berada disisi aku sepanjang kami bersama. Kadang-kala ada juga student yang datang pada dia siap hulur nombor telefonnya pada dia, kadang-kala ada student yang datang pada dia minta tolong dengan assignment. Setiap projek kami dapat kami sentiasa takkan berpisah masuk kumpulan lain, mana-mana projek kami dapat kami sentiasa bersama.
Emelda tiba-tiba terlantar ke hospital menghidap kanser tulang sejak tingkatan 4. Kini sudah naik ke tahap 3 dan masih berlawan untuk hidup demi semua orang di sekeliling dia termasuk aku sendiri. Ramai orang tidak tahu tentang ni sebabnya Emelda takkan beritahu mereka tentang ni kecuali aku sebab tak mahu mereka risau. Aku tahu Emelda ni bukan dilahirkan sebagai anak orang kaya, dia hanya hidup dalam sebuah keluarga yang susah. Semasa kami cuti, aku selalu bantu keluarga dia dalam bisnes jualan barangan seperti jamu, kolagen dan lain-lain produk wanita di sebuah kedai kecil saja.
Emelda pernah berkata pada aku sejak dua hari dia berada di dalam wad, sebagai sahabat yang rapat kita takkan berpisah sampai kita mati.
Dalam masa beberapa minggu saja, dia semakin lemah, tandanya kansernya sudah capai ke tahap keempat. Aku melihatnya baring disitu, mukanya pucat seperti tak cukup makan. Berat sungguh hati aku melihatnya. Air mata aku mulai mengalir ke pipi sambil memegang tangannya yang sejuk dan berkata
"Emelda. Please. Please don't leave me..." lalu aku terlelap disisi dia.
Sewaktu aku tersedar, terdapat sesuatu di tangan aku. Sehelai reben merah milik Emelda yang dia selalu diikat di kepala. Aku fikirkan pasti Emelda yang meletakkannya di tangan aku. Aku melihat dia masih tertidur disitu aku cuba bangkitkan dia.
"Emelda....Emelda... Bangun Emelda... Hei... Emelda...Emelda?" tak terbangkit juga.
Walaupun beberapa kali aku cuba membangkitkan dia, dia tetap takkan bangkit. Nafasnya sudah berhenti, Emelda sudah berlalu pergi dari sisi aku melangkah atas jambatan bertemu dengan yang Maha Esa. Tersebak aku melihat ibunya dan saudara mara teresak di hadapan mayat Emelda yang telah ditutup dengan kain selimut oleh doktor sambil mengucap 'Innalillahi wa ilaihi rojiun'.
Hari esoknya, jenazah Emelda telah selamat dikebumikan selepas waktu zuhur di tanah perkuburan islam Sungai Tangkas. Aku membantu ibunya mandikan jenazah serta menanam bunga orkid, bunga kegemaran arwah. Aku sengaja mahu duduk di depan kuburnya lebih lama untuk mengenangkan kenangan bersama arwah sambil merenung reben merah ni. Aku berkata kepadanya
"Emelda. Kita jumpa di akhirat nanti dengan reben ni ya."
Aku baru faham kenapa arwah tinggalkan reben ni pada aku sebab dia mahu aku ingatkan dia dengan memakainya di kepala seperti dia. Sebab itulah orang ramai ingatkan aku adalah Emelda.
Tapi aku tak kisah mereka mahu panggil aku Emelda disebabkan rupa aku yang hampir sama dengan dia asalkan mereka faham yang aku bukan Emelda sebab mereka sudah tahu yang arwah sudah tiada lagi.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Historia Cortasebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016