Adam
Lelaki seni, hipster dan juga kaki backpacker. Dia berazam nak bawa bakal isteri kemana saja, terutama sekali ke Ireland, tempat kegemarannya sejak kecil. Dia akan mencatat atau melukis apa saja melalui buku kecilnya berdasarkan dari pengalamannya.
Suatu hari, dia nampak si gadis yang tak seberapa cantik walaupun berpakaian kasual. Tetapi penampilannya membuat Adam terasa melting. Mereka jumpa buat pertama kali di bus stop dengan ber-eye contact. Adam senyum, si dia juga senyum.
Bas U60 tiba di depan mata. Si dia saja yang naik meninggalkan Adam seorang diri di situ. Dalam kepalanya dia berharap dia dapat berjumpa lagi dengan Finaz pada hari seterusnya.
Adam tak dapat lupakan wajah si dia yang begitu Nerdy walaupun dia tidak bersolek. Kadangkala terasa hairan kenapa lelaki suka benar dengan gadis yang secantik model, muka fair tidak berjerawat, mata sepet ala korea dan jepun. Bagi Adam, dia rela memilih gadis yang mampu menjadi diri sendiri.
****
Hari esoknya, dia bertemu lagi. Dia hanya pandang gadis nerd yang sedang membaca buku sambil dia menunggu bas. Adam cuba mendekati dia dan intai buku apa yang dia baca.
"Aip. Apa intai-intai orang tengah baca buku ni? Tak baik tau." Tegur si dia.
"Ehehe sorrylah, saya cuma nak tahu je buku apa awak baca." Balasnya sambil dia menggaru belakang kepala yang tak gatal sambil dia senyum lebar.
"By the way, awak minat baca buku-buku macam ni ke?"
"Eh takdelah minat mana pun...Em... Nama awak siapa ya?"
"Panggil saya Finaz. Awak?"
Adam cuba melawak dengan menyebut namanya ala James Bond "The name's Dam. A-Dam." Finaz ketawa.
"Apa?"
Geleng Finaz "Adoi kelakar benar." Adam turut ketawa sekali.
Bas U60 muncul sekali lagi membawa Finaz daripada tempat itu, meninggalkan Adam. Adam lalu keluarkan henfon untuk melihat masa tiba-tiba dia teringat sesuatu "OH SHIT!" Ya. dia terlupa minta nombor henfon, dan instagram dari Finaz. Tulah gelak tak ingat dunia.
Mujur dia bawa buku kecil untuk dia melukis dengan menggunakan pen mata bola. Dia ingatkan wajah Finaz jadi Adam melakar wajahnya pada kertas itu. Dia kagum dengan hasil nukilannya. Mungkin lukisan itu menjadikan satu hadiah istimewa untuk Finaz.
Adam mengambil kesempatan membuka facebook melalui henfonnya mencari pengguna facebook yang bernama Finaz. Added.
****
Badrul
Pelajar Degree dalam akaun. Dia selalu berjimat cermat. Benda yang mahal dia tolak ke tepi. Dia tak pernah bawa siapa-siapa ke mana-mana restoran mahal-mahal. Kalau iya pun dia nak bawa bakal isteri ke Nando's saja. Paling tidak pun di warung. Hahaha. Badrul satu kampus dengan Finaz, berlainan bidang mereka. Macam mana mereka jumpa? Dalam kelas. Ya. mereka jumpa buat pertama kali disitu. Kadangkala dia mengajak Finaz keluar makan malam sambil belajar. Finaz tak kisah janji dia dapat belajar.
Siang hari di librari
"Lama ke awak tunggu kita, Naz?" soal Badrul.
"Eh tak la. Baru je sampai." Lega buat Badrul didengarnya "So bawa tak formula tu?"
"Formula apa?"
"Formula maths dengan accounting tu la."
"Oh tu. Jangan risau, ada je dalam fail ni."
Kadangkala badrul lihat wajah Finaz sambil dia belajar. Walaupun muka dia nerd tidak bersolek bagai tapi dia tetap cantik buat Badrul.
Di malam hari. Badrul bekerja part time di sebuah restoran demi mencari rezeki. Sambil dia menunggu makanan siap dia luangkan masa menyiapkan assignment di kaunter. Kadangkala dia duduk di meja pelanggan yang kosong untuk buat kerja.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Cerita Pendeksebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016